Sabtu, 3 Jun 2023

PUAD TERUS TIBAI RAFIZI


Tembak kaki sendiri’ ialah bila formula menteri tidak boleh dipakai – Puad

KUALA LUMPUR – “Tembak kaki sendiri ialah bila menteri tidak perform, gagal buat benda luar biasa dan formulanya tidak boleh dipakai. Itu lemahkan kerajaan.”

Itu penegasan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO,  Puad Zarkashi terhadap ingatan Setiausaha Agung UMNO,  Asyraf Wajdi Dusuki supaya pemimpin parti itu berhenti daripada terus menyalahkan sesama pimpinan di bawah Kerajaan Perpaduan.

Puad mempertahankan kenyataan beliau terhadap Menteri Kewangan Rafizi Ramli sebelum ini yang didakwa gagal membuat ‘persiapan’ sebelum menjadi menteri.

“Saya dituduh tembak kaki sendiri. Apakah meminta Rafizi mengemukakan formula yang realistik dan luar biasa dianggap tembak kaki sendiri?

“Apakah mendesak menteri supaya ‘perform’ dianggap tembak kaki sendiri? Apa salahnya Rafizi ditegur. Kalau dia luar biasa, Kerajaan Perpaduan tambah kukuh.

“Apa maksud tembak kaki sendiri. Tidak boleh dikritik? Tidak boleh ditegur? Tidak boleh beri pandangan? Tugas saya bukan menghasut. Saya tidak ambil pun tugas lama Rafizi,” katanya dalam media sosial.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu mengaskan tuduhan menembak kaki sendiri hanya boleh dilemparkan kepada pihak yang tidak mahu menegur dan membiarkan kepincangan menteri terus berlaku.

“Saya boleh dituduh tembak kaki sendiri bila takut bersuara dan kelemahan dibiarkan berleluasa. Sebab itu saya lain dari yang lain,” tegas beliau.

Pada 31 Mei lalu Puad dalam kenyataannya berkata, beliau belum nampak langkah signifikan yang telah dibuat Rafizi untuk membantu ekonomi negara.

Mengulas lanjut, Mohd. Puad menasihat Ahli Parlimen Pandan itu lebih berhati-hati agar rakyat tidak mendesak untuk beliau meletakkan jawatan.

“Apakah Rafizi tiada persiapan untuk jadi menteri? Itu masalahnya bila banyak sangat formula sebelum jadi Menteri, bila jadi menteri tidak boleh biasa biasa, mesti luar biasa.

“Jangan nanti rakyat kata “Rafizi turun, ringgit naik”. Agaknya itu punca timbul cerita akan berlaku rombakan Kabinet. Menteri kena luar biasa untuk pertahankan Kerajaan Perpaduan,” tegas Puad.

Bagaimanapun Asyraf Wajdi menegur kenyataan Puad yang dianggap sebagai ‘menembak kaki sendiri’.

Beliau berkata, sebagai sebuah parti komponen di bawah Kerajaan Perpaduan, UMNO perlu terus fokus untuk memastikan negara dapat bergerak ke hadapan dan mengutamakan kesejahteraan rakyat, selain terhadap pentadbiran negara.

“Kita perlu membendung dan menguruskannya kerana tidak ada gunanya jika kita terus menyerang sesama sendiri dan ‘menembak kaki sendiri’ untuk memuaskan hati segelintir masyarakat.

“Ia tanggungjawab bersama apabila kita membentuk kerajaan. Ia bukan tugas satu orang saja dan kita perlu menghentikan tindakan menyalahkan semasa sendiri ini,” kata Asyraf Wajdi.-

WOIT

KAH KAH KAH

TEMBAK JANGAN

TAK TEMBAK

AMIN

NAMPAK JELAS

UMNO TAK SUKA

PADA MENTERI PKR

AMIN

UMNO TAK SEDAR

KALAU TAKDA PKR

UMNO TAKDA

MENTERI 

KAH KAH KAH

PKR YANG

SELAMATKAN 

UMNO DARI HANYUT

KAH KAH KAH

HADI KATA UMNO

ITIK PATAH KAKI

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: