Selasa, 7 Julai 2026

PAGI INI



PAGI INI 


PAGI INI

SELASA 7 JULAI    2026

PERANG HARI KE 124

GENCATAN SENJATA 60 HARI

SEKARANG HARI KE BERAPA?


LEPAS BULAN NOVEMBER PERANG MULA KEMBALI
Berita makin meluas – lepas bulan 11 – perang akan bermula kembali – malah JD Vance Timbalan Presiden kata : Gencatan senjata ini buat sementara – untuk susun kembali kekuatan Amerika.

WOIT
Apa yang terjadi ialah minyak di Amerika – MINYAK SIMPANAN STRATEJIK – dah MAKIN SUSUT  – Maka  Mat Teram takda pilihan melainkan berunding dengan Iran – kah kah kah 

Pasaran dunia perlu minyak dari Rusia dan Iran – maka SEKATAN DI LONGAR. – kah kah kah

BOM NUKLEAR IRAN
IRAN TELAH MEMILIKI BOM NUKLEAR 
NAMA BOM INI IALH SELAT HORMUZ

Bila dia meledak – bila di tutup – satu dunia kacau – kah kah kah.

TURKI
NATO akan bersidang di Istanbul – wow – Erdorgan makian ganas – ramai  kena tangkap – aktivis NGO, pemimpin politik, wartawan – peguam malah PELAWAK pun kena tangkap kerana buat lawak tentang Erdorgan – kah kah kah

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Kemarin hujan gagal.  Matahari dah keluar – cahaya lembut. KL & KL Sentral berkabus nipis. Langit biru berawan putih.

Dari belakang gua  Ibu Itam datang -  gua tabur friskies – sampai ke Wakaf Pertama ramai lagi muncul lalu gua beri nasi dan Friskies -  dua tempat – atas jalan ada friskies – atas makam ada nasi – ha ha – Puppy Itam datang makan nasi.

Ibu Garang bergaduh – gua tolak dia keluar – yang lain makan enak – Tiong dan Siti  TIDAK datang pagi ini. Ramai makan gua gumbira.

Berjalan pulang depan Pokok Ara gua dengar suara ramai – tapi gua rasa Ara masih belum berbuah. 

Di lorong pulang  Cengkerik bersimponi – Terkukur berlagu – pagi jadi indah bila Murai berkicau.

Hari ini akan panas. Petang mungkin hujan atau redup. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
SELASA SEPERTI BIASA

BRO
Lu perhatian   bunga yang kembang – semua merayakan alam.

BRO
Alam ini tenang. Rumput menghijau. Unggas berkicau. Angin bertiup. Matahari bersinar. Bunga berkembang – alam yang indah.

BRO
Malam sejuk hening – cengkerik bersimponi – rayakan keindahan alam. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan: