Khamis, 9 Julai 2026

GAJAH KE ZOO - TAK A BUKTI RASUAH


KITA MAHU

DARA AMOI DAN

KELAT DIBAWA

PULANG

AMIN

JANGAN SAILANG

KERJA BAIK INI

DENGAN TUDUHAN

RASUAH

AMIN

ADA RASUAH

SILA PAPAR

BUKTI SEGERA

KHALAS


Dakwaan rasuah kait Nik Nazmi isu gajah DAK tidak berasas - SPRM


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemukan sebarang kaitan dana perpindahan gajah Dara, Amoi dan Kelat (DAK) yang dikatakan bernilai puluhan juta ringgit dengan bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, berkata isu rasuah yang didakwa bernilai RM53 juta yang dikaitkan dengan bekas menteri itu adalah sukar untuk dikaitkan.

Malah beliau berkata, siasatan juga mendapati tidak wujud aliran wang ataupun aliran tunai pembayaran kepada menteri itu atau terhadap mana-mana syarikat yang mencurigakan.

"Hasil siasatan pihak kami setakat ini menunjukkan perkara yang dibangkitkan itu berkenaan dengan rasuah RM53 juta itu setakat ini tidak mempunyai asas.

"Hasil semakan 'cash transaction report' (CTR) serta 'suspicious transaction report' (STR) bagi syarikat yang dilantik di Malaysia serta pemilik syarikat, juga mendapati tidak wujud apa-apa transaksi yang mencurigakan yang boleh 'trigger' kepada penyiasatan. Tiada perkara yang signifikan dalam tempoh proses pemindahan itu," katanya.

Bagaimanapun, Abd Halim berkata, terdapat keraguan transaksi terhadap empat suspek yang disiasat berhubung pemindahan DAK iaitu membabitkan seorang penjawat awam, seorang pesara penjawat awam yang juga bekas pengarah dan dua pemilik syarikat.

Tempoh 25 tahun DAK di Zoo Osaka munasabah

Dalam pada itu, SPRM dapati tempoh perpindahan gajah Dara, Amoi dan Kelat (DAK) selama 25 tahun ke sebuah zoo di Osaka, Jepun sebagai munasabah.

Menurut Abd Halim, ia berdasarkan penelitian dalam siasatan yang dijalankan SPRM, iaitu mengambil kira kitaran masa untuk seekor gajah bunting.

"Mengenai tempoh perjanjian ataupun tempoh pinjaman tiga ekor gajah kepada zoo di Osaka, selama tempoh 25 tahun, kami mendapati ia adalah satu tempoh yang munasabah.

"Berdasarkan analogi itu, iaitu selepas mengambil kira tempoh gajah bunting iaitu mengambil masa dua tahun dan anggaran bilangan kelahiran yang boleh terjadi adalah maksimumnya sebanyak enam ekor.

"Jadi tempoh masa 25 tahun itu adalah satu tempoh yang wajar dan munasabah. Jadi tiada isu berkenaan," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, tempoh perjanjian selama 25 tahun bagi program pertukaran gajah Malaysia–Jepun terlalu panjang dan tidak munasabah dari sudut kebajikan haiwan.

Koordinator NGO Sekretariat Solidariti Bersama Dara, Amoi dan Kelat (DAK), Neow Choo Seong berkata, tempoh berkenaan berbeza dengan amalan diplomasi haiwan sebelum ini, khususnya program panda yang hanya dimeterai untuk tempoh lima tahun sebelum diperbaharui melalui semakan bersama antara kerajaan.

Tiada ulasan: