Rabu, 26 Julai 2023

ASKAR RAJA DAN PEMODAL


Kebuntuan politik Thailand berterusan, undian PM ditangguhkan sekali lagi


UNDIAN ketiga memilih Perdana Menteri Thailand yang dijadualkan pada Khamis ditangguhkan sehingga diberitahu kelak, umum Speaker Wan Muhamad Noor Matha.

Pengundian itu dibuat berikutan usaha pemimpin Parti Move Forward, Pita Limjaroenrat untuk dicalonkan sebagai perdana menteri gagal pada 13 dan 19 Julai.

Bagaimanapun pada Isnin Pejabat Ombudsman Thailand memfailkan petisyen kepada Mahkamah Perlembagaan untuk menangguhkan pengundian sehingga mahkamah memutuskan perkara itu.

Wan Muhamad Noor berkata penangguhan itu selepas berunding dengan pegawai undang-undang dan penasihatnya berikutan ketidaktentuan undang-undang.

Media tempatan melaporkan persidangan serentak kedua-dua dewan untuk pengundian perdana menteri mungkin dimasukkan semula kepada agenda Parlimen berikutan keputusan Mahkamah Perlembagaan.

Ketika kebuntuan politik berlarutan lebih dua bulan selepas Pilihan Raya Umum 14 Mei, Thailand masih belum memilih perdana menteri baharu.

Pheu Thai, parti kedua terbesar dalam gabungan itu dengan 141 kerusi kini mengetuai gabungan lapan parti dalam usaha membentuk kerajaan.

Pheu Thai mengambil alih tanggungjawab itu selepas Pita gagal mendapatkan sokongan yang mencukupi pada 13 Julai untuk dipilih sebagai perdana menteri baharu.

Undian enam hari kemudian memutuskan beliau tidak boleh dicalonkan untuk kali kedua, menamatkan usaha Pita untuk menjadi perdana menteri.

Pada 19 Julai Mahkamah Perlembagaan memerintahkan penggantungan sementara Pita sebagai ahli Parlimen (MP). – 26 Julai, 2023.


POLITIK SIAM

ASKAR BERKUASA

AMIN

ASKAR DIPASAK

OLEH RAJA

AMIN

RAJA DI PAYUNG

OLEH PEMODAL

AMIN

TIGA KUASA

PALING KUAT

DI SIAM

AMIN

APAKAH KUASA

RAKYAT BOLEH

KALAHKAN 

TIGA KUASA INI ?

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: