Selasa, 4 Julai 2023

ANAK MUDA PALESTIN ANGKAT SENJATA


Operasi ketenteraan Israel di Jenin ‘jenayah perang baharu'


PIHAK Berkuasa Palestin (PA) menyifatkan operasi ketenteraan Israel yang berterusan di bandar Jenin Tebing Barat sebagai “jenayah perang baharu” terhadap rakyat Palestin, lapor Agensi Anadolu.

Sembilan rakyat Palestin terbunuh dalam serangan tentera Israel di Tebing Barat, termasuk tujuh di Jenin semalam, manakala 27 lagi cedera, menurut Kementerian Kesihatan.

“Apa yang dilakukan oleh kerajaan Israel di bandar Jenin dan kemnya adalah jenayah perang baharu terhadap rakyat kita,” kata jurucakap PA Nabil Abu Rudeineh dalam satu kenyataan.

“Rakyat Palestin tidak akan menyerah atau mengibarkan bendera putih, tetapi akan tetap teguh mempertahankan tanah mereka dalam menghadapi pencerobohan kejam ini sehingga kebebasan dicapai,” katanya.

Jurucakap tentera Israel Daniel Hagari mendakwa operasi ketenteraan itu tertumpu kepada kem pelarian Jenin.

Menurut sumber, lebih 1,000 tentera terlibat dalam operasi Jenin.

Abu Rudeineh juga menyeru masyarakat antarabangsa “untuk tidak berdiam diri dan mengambil tindakan serius memaksa Israel menghentikan pencerobohannya terhadap rakyat Palestin, dan memaksa mereka bertanggungjawab atas semua jenayah ini.”

Kementerian Luar Palestin menyifatkan operasi Jenin sebagai “pencerobohan biadab”, dan mendakwa ia sebahagian daripada dasar rasmi Israel “menggunakan kekuatan tentera sebagai alternatif penyelesaian konflik.”

Kementerian itu menggesa masyarakat antarabangsa untuk “menghentikan serta-merta pencerobohan” dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa “mula bertindak dan memnta Israel bertanggungjawab terhadap jenayah perang”, lapor Agensi Anadolu.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat sejak beberapa bulan kebelakangan ini di tengah-tengah serbuan Israel ke bandar Palestin.

Hampir 190 rakyat Palestin dibunuh tentera Israel sejak awal tahun ini, menurut Kementerian Kesihatan. – Bernama, 4 Julai, 2023.


PUAK PIHAK

BERKUASA PALESTIN

KAKI BELOT

AMIN

SAMA MACAM

UMNO 

AMIN

HAMAS DAN

ISLAMIK JIHAD 

ANGKAT SENJATA

LAWAN ZIONIS

AMIN

PA BERUNDING

DAN BERTUKAR

MAKLUMAT INTEL

DENGAN ZIONIS

KHALAS 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pasal apa plak umno saja yg belot? nape lu tak ckp PAS juga belot?nama lu tak ckp madey, mahiaddin ,kj juga belot.