PAGI INI
KHAMIS 14 OGOS 2025
GARIS MERAH
MELINTASI GARIS MERAH
Kemarin kita semua – satu Malaysia - di kejutkan dengan berita anak Rafizi Ramli di cucuk dengan jarum di hadapan ibu ketika berada di tempat letak kereta.
Ini SERANGAN yang telah melintasi GARIS MERAH POLITIK.
Ini telah melampau. Ini bukan KES GANJA dalam kereta atau pistol air dalam beg. Ini telah melantasi GARIS MERAH POLITIK. Serangan ini telah mengubah budaya politik di negara kita.
POLITIK ialah pertikaian perbezaan pandangan dalam satu-satu hal. Bukan CUCUK JARUM pada anak kecil. Politik ialah perlawanan idea. Politik ialah mencari penyokong seramai mungkin untuk menyokong idea pandangan yang di ajukan. BUKAN cucuk jarum pada kanak-kanak.
Apa yang berlaku kemarin telah mengubah lanskap budaya politik Malaysia. Ini hanya berlaku dalam kerajaan MADANI Anwar Ibrahim. Madafaka ini tidak boleh melarikan diri untuk mengelak diri dari menghadapi reaksi rakyat.
Politik membenarkan kita mengutuk, menulis, mempertikaikan, memperlekeh , menganjing TAPI bukan CUCUK JARUM pada KANAK -KANAK.
KES CUCUK JARUM ini membuka budaya POLITIK JAHAT yang baru ke dalam budaya politik Malaysia. Surat Layang, Fitnah dan Tohmah – di benci dan di tolak dalam budaya politik. Tapi CUCUK JARUM telah melintasi ini semua.
RAFIZI dengan cepat mengadakan ini : PROJEK TUTUP MULUT. Anak di serang seperti amaran kepada Rafizi agar jangan bersuara . Ini jelas TANDA POLITIK kerana suara Rafizi ialah suara politik.
INI KERJA SAPA ?
Mudah MUDAH mudah – CUI BONO – SAPA UNTUNG.
Jangan pula akan tuduh ini projek MOSSAD. Nak gaduhkan Anwar dengan Rafizi. Jangan jual cerita karut MOSSAD ini. Jangan alih cerita – jangan alih pandangan rakyat. Jangan klim hebat hingga MOSSAD masuk. POOORAH.
CUI BONO – ini cara terbaik untuk menyusur ini kerja sapa.
SAPA UNTUNG – dalam kes kecurian IKUT DUIT .
Dalam kes ANAK RAFIZI DI CUCUK JARUM ikut sapa akan dapat UNTUNG.
Memang bukan untung duit – SAPA DAPAT UNTUNG POLITIK bila RAFIZI jadi takut hendak BERSUARA kerana nak selamatkan anak isteri dan keluarga!!! AMIN
AMERIKA/RUSIA
Esok JUMAAT Putin dan Trump akan bertemu di Alaska. Mereka nak bincang PERANG UKRAINE. Berita telah tersebar bahawa 4 wilayah yang mengundi nak masuk jadi wilayah Rusia akan di afdalkan.
EROPAH
Pemimpin Eropah dan Zelensky sednag mengajukan cadangan kepada Trump. Mereka akan buat panggilan talipon pada TRUMP untuk menyatakan pendirian Kesatuan Eropah.
FILIPINA
Kapal Perang Amerika masuk ke Lautan Sunda. Ini kerana telah terjadi pelanggaran kapal perang China dengan kapal perang Filipina.
GERMAN
Presiden Zelensky akan datang ke Berlin untuk membuat SIDANG VIDEO bersama pemimpin Eropah dan juga Trump.
INDIA
Kempen jangan beli barang buatan Amerika dilancar. Ini kerana India telah di kenakan 50% tarif oleh Trump kerana beli minyak mentah dari Rusia.
HOKKIEN
Pagi ini kelam. Langit pucat matahari tidak kelihatan. KL &KL Sentral berkabus agak tebal. Petang kemarin ujan tak jadi.
Di pintu masuk suara simponi cengkerik dari dalam hutan belukar. Dari gaung suara Tekukur. Ha ha ada suara kuat TUK TUK TUK – burung ini kecil tapi suara kuat.
Bila kami melintas depan Pokok Ara empat ekor Warga Asal datang menyalak. Kali ini tidak turun ke jalan hanya menyalak dari bukit. Tapi ini hanya bikin heboh.
Hari ini pasti panas. Tak Tak dah menjalar di balkoni. Pagi ini dapat sarapan spesial – ada Yogurt bersama biskut dan keropok. Amin
BRO
SENYUM
KITA SENYUM MENYAMBUT
PAGI KHAMIS
Kapak baji dari seberang
Untuk kupas buah kelapa
Anak Rafizi kena serang
Ini kerja politik siapa
Rashid berjalan tanpa sempadan
Mencari kain nak buat tuala
Asid dicurahi ke atas badan
Serangan ke atas pemain bola
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA


Tiada ulasan:
Catat Ulasan