Rabu, 26 Julai 2023

TAHNIAH SPRM



Ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’, sekutu ditahan dalam serbuan di KL, Selangor


Seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk” dan sekutunya ditahan dalam satu serbuan serentak Pasukan Petugas Agensi-agensi Penguatkuasa Malaysia (MATF) di 34 lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor bermula Isnin lalu.

Dalam operasi pertama itu, pasukan MATF yang diketuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya merampas sejumlah wang tunai anggaran kira-kira RM38 juta.

Menurut sumber, operasi yang diberi nama Op 82S itu turut menyita emas seberat anggaran 200 kilogram bernilai kira-kira RM60 juta serta 17 kereta mewah antaranya berjenama Maserati, Ferrari dan Mercedes Benz.

Operasi itu dijalankan dengan kerjasama enam agensi penguatkuasaan lain iaitu polis, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Cyber Security Malaysia (CSM) melibatkan 315 pegawai.

“Ini merupakan kes pertama yang dijalankan di bawah Pasukan MATF yang dipengerusikan oleh Peguam Negara,” kata sumber itu.

“Operasi besar-besaran ini sekali gus melumpuhkan satu sindiket rasuah, pecah amanah, penyeludupan barang-barang haram dan pengurangan cukai tidak sah.”

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Menurut Azam, kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, Akta Percukaian 1967 dan Akta Kastam 1967.

SALUT

TAHNIAH  SPRM

TAHNIAH MATF

AMIN

LAKUKAN KERAP

SERBUAN 

BERSEPADU 

MACAM INI

AMIN

SELAMATKAN

 NEGARA KITA

DARI PENCURI

PERASUAH

KLEPTOKRAT

KAKI SAKAU

AMIN

NEGARA KAYA

TANPA KAKI SAKAU

RAKYAT BOLEH

HIDUP LUMAYAN

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semakin hari semakin banyak perasuah perompak pelari cukai jadi kluster mahkamah, bagus bagus bagus, negara ini rosak oleh perasuah perompak wang rakyat, biar tindakan kepada semua, setuju cara Anwar setuju tata kelola yang baik setuju bersih negara dari amalan merosak negara bangsa kah kah kah tapi selama mana mampu, Atok geng perasuah sedang komplot sedang merancang sedang belanja duit untuk jatuh Anwar? Boleh tak? Boleh tak gelombang perasuah menang? Perasuah pasti banyak harta kekayaan banyak duit banyak semuanya kah kah kah mampu rakyat pilihan tepat? Orang kita terkenal kerana suka terima adakah ianya akan berubah atau sama perangai seperti turun temurun? Kah kah kah