Jumaat, 4 Ogos 2023

LATIHAN TENTERA - BERSEDIA HADAPI MUSUH




Pertukaran teknologi ketenteraan Malaysia-Amerika Syarikat

KOTA BHARU - Eksesais Keris Strike Siri 28/2023 dapat membantu manambah baik sistem dan kelengkapan ketenteraan di negara ini selain pertukaran teknologi dan kepakaran tentera Amerika Syarikat.

Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Tengku Datuk Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim berkata, anggota turut mendalami sistem teknologi simulasi latihan dan latihan medan.

Beliau memberitahu, kesemua yang terlibat juga berkongsi pengalaman dan ilmu ikhtiar hidup sepanjang tempoh tiga minggu eksesais itu.

"Melalui eksesais ini juga, kita dapat melihat peralatan dan kelengkapan canggih yang mereka gunakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Eksesais Keris Strike Siri 28/2023 antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan United States Army Pacific Command (USARPAC) pada Jumaat.

Hadir sama, Pegawai Memerintah 1-5 INBN USARPAC, Leftenan Kolonel Jonathan Earl Doiron dan Pegawai Memerintah Divisyen ke-11 Airbone USARPAC, Mejar Jeneral Brian S Eifler.

Tengku Datuk Muhammad Fauzi memberitahu, eksesais itu juga bertujuan melaksanakan diplomasi ketenteraan selain pertukaran pengalaman dan pengetahuan dalam ketenteraan Amerika Syarikat.

Tambah beliau, kehadiran tentera itu juga bertujuan memperkukuhkan kerjasama di antara kedua-dua negara.

Sementara itu, Doiron berkata, pertemuan dua pasukan antara Malaysia dan Amerika itu dapat meningkatkan kemahiran mereka selain membina perkongsian dengan tentera negara ini.

Beliau turut memuji kerjasama pasukan tentera medan yang banyak membantu dan berkongsi maklumat dalam kepakaran ketenteraan.

"Kami banyak belajar dalam persekitaran cuaca dan hutan di Malaysia kerana sebelum ini anggota kita dilatih di Alaska. Kita dapat berkongsi dan bekerjasama sepanjang latihan ini," katanya.



WOIT

LATIHAN TENTERA

DENGAN AMERIKA

AMIN

SAPA MUSUH

KITA ?

AMIN

CHINA MERAH

ATAU RUSIA

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan: