Selasa, 7 Julai 2026

MUHAMAD ABDUL BERCAKAP BENAR


MUHAMAD

ABDUL AZALINA

BERCAKAP BENAR

AMIN

PRU TIDAK BOLEH

BEBASKAN SESIAPA

AMIN

YANG BOLEH

BEBASKAN NAJIB

IALAH

 KUASA POLITIK

KUASA DOLAR

KHALAS

Tak ada undang-undang mengatakan pilihan raya boleh bebaskan sesiapa'


PUTRAJAYA: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak boleh dijadikan saluran untuk membebaskan mana-mana individu yang sedang menjalani hukuman, tegas Ketua Penerangan UMNO,   Muhamad Abdul Azalina Othman Said.

Beliau menegaskan, dakwaan kononnya kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya mampu membawa kepada pembebasan mana-mana individu adalah tidak berasas kerana tiada sebarang peruntukan undang-undang yang membenarkan perkara itu.

"Mana ada. Tak ada undang-undang mengatakan pilihan raya boleh membebaskan sesiapa.

Beliau mengulas mengenai dakwaan serta naratif yang dimainkan segelintir pihak pada kempen PRN Johor yang berlangsung ketika ini.

Abdul Azalina berkata, kerangka perundangan negara ketika ini lebih tertumpu kepada tindakan terhadap pelaku jenayah menerusi undang-undang seperti Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah, manakala aspek perlindungan kepada mangsa masih memerlukan penelitian.

"Macam UK (United Kingdom) dengan Australia, apabila mangsa jenayah penipuan dalam talian, bank-bank yang terbabit akan pulangkan balik duit mangsa manakala negara kita belum (ada mekanisme berkenaan).

"Jadi dalam kajian ini kita nak tengok (mekanisme di) beberapa negara, apa jenis hukuman ataupun jenis elemen kepada mangsa.

"Yang banyak ada sekarang ini undang-undang kita ni menghukum kepada pelaku. Undang-undang kita banyak kepada pelaku. (Untuk) Mangsa tak ada apa kecuali dia buat laporan lepas itu kadang-kadang duit pun tak dapat balik dan itu yang kita nak kaji semula elemen ini," katanya.

Tiada ulasan: