Khamis, 9 Julai 2026

TERUSKAN PERANG


TERAM

PEMIMPIN

YANG DI NANTI

AMIN

TERUSKAN

PERANG HINGGA

MINYAK SIMPANAN

AMERIKA HABIS

AMIN

DUNIA KAPITALIS

AKAN HURU HARA

AMIN

EKONOMI KACAU

PERANG DUNIA

MELEDAK

KHALAS


AS bedil 90 sasaran, Iran bertindak balas


TEHRAN: Amerika Syarikat (AS) dan Iran saling melancarkan serangan balas pada Khamis untuk hari kedua berturut-turut ketika negara bertelagah bagi menguasai Selat Hormuz yang strategik.

Laluan perkapalan minyak utama itu kini menjadi titik konflik dalam perang di Asia Barat dengan Tehran menegaskan hasrat untuk mengawal selat berkenaan, walaupun laluan itu sebelum ini terbuka kepada pelayaran antarabangsa sebelum serangan AS-Israel pada Februari lalu.

Selepas kedua-dua pihak berbalas serangan pada Rabu, Presiden AS Donald Trump mengisytiharkan perjanjian gencatan senjata dengan Iran sebagai "tamat".

Bagaimanapun, beliau masih membuka ruang untuk rundingan lanjut selain memberi amaran bahawa sebarang serangan akan berakhir dengan pantas.

Tentera AS berkata, serangan terbaharu terhadap Iran bertujuan menyekat "keupayaan mereka untuk mengancam kebebasan navigasi di Selat Hormuz" sambil merujuk kepada serangan terbaharu terhadap kapal-kapal komersial di laluan air berkenaan.


Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran pula memaklumkan pihaknya melancarkan serangan ke atas pangkalan tentera AS di Bahrain dan Kuwait pada Khamis sebagai tindak balas terhadap serangan baharu oleh Washington.

Seorang wartawan AFP melaporkan terdengar bunyi letupan di ibu negara Bahrain, Manama, manakala Kuwait memaklumkan pihaknya berjaya memintas "serangan peluru berpandu dan dron musuh".

Menurut laporan beberapa media rasmi, serangan AS mengenai sebuah jambatan kereta api di timur laut Iran. Agensi berita rasmi IRNA pula melaporkan serangan turut menyasarkan sebuah pangkalan tentera di kawasan pantai Bushehr yang menempatkan satu-satunya loji jana kuasa nuklear awam Iran.

Markas Pemerintahan Pusat (CENTCOM) AS dalam kenyataan susulan mengesahkan bahawa tenteranya melancarkan serangan terhadap 90 sasaran ketenteraan di Iran.

Sebelum itu, bunyi pesawat pejuang dilaporkan kedengaran di ruang udara Pulau Kish, Iran manakala beberapa letupan menggegarkan bandar pelabuhan Bandar Abbas, Konarak serta Chabahar yang menyaksikan sebahagian kawasan terputus bekalan elektrik, lapor IRNA.

"Ini adalah pembalasan terhadap tindakan Iran mengebom kapal-kapal semalam. Jika ia berlaku lagi, keadaan akan menjadi jauh lebih buruk!" kata Trump menerusi hantaran di platform Truth Social pada Rabu.

Lewat malam Rabu ketika bercakap kepada pemberita dalam pesawat Air Force One, Trump mendedahkan bahawa pihak Iran ada "menghubungi seketika tadi" dan mereka "sangat terdesak untuk mengadakan perjanjian".

Ketua perunding Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf menerusi hantaran di laman X pada Khamis menegaskan bahawa Selat Hormuz hanya akan dibuka berdasarkan "aturan Iran".

"AS masih belum belajar bahawa tindakan membuli dan memungkiri janji tidak lagi terlepas daripada menerima akibat. Biar saya jelaskan, jika anda menyerang, anda akan diserang," katanya.




Tiada ulasan: