Kes Zara : AGC Akan Adakan Inkues Untuk Tentukan Punca Kematian
KUALA LUMPUR, 13 Ogos 25 – Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk mengadakan inkues berhubung kematian pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah agama Sabah, Zara Qairina Mahathir.
Menerusi satu kenyataan, AGC berkata pihaknya sudah meneliti laporan siasatan yang disediakan polis pada semalam.
“Jabatan ini memutuskan agar inkues dijalankan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 339 (1) Kanun Tatacara Jenayah.
Dala kenyataan yang sama, AGC berkata bahawa prosiding inkues ini bertujuan untuk menentukan punca dan sebab kematian, termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kematian Zara Qairina.
Tambah jabatan itu proses inkues tersebut akan dikendalikan di mahkamah korener secara bebas dan telus mengikut peruntukan undang-undang. @politiko.my


Tiada ulasan:
Catat Ulasan