Rabu, 26 Julai 2023

MAT SABU BERCAKAP BENAR


Tumpu gerak kerja pilihan raya, bukan ganti menteri, kata Mohamad Sabu

PRESIDEN Amanah Mohamad Sabu mahu ahli parti memberi tumpuan kepada pilihan raya negeri akan datang dan berhenti membuat spekulasi mengenai siapa yang akan menggantikan Allahyarham Salahuddin Ayub dalam kabinet Persekutuan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam satu kenyataan berkata penggantian Salahuddin dalam kabinet sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup adalah sesuatu yang perlu diputuskan selepas pilihan raya negeri.

“Jangan memikirkan dahulu siapa yang akan menggantikan tempat almarhum Datuk Seri Salahuddin Ayub. Selepas ini barulah kita akan membincangkan dengan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkait pengganti kepimpinan yang telah pergi.

“Jangan kita dilaga-lagakan oleh pihak lain dalam isu ini,” katanya.

Salahuddin, 61, yang merupakan ahli Parlimen Pulai dan Adun Simpang Jeram meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar pada Ahad berikutan pembedahan pendarahan otak.

Mohamad memberitahu ahli parti, kepimpinan Amanah akan mengendalikan perkara seperti pertukaran kepimpinan dan masa depan parti seperti yang diperuntukkan dalam peraturan dan undang-undang parti.

Salahuddin adalah timbalan presiden parti.

“Saya sendiri memberi komitmen untuk memberikan tumpuan kepada tanggungjawab di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan turun bersama-sama ahli ke bawah untuk melaksanakan gerak kerja pilihan raya.

“Tanggungjawab kita sangat penting untuk memberi kemenangan kepada calon-calon daripada parti yang bergabung dalam kerajaan perpaduan iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN),” katanya di Facebook hari ini. – 26 Julai, 2023.

SATU MALAYSIA

MENGHORMATI

SALAHUDDIN

AMIN

DIA TELAH PERGI

KE ALAM BAQA

AMIN

APA YANG WAJIB

DIBUAT BUKAN

BEREBUT JAWATAN

TAPI MENERUSKAN

KERJA ARWAH

YANG MASIH

BELUM SELESAI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: