Isnin, 9 Oktober 2023

SANUSI HADIAH KEPALA LUTUT PADA ANWAR








Samakan diri dengan Mandela, Sanusi kata ‘kepala lutut hang’ kepada Anwar
Tindakan  Anwar  menyamakan dirinya dengan pejuang kebebasan kaum kulit hitam, Nelson Mandela dicemuh Sanusi.

Menteri Besar Kedah itu memperlekehkan tindakan Perdana Menteri yang menyamakan dirinya dengan perjuangan dihadapi Mandela semasa wawancara di New York sebelum ini dengan berkata “kepala lutut hang” kerana ia sama sekali berbeza dengan hukuman penjara dijalaninya.

“Baru ni dalam interview (wawancara) itu dia kata dia ni macam Mandela, mandela kepala lutut hang,” katanya semasa berceramah Grand Finale Perikatan Nasional (PN) di Simpang Pelangai sempena Pilihan Raya Kecil (PRN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai esok.

Sanusi berkata Mandela dipenjara kerana perjuangan menuntut kebebasan untuk kaum kulit hitam dan ia berbeza sama sekali dengan hukuman penjara yang dikenakan sebanyak dua kali dijalani Anwar sebelum ini.

“Orang kenal Mandela itu, dia pejuang menentang dasar aparteid… Orang putih buat diskriminasi kepada orang kulit hitam di Afrika Selatan, dia kena penjara dua puluh tujuh tahun Nelson Mandela.

“Tapi dia (Anwar) ni bukan menentang dasar aparteid, dia kena pasal lain… Janganlah ambil kemuliaan Mandela bubuh kat hang,” katanya lagi.

Tegasnya lagi, Anwar sudah didapati bersalah oleh mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara terhadapnya dan kemudiaan diberikan pengampunan semasa Pakatan Harapan (PH) menang dibawah kepimpinan Mahathir Mohamad.

“Bukan sekali oi, banyak kali… ini ada pula mangkuk hayun mana mempertahankannya kata habis dah dosa-dosa semua sebab dapat ampun, pengampunan,” katanya lagi.

Semasa sesi dialog anjuran Ahli Majlis Hubungan Luar Negeri (CFR), sebuah badan pemikir yang khusus dalam dasar luar AS dan hubungan antarabangsa di New York lalu, Anwar menghabiskan hampir lima minit bercakap tentang pemenjaraannya serta perbualan yang didakwanya pernah dilakukan dengan mendiang Mandela.

Anwar merupakan salah seorang daripada tetamu jemputan dalam program tersebut yang dihoskan oleh CFR ketika Perhimpunan Agung PBB baru-baru ini di New York.

Bagaimanapun, pengguna media sosial mengkritik Anwar dalam wawancara tersebut dengan berkata mereka berasa malu dengan jawapan diberikan Anwar, terutamanya apabila beliau dilihat sentiasa bercakap tentang pengalaman peribadinya yang lalu malah cuba berjenaka.

KAH KAH KAH

KEPALA LUTUT

HANG

KAH KAH KAH

SEBIJIK NUSI

BERI PADA

MAT PUTAR

KAH KAH KAH

BUKA MULUT

BOHONG

KAH KAH KAH

SEKARANG

DAPAT KEPALA

LUTUT

PULAAAK

KAH  KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: