Sabtu, 3 Jun 2023

RINGGIT MAKIN JATUH


OPR naik, ringgit jatuh tekan PKS, kata persatuan

KEJATUHAN ringgit yang berterusan serta keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) menekan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Kecil Dan Sederhana Malaysia (SME Malaysia) Chin Chee Seong berkata PKS terperangkap dalam situasi itu di mana mereka terpaksa menanggung kerugian dalam pendapatan mereka.

“Penurunan nilai ringgit sudah pasti menjejaskan perniagaan serta ekonomi.

“Walaupun mereka yang dalam bidang eksport berpeluang untuk memperoleh lebih banyak dengan dolar AS (Amerika Syarikat) yang lebih kukuh, mereka perlu membayar lebih untuk mengimport bahan mentah.

“Ia adalah satu kerugian besar dalam jangka masa panjang untuk semua orang.

“Kami tidak mendapat banyak daripada eksport tetapi kami mengimport banyak bahan mentah dan produk untuk dijual. Itu akan menambah kos pengeluaran kami. Ini tidak baik untuk PKS,” kata Chin kepada The Malaysian Insight.

Beliau berkata PKS di Malaysia menggaji lebih 40 peratus daripada jumlah tenaga kerja dengan menyumbang 38.9 peratus daripada jumlah keluaran dalam negara kasar.

Beliau menambah ramalan kerugian semasa bagi sektor ini secara purata antara 4.2% hingga 4.6% tetapi dengan kejatuhan nilai ringgit yang berterusan, ia mungkin meningkat kepada 10 peratus.

Chin berkata dengan keadaan semasa, harga makanan juga akan meningkat terutamanya apabila Malaysia mengimport kuantiti makanan yang banyak.

“Apabila harga makanan dan bahan mentah meningkat, kita akan menghadapi inflasi. Perniagaan pasti akan terjejas kerana orang ramai akan berbelanja sedikit dengan wang yang lebih sedikit,” katanya.

Chin berkata keputusan BNM untuk meningkatkan OPR juga tidak membantu perniagaan.

“Sekarang dengan kenaikan OPR serta pembayaran balik pinjaman lain, orang ramai menjadi berjimat cermat dan tidak berbelanja yang tidak perlu.

“Lebih banyak wang untuk membayar semua pinjaman ini. Ini secara langsung memberi kesan kepada PKS dalam pasaran runcit,” katanya.

Pada Mei, BNM menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas mengembalikannya kepada paras sebelum pandemik 3%.

Kenaikan itu merupakan kenaikan kelima BNM sejak tahun lalu.

Pakar ekonomi memberi amaran ringgit mungkin terus melemah berbanding dolar AS kepada 4.7500 menjelang suku ketiga 2023.

Mereka berkata kekurangan strategi ekonomi yang jelas dan menyeluruh daripada kerajaan berkemungkinan akan melemahkan lagi mata wang tempatan.

Chin berkata kerajaan perlu memberi pertimbangan serius untuk membendung penyusutan berterusan mata wang tempatan bagi mengelak perniagaan lebih menderita seperti yang diramal.

“Ini adalah sesuatu yang kami tidak mampu untuk teruskan pada masa ini terutamanya apabila perniagaan agak teruk dalam tempoh lima bulan pertama.

“Kini, ia diramalkan lebih teruk kerana kejatuhan nilai ringgit yang berterusan,” katanya.

Satu lagi halangan yang dihadapi PKS dengan kejatuhan ringgit ialah ketidakmampuan mereka membayar lebih untuk menyesuaikan operasi mereka dengan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0).

“Mesin yang ingin kami beli dari luar negara untuk automasi kini menjadi lebih mahal dan ini melambatkan lagi pelaksanaan IR4.0,” katanya. – 3 Jun, 2023.


EKONOMI KITA

BERKAIT DGN

EKONOMI DUNIA

AMIN

INI HAKIKAT

DUNIA HARI INI

AMIN

KERAJAAN  WAJIB

GUNA FIKRAH

PAKAR DALAM

HAL EKONOMI

AMIN

KEADAAN AKAN

BERTAMBAH BURUK

BUKAN SAJA KITA

SELURUH DUNIA

ALAMI SAMA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: