Khamis, 20 Jun 2024

SATU LAGI PRK DISEL



DUN Nenggiri: SPR mesyuarat 28 Jun tetapkan tarikh PRK

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 Jun depan bagi satu mesyuarat untuk menentukan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan.

Setiausahanya,  Ikmalrudin Ishak berkata ia berikutan satu pemakluman rasmi daripada Yang di-Pertua DUN,  Mohd Amar Abdullah.

“Sehubungan itu, satu Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.43 Nenggiri, Kelantan akan diadakan pada 28 Jun bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya tersebut.

“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Khas tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Ikmalrudin, penetapan tarikh PRK itu dilakukan setelah DUN Kelantan mengumumkan kekosongan luar jangka kerusi Dewan Negeri Nenggiri berikutan penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim telah hilang keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 13 Jun lalu.

Menurut Fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh SPR menerima pemakluman tersebut.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, Mohd Azizi menang dengan majoriti 810 undi apabila mendapat 6,517 undi berbanding calon BN, Ab Aziz Yusoff yang memperolehi 5,707 undi.

Mohd Azizi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang pada tahun lepas mengisytiharkan sokongan terhadap Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim bersama lima lagi Ahli Parlimen daripada Bersatu.

Bersatu baru-baru ini menyerahkan notis terhenti serta-merta kepada enam wakil rakyat yang didakwa melakukan ketidakpatuhan mengikut Fasal 10.4 perlembagaan parti terbabit.

Bersatu turut menghantar notis pemakluman kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan Kelantan mengenai kedudukan itu. –

Share this:

INI PRK DISEL

AGENDA UTAMA

AMIN

JUGA NAK UJI

APAKAH ISLAM

GELOMBANG HIJAU

MASIH BERNAFAS

AMIN

ATAU ISLAM PAS

TINGGAL SELAM

KAH KAH KAH

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PeruntukanJaya kecik sg bakap ambik pangkah jangan kahkahkah