Khamis, 20 Jun 2024

PERANG DAN GEO POLITIK



Putin tiba di Vietnam


HANOI: Presiden Russia tiba di Vietnam hari ini untuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin negara itu.

Vladimir Putin semalam memutamadkan pakatan pertahanan dengan Korea Utara.

Kunjungan Putin di Vietnam ialah persinggahan terakhir dalam lawatan rasmi ke dua negara di Asia.

Ketibaan Presiden Russia pagi ini disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Vietnam, Tran Hong Ha, lapor REUTERS.

Semalam pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan Putin bersetuju untuk membangunkan hubungan negara mereka bersama-sama bagi membina dunia multipolar dan Korea Utara menyokong operasi ketenteraan Russia di Ukraine.

Putin berjanji untuk mewujudkan sistem perdagangan dan keselamatan dengan Korea Utara tanpa kongkongan Barat.

Beliau menjelaskan kedua-dua negara sudah membangunkan hubungan dan kerjasama yang baik selama 70 tahun berdasarkan kesaksamaan, saling menghormati dan mempercayai. - AGENSI

KEADAAN BERUBAH

GEO POLITIK

BARU MUNCUL

AMIN

SEMUA BERSEDIA

CARI KAWAN

UNTUK PERANG

DUNIA KE 3

KHALAS

Tiada ulasan: