Khamis, 14 Ogos 2025

BUKAN PANDANG TAPI SENARAIKAN



KDN pandang serius kes anak Rafizi diserang

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan bahawa semua siasatan berhubung insiden terhadap anak Rafizi Ramli dijalankan secara adil dan berlandaskan undang-undang, tanpa dipengaruhi status atau latar belakang mana-mana pihak.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius kejadian itu dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah digerakkan untuk menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti dan membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

"Ia selaras dengan tanggungjawab PDRM untuk memastikan keselamatan dan keadilan untuk semua rakyat termasuk kanak-kanak.

"Keselamatan rakyat adalah keutamaan dan tiada kompromi terhadap sebarang bentuk keganasan atau ancaman," katanya.

Saifuddin Nasution berkata beliau secara peribadi telah menghubungi bekas Menteri Ekonomi itu sejurus dimaklumkan mengenai insiden berkenaan.

"Saya merakamkan rasa simpati, keprihatinan yang mendalam kepada Rafizi Ramli dan keluarga atas insiden serangan yang melibatkan anak beliau di Putrajaya. Saya mendoakan agar anak beliau segera pulih dan keluarga tabah menghadapi ujian ini," katanya.

Beliau dalam pada itu turut menyeru orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan memberi ruang kepada pihak polis untuk melaksanakan siasatan mengikut lunas undang-undang.

Terdahulu, polis mengesahkan anak seorang bekas menteri diserang dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya petang tadi.

Ketua Polis Selangor  Shazeli Kahar berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira 2 petang di kawasan mengambil dan menurun penumpang.

Shazeli berkata mangsa ialah seorang kanak-kanak lelaki dan kini masih dalam pemeriksaan lanjut di sebuah hospital di Selangor.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup di kawasan kejadian.

Mengesahkan insiden melibatkan anaknya, Rafizi mendakwa serangan itu melibatkan dua lelaki berpakaian hitam dan bertopi keledar yang menaiki sebuah motosikal dan telah mengekori kereta isterinya. - Bernama

JANGAN HANYA

PANDANG

AMIN

SENARAIKAN

SEBAGAI KES

SERIOUS

AMIN

CARI SAMPAI

DAPAT DI DAKWA

AMIN

JIKA PANDANG 

 NANTI TERLEPAS

PANDANG LALU

TAK JADI APA APA

KAH KAH KAH

LAMA LAMA

JADI LUPA

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: