Sabtu, 3 Jun 2023

HUJAH. HADI KOLOT KATA ANWAR



Anwar tegur Hadi, jangan main naratif kolot


PERDANA Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk tidak menggunakan naratif kolot dan jumud apabila mengkritik kerajaan perpaduan.

Beliau turut meminta Abdul Hadi menunjukkan dasar kerajaan sekarang yang mengkhianati orang Melayu seperti didakwa.

“Mana dasar kita tinggalkan Melayu, yang kita khianat orang Melayu ni, mana…yang kita curi dana, saham, curi projek semua, mana?

“Jangan gunakan naratif kolot dan jumut,” katanya kepada wartawan selepas merasmikan pameran di Muzium Kesenian Islam, hari ini.

Semalam, Abdul Hadi membandingkan jumlah kerusi yang dimenangi PAS dan Bersatu dengan DAP dan PKR serta mendakwa PH tidak sesuai memimpin negara kerana ia ‘dikuasai’ parti bukan Islam.

Anwar turut menyatakan Hadi membuat kiraan yang salah mengenai kerusi dalam kerajaan sekarang.

“Itu kiraan yang salah. Yang penting bukan soal jumlah majoriti bukan Melayu,” katanya.

Anwar turut mengingatkan pembangkang, Malaysia merupakan negara pelbagai kaum yang menjaga hak-hak berkaitan Islam.

“Ini jaminan keamanan negara kita. 

“Saya tidak suka rakyat dipesongkan dengan sentimen begini,” katanya.

Dalam kenyataannya semalam Abdul Hadi berkata pada masa ini hanya Perikatan Nasional (PN) sahaja yang mempunyai kekuatan politik kerana ia menguasai sokongan Melayu dan Muslim yang merupakan majoriti di Malaysia.

Penganalisis politik sebelum ini berkata tanpa tunjang sebuah parti Melayu, pentadbiran kerajaan tidak akan stabil kerana majoriti penduduk di negara ini terdiri daripada orang Melayu.

Mereka berkata sebelum ini Umno yang menjadi tunjang kerajaan Barisan Nasional (BN) membantu memberikan kestabilan kepada pentadbiran kerajaan.

Namun parti itu semakin kehilangan sokongan orang Melayu, termasuk pada PRU15 tahun lalu. – 2 Jun, 2023.

HUJAH HADI

SENANG SAJE

KAH KAH KAH

HADI KIRA

JUMLAH YB

MELAYU ISLAM

DALAM KERAJAAN

KAAH KAH KAH

MAJORITI BUKAN

ISLAM MAKA

HADI RUMUSKAN

INI BAHAYA

AMIN

BAHAYA KERANA

INI KERAJAAN

BUKAN MELAYU

AMIN

INI  KERAJAAN

CHINA

AMIN 

HUJAN HADI INI

RAMAI MELAYU

 PERCAYA

KHALAS

Tiada ulasan: