Jumaat, 1 Ogos 2025

TARIF KE AMERIKA NAIK 19%

 



Tarif barangan Malaysia ke AS dikurangkan ke 19 peratus

Rumah Putih bersetuju mengenakan tarif yang lebih rendah – sebanyak 19 peratus – ke atas barangan import dari Malaysia dan berkuat kuasa hari ini.

Pada 7 Julai lalu Washington mengumumkan semua produk Malaysia yang dihantar ke negara itu akan dikenakan tarif sebanyak 25 peratus dan angka itu satu peratus lebih tinggi berbanding tarif yang diumumkan mereka pada April.

Bagaimanapun, Washington menyatakan, tiada tarif akan dikenakan sekiranya Malaysia – atau syarikat Malaysia – memutuskan untuk membangunkan atau menghasilkan produk mereka di AS.

Malaysia mengadakan rundingan dengan Washington mengenai tarif berkenaan sejak April dengan matlamat agar ia dikurangkan daripada 24 peratus yang dikenakan sebelum ini.

Rundingan terkini telah diadakan pada 18 Jun lalu.

Semalam, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim, mengumumkan dia mengadakan perbualan telefon dengan Presiden AS Donald Trump pada 6.50 pagi untuk membincangkan isu tarif berlandaskan semangat dan prinsip perdagangan bebas.

Anwar berkata perbualan itu turut menyentuh siri rundingan yang sedang berlangsung di antara Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) bersama wakil perdagangan AS dan setiausaha perdagangan negara itu.- Bernama

 CUKAI 19%

TURUN DARI 25%

AMIN

KESAN KITA

NANTI DAN LIHAT

AMIN

APAKAH BOLEH

RUNDING LAGI ?

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan: