Isnin, 9 Oktober 2023

DEBAT UNTUK NEGARA !!!


Isham jadi ‘anak jantan’ sahut cabaran Zahid untuk berdebat

UALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil bersedia menyahut cabaran Presiden parti,  Zahid  untuk berdebat secara terbuka.

Beliau berkata, debat itu perlu dilakukan di gelanggang yang berkecuali dan bukannya dalam mesyuarat MKT UMNO di mana majoriti ahlinya adalah ‘orang Presiden’.

Isham turut mencadangkan agar debat dilakukan secara langsung di hadapan akar umbi di gelanggang terbuka.

“Jika saya berdebat di gelanggangnya dan ‘salurannya’, itu berat sebelah dan tidaklah bijak.

“Saya bukanlah sebodoh yang dia sangka,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan  Zahid dalam wawancara eksklusif Berita Minggu hari ini yang mencabar mana-mana pihak dalam UMNO yang tidak sependapat dengannya termasuk bekas Ketua Penerangan parti berdebat dengannya ‘kalau mereka anak jantan’.

Isham yang dikenali sebagai penyokong setia  Najib  sering menyuarakan pandangan berbeza mengenai hala tuju dan masa depan UMNO terutamanya daripada segi hubungan dengan DAP dan Pakatan Harapan (PH).

Tindakan Isham itu menimbulkan reaksi kurang senang pemimpin-pemimpin UMNO yang menyokong Zahid malah Ahli MKT,  Lokman Adam pernah mendesaknya meletak jawatan.

Isham menambah, beliau akan meletak jawatan sekiranya Zahid memenangi debat tersebut.

Namun, katanya, jika beliau menang,  Zahid boleh mengadakan referendum dalam parti, melaksanakan pemilihan Presiden atau memikirkan apa yang patut dibuat.

“Itu jika Datuk Seri berani dan anak jantan,” jelasnya. – 

SATU MALAYSIA

NAK DENGAR

DEBAT INI

AMIN

LONDEH BUKA

BOCOR TIBAI

KAH KAH KAH

BILA GEROMBOLAN

BERGADUH

 NEGARA

JADI AMAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: