Sabtu, 3 Jun 2023

PUAD TIBAI RAFIZI


Jangan sampai rakyat kata Rafizi turun, ringgit naik' - Puad

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO,  Puad Zakashi mengajukan pertanyaan kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli di mana dasar lebih baik daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Dalam satu kenyataan, Mohd Puad mendakwa, rakyat belum nampak langkah signifikan diambil oleh Ahli Parlimen Pandan itu bagi ekonomi negara.

“Sekurang-kurangnya polisi baharu ekonomi rakyat. Mana dia dasar yang lebih baik daripada BR1M.

“Apakah Rafizi tiada persiapan untuk jadi menteri. Itu masalahnya bila banyak sangat formula sebelum jadi menteri,” kata beliau pada Selasa.

Rafizi pada Selasa menjelaskan bahawa menguruskan ekonomi negara perlu dilihat dalam perspektif menyeluruh kerana ia bukannya semata-mata ditentukan oleh nilai mata wang.

Katanya, banyak perkara perlu dilihat seperti pertumbuhan ekonomi, inflasi, kadar kutipan hasil negara dan fiskal defisit.

Mengulas lanjut, Mohd Puad turut berseloroh mengingatkan Menteri Ekonomi itu jangan sampai rakyat berkata Rafizi turun, ringgit naik.

“Agaknya itu punca timbul cerita akan berlaku rombakan kabinet. Menteri kena luar biasa untuk pertahankan Kerajaan Perpaduan,” ujarnya.

PUAD TIBAI

RAFIZI

KESIAN

AMIN

RAFIZI BIJAK

TAPI SAYANG

TAK DIBERI TUGAS

MENTERI DUIT

AMIN

SEKARANG RAFIZI

HANYA JAGA

NUMBO DUIT TAPI

TAKDA DUIT

KAH KAH KAH

KESIAN FORMULA 1

RAFIZI TAK DPT

BERGERAK

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: