Jumaat, 4 Ogos 2023

PROJEK HALANG TRUMP

 



Trump mengaku tidak bersalah pertuduhan ubah keputusan pilihan raya

BEKAS presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengaku tidak bersalah semalam atas pertuduhan jenayah berkonspirasi untuk mengubah keputusan pilihan raya 2020 dan menipu rakyat republik itu.

Trump yang mendahului persaingan menjadi calon presiden AS parti Republikan 2024, membuat pengakuan itu ketika pendengaran pertuduhan selama 30 minit di sebuah mahkamah di Washington.

“Tidak bersalah,” kata Trump selepas Hakim Majistret Moxila Upadhyaya membaca empat pertuduhan jenayah setebal 45 muka surat yang membawa hukuman penjara maksimum, dengan pihak pendakwa raya diketuai peguam pembela khas Jack Smith.

Smith yang juga bekas pendakwa raya bagi jenayah perang di Hague, mendakwa Trump berkonspirasi menipu AS, berkonspirasi dan menghalang prosiding rasmi dan cuba melucutkan hak pengundi dengan tuduhan palsu beliau memenangi pilihan raya.

“Tujuan konspirasi itu adalah untuk mengubah keputusan yang absah pada pilihan raya presiden 2020 dengan secara sedar menggunakan dakwaan palsu bagi menipu keputusan pilihan raya,” jelas pertuduhan itu.

Smith mengaitkan tindakan Trump selepas kekalahannya secara langsung dengan serangan di Capitol, yang disifatkan sebagai “serangan julung kali terhadap demokrasi AS”.

Hakim kemudian menetapkan tarikh pendengaran seterusnya pada 28 Ogos di hadapan Hakim Mahkamah Daerah AS, Tanya Chutkan, yang akan mendengar perbicaraan penuh nanti.

“Saya memberi jaminan kepada semua pihak bahawa proses dan perbicaraan yang adil akan dilaksanakan,” kata Upadhyaya.

Sebelum ini, jutawan berusia 77 tahun itu dikenakan pertuduhan bagi dua kes jenayah berbeza, dan pertuduhan konspirasi terbaharu itu dijangka menyebabkan beliau bergelut dengan perbicaraan ketika kemuncak kempen pilihan raya tahun depan.

Terdahulu, ketika bercakap kepada pemberita di Lapangan Terbang Nasional Reagan sebelum berlepas ke Washington menaiki pesawat peribadinya, Trump menyifatkan kes itu sebagai “pertuduhan politik”.

“Ini adalah hari yang sedih bagi AS. Ini adalah pertuduhan terhadap individu yang mendahului calon Republikan dan Presiden AS Joe Biden dengan jumlah yang amat besar.

“Jadi jika mereka tidak boleh kalahkan saya, mereka kenakan tuduhan jenayah pada saya. Kita tidak boleh benarkan ini berlaku di AS,” katanya.

Pendakwaan terhadap Trump serta enam lagi individu tidak dinamakan berkomplot untuk mengubah keputusan pilihan raya 2020, adalah kes paling serius yang mengancam usahanya untuk kembali ke White House. – AFP, 4 Ogos, 2023.

INI PROJEK

NAK HALANG

TRUMP 

BERTANDING

AMIN

TRUMP CALON

PALING POPULAR

PILIHAN RAKYAT

AMERIKA

AMIN

TRUMP TAK

SOKONG NATO

TAK MINAT PERANG

DENGAN RUSIA

AMIN

TRUMPS MAHU

MENIAGA

KHALAS

Tiada ulasan: