Khamis, 14 Ogos 2025

NAK TANGKAP ATAU TAK NAK TANGKAP ?


‘Diam, jika teruskan Aids!’ – ancaman pada isteri Rafizi

Bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli mendedahkan mesej ugutan dihantar kepada isterinya selepas anak lelaki mereka yang berusia 12 tahun diserang semalam.

Salah satu mesej mengugut anak mereka dengan jangkitan Aids.

“Mesej itu berbunyi ‘diam, jika teruskan, Aids’,” kata Rafizi yang juga bekas timbalan presiden PKR.

Turut disertakan emoji picagari, kata anggota parlimen Pandan dalam sidang media di parlimen hari ini.

Semalam Rafizi mendedahkan anaknya ditarik dan dicucuk dengan jarum suntikan oleh orang yang tidak dikenali semasa sedang memasuki kereta di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.

Menegaskan tidak akan tunduk, dia percaya bahawa serangan itu merupakan amaran kepadanya supaya tidak lantang bersuara dalam isu tertentu.

Sementara itu, Rafizi berkata anaknya kini berada dalam keadaan baik dan mereka “meneruskan kehidupan seperti biasa”.

“Yang kena pergi sekolah kena pergi sekolah. Yang isteri saya jaga kucing kena jaga kucing. Dan saya akan terus seperti biasa dalam rutin harian saya,” katanya.

Berkaitan rawatan anaknya, Rafizi berkata pemeriksaan awal sudah dibuat meliputi ujian darah dan diletakkan dalam tempoh pemerhatian.

‘Dadah, racun, virus, air kosong’

Berkaitan kandungan suntikan pada anaknya itu dia melihat terdapat tiga kemungkinan, tetapi menegaskannya “bukan pandangan perubatan”.

“Pandangan perubatan kena tunggu lama kerana kita perlu buat ujian dan pemerhatian berbulan-bulan. Pandang saya ada tiga kemungkinan.

“Satu, yang disuntik itu adalah sama ada dadah atau racun.  Kedua yang disuntik itu adalah berbentuk viral (virus), maksudnya berbentuk HIV, hepatitis dan lain -lain.

“Yang ketiga hanya kosong, dia suntik air,” katanya.

Katanya, anaknya terpaksa membuat rawatan darah berulang kali dan ujian penuh setiap enam minggu.

Untuk rawatan fasa kedua pula, kekerapan dikurangkan kepada tiga bulan untuk memastikan sama ada terdapat suntikan virus.

“Kita hanya akan tahu enam bulan dari sekarang,” katanya.

NAK TAHU

SAPA PUNYA

KERAJA MAKIN

MUDAH

AMIN

NUMBO PONE

YANG ANTA SMS

PASTI ADA

AMIN

HANYA NAK TAK

TANGKAP ATAU

TAK NAK SAJA

AMIN

MUSTAHIL NUMBO

ILANG TERUS

NAK SAJA 

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bro lu tau tak scammer boleh hack nombor member lu nak pinjam duit ? tapi lu guna 33 sekupang mmg selamat..

walaupun begitu gua masih tak percaya cerita piji melainkan dibuktikan sebaliknya..

kah kah kah