Selasa, 4 Julai 2023

SAPA EJEN CHINA MERAH ?



SPRM buru ejen bantu pelancong asing ditahan Imigresen

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia sedang memburu ejen yang didakwa meminta rasuah daripada seorang pelancong warga China yang terperangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Situasi di imigresen KLIA minggu lalu itu akhirnya membawa campur tangan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Tiong King Sing.

Sumber berkata individu itu didakwa menjalankan urusan sebagai orang tengah bagi membantu kemasukan pelancong asing yang melanggar syarat ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

“Kami sedang giat mengesan individu yang merupakan ejen yang dikatakan meminta rasuah sebanyak RM18,000 bagi menyelesaikan kes terbabit,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Menurut sumber, tiga kenyataan termasuk satu daripada Tiong sudah diambil.

“Beberapa orang pegawai imigresen yang terlibat akan dipanggil untuk diambil keterangan berhubung perkara ini hari ini.

“SPRM memandang serius isu rasuah yang dikatakan berlaku dalam insiden melibatkan seorang warga China di KLIA baru-baru ini.

“Satu siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengesahkan perkara ini,” katanya. 

Minggu lalu, Tiong mendakwa beberapa pegawai Imigresen yang melakukan rasuah menghalang pelancong yang mempunyai dokumen sah daripada memasuki Malaysia di lapangan terbang dan menuntut wang sebagai pertukaran untuk pembebasan mereka.

Susulan dakwaan Tiong, SPRM berkata ia akan menyiasat dakwaan sedemikian.

Persatuan pelancongan sementara itu menyokong dakwaan Tiong, berkata mereka juga menerima banyak aduan daripada pelancong masuk

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Beliau menggesa semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi masa kepada SPRM untuk menyelesaikan siasatan ini. – 4 Julai, 2023.


SAPA EJEN

CHINA MERAH?

AMIN

KITA WAJIB

BANTU SPRM

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nanti keluar satu buku besar senarai nama Imigresen makan rasuah setiap bulan woit jangan marah kah kah kah lubuk emas jangan kacau bagi orang kita mewah sendiri sudah, Bossku curi billion anak buah naungan curi rasuah sikit kah KAH