Jumaat, 4 Ogos 2023

TALIBAN HALAU PEMIMPIN GERAKAN

 



PAS tidak restu ahlinya halau Dominic Lau di ceramah Perikatan, kata Takiyuddin


PAS tidak merestui tindakan ahlinya tidak mengalu-alukan dan menghalau Presiden Gerakan Dominic Lau semasa ceramah kempen Perikatan Nasional (PN) di Tasek Gelugor awal minggu ini, kata Takiyuddin Hassan.

Setiausaha Agung PAS meminta maaf kepada Lau atas apa yang berlaku, yang disifatkannya bertentangan dengan akhlak dan prinsip Islam yang menghargai tetamu.

“Bagi pihak kepimpinan PAS Pusat, saya percaya kehadiran beliau perlu diterima dan dihargai sebagai tetamu berdasarkan akhlak dan prinsip-prinsip Islam.

“Selain itu, parti pimpinannya Gerakan juga merupakan rakan gabungan dalam PN dan beliau sendiri merupakan calon dalam pilihan raya negeri yang sedang berlangsung sewajarnya diberikan penghormatan yang layak dan munasabah,” katanya dalam satu kenyataan.

Majlis Ceramah Mega PN Best di Sungai Dua, Tasek Gelugor, pada Selasa lepas turut dihadiri Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Media melaporkan Lau pada awalnya disambut oleh Naib Presiden PAS Idris Ahmad, yang juga disenarai sebagai antara penceramah, tetapi dihalang ke pentas oleh Setiausaha PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim.

Iszuree sebelum ini disebut-sebut bakal calon PN bertanding di DUN Bayan Lepas, kerusi yang ditandingi oleh Lau.

Menurut Takiyuddin, PAS menyedari sentimen dalam kalangan ahli dan penyokongnya terhadap pencalonan Lau.

Namun keputusan itu sudah melalui proses dan dipersetujui oleh kepimpinan parti diketuai Hadi, dan perlu diterima dengan terbuka oleh ahli dan penyokong PAS.

“Justeru, saya menyeru ahli-ahli PAS berkaitan supaya menyedari bahawa bantahan berterusan dan tindak-tanduk yang berlawanan dengan kepentingan parti bukan sahaja berkemungkinan menimbulkan suasana tidak harmoni dalam gabungan PN, malah turut mencabar dan mempersoalkan kebijaksanaan serta ketepatan keputusan Tan Sri Presiden PAS sendiri,” tambahnya.

Takiyuddin juga menyeru ahli-ahli PAS supaya fokus dan membantu kempen pilihan raya negeri yang sedang berjalan “atas semangat setiakawan dan persaudaraan yang tulus.”

Beliau meminta mereka mengetepikan sementara perkara-perkara lebih kecil yang boleh melemahkan usaha PN untuk menang.

Bayan Lepas adalah kerusi majoriti Melayu yang membentuk hampir 65% daripada jumlah pengundi, sementara pengundi Cina 30% dan India lebih kurang 5%.

Lau mencabar penyandang Azrul Mahathir Aziz daripadaPKR yang mewakili Pakatan Harapan pada pemilihan yang akan berlangsung 12 Ogos ini. – 4 Ogos, 2023.

WOIT

INI BELUM

BERKUASA

BARU DICERAMAH

DAH MULA

HALAU ORANG

AMIN

BILA BERKUASA

MUNGKIN SEMUA

KENA SEBAT

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: