Jumaat, 4 Ogos 2023

ANWAR CAKAP BETUL


Menghadap Sultan Kedah tak bincang isu REE, kata Anwar

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau bersama ahli perniagaan dari Indonesia menghadap Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah namun pertemuan itu sebagai kunjungan hormat.

Beliau berkata pertemuan itu tiada kaitan dengan urusan permohonan untuk mengusahakan aktiviti unsur nadir bumi (REE) di negeri berkenaan seperti yang didakwa Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor.

“Isunya, curi nadir bumi, jangan alihkan. Menghadap Tuanku, itu jadual Sultan Kedah, jadi saya tak mahu kait. Tak bangkit soal REE… Sultan Kedah panggil saya ada hal-hal lain, termasuk ziarah makam. 

“Yang saya nak sebut di sini, isu REE jangan dialih iaitu curi nadir bumi, beri kelulusan kepada syarikat China tanpa kebenaran,” kata beliau kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia 2023 (MCY Summit 2023) di Kuala Lumpur hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Sanusi mendakwa Anwar dan seorang warganegara Indonesia pernah ke negeri itu untuk meninjau tapak lombong REE sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Muhammad Sanusi berkata warganegara Indonesia yang dikenali sebagai ‘Reza Khalid’ itu dikatakan berminat melabur dalam aktiviti melombong REE di Kedah. – Bernama, 4 Ogos 2023.

INI BETUL

ANWAR BAWA

TAIKUN INDON

JUMPA SULTAN

PASTI BUKAN

HAL NADIR BUMI

AMIN

APAKAH SANUSI

ADA JUMPA

TAIKUN YG DIBAWA

OLEH ANWAR 

INI TAK JELAS

AMIN

REZA ADA JUMPA

SANUSI ATAU TAK

AMIN

REZA 

JUMPA SULTAN

TANDA HORMAT

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

macam mana nak curi nadir bumi.. kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

kenapa ke kedah ?

di penang ada maharaja kot anak tan sri...