Selasa, 7 Julai 2026

MAT TERAM MENGANCAM LAGI


MAT TERAM

MENGANCAM 

LAGI

KAH KAH KAH

IRAN DAH JAWAB

BERKALI KALI

AMIN

ASKAR AMERIKA

SILA MENDARAT

KAH KAH KAH

IRAN DAH LAMA

MENUNGGU

KHALAS


Kata dua buat Iran, capai perjanjian atau AS akan 'selesaikan tugas' - Trump


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menegaskan negara itu sama ada akan mencapai persetujuan dengan Iran atau 'menyelesaikan tugas itu', sekali gus mengulangi ancamannya untuk mengambil tindakan ketenteraan ketika Tehran terus menunjukkan sikap bertegas susulan pengebumian Pemimpin Tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei.

Rundingan tidak langsung antara AS dan Iran berakhir minggu lalu tanpa sebarang petunjuk umum mengenai kemajuan ke arah keamanan yang berkekalan, meskipun gencatan senjata selama 60 hari bertujuan memberi ruang kepada usaha diplomatik susulan serangan AS dan Israel yang mencetuskan konflik itu.

"Kita sama ada akan mencapai perjanjian atau kita akan menyelesaikan tugas. Ia bukan sesuatu yang sukar. Saya lebih memilih untuk mencapai perjanjian kerana saya tidak mahu menjejaskan 91 juta penduduk.

"Kita boleh memusnahkan jambatan mereka dalam tempoh sejam dan melumpuhkan bekalan tenaga mereka. Mereka kini tidak mempunyai wang. Kita tidak memberikan mereka sebarang wang," katanya kepada pemberita di Pejabat Oval.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, Mohammad Baqer Zolqadr, bagaimanapun menyifatkan ancaman Trump sebagai 'khayalan'.

"Rakyat Iran tidak memahami bahasa ugutan. Jadi bercakaplah dengan rakyat Iran secara hormat, jika tidak kami akan membalas dengan cara yang lain," katanya seperti dipetik media kerajaan Iran.

Trump mengeluarkan kenyataan itu selepas upacara pengebumian Khamenei pada hujung minggu lalu yang menyaksikan rakyat Iran bukan sahaja tidak kelihatan lemah akibat perang yang tercetus susulan serangan AS dan Israel pada 28 Februari, malah memperlihatkan semangat penentangan, perpaduan serta keazaman untuk menentukan hala tuju negara itu selepas konflik berkenaan.

Gencatan senjata selama 60 hari itu diwujudkan oleh Washington sebagai usaha menghidupkan semula rundingan diplomatik bagi menghalang Iran daripada membangunkan senjata nuklear. – REUTERS


Tiada ulasan: