Rabu, 1 November 2023

ANWAR DIANCAM BUKAN LAWAK BERDIRI


Ancaman terhadap PM adalah benar, kata KPN

KETUA Polis Negara Razarudin Husain hari ini menggesa semua pihak supaya tidak memandang remeh ugutan yang dibuat terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim, atau melabelkannya sebagai muslihat politik untuk kepentingan peribadi, kata laporan media.

Sambil berkata ancaman itu adalah benar, Razarudin dilaporkan berkata ia disebabkan oleh Anwar lantang mengenai perjuangan Palestin dan pemindahan penduduk Gaza.

Razarudin berkata beliau telah bercakap dengan timbalannya Ayob Khan Mydin Pitchay dan pengarahnya mengenai isu keselamatan Anwar.

Beliau berkata perdana menteri mungkin telah dimaklumkan mengenai ancaman dari negara lain, yang kini sedang disahkan oleh Cawangan Khas.

Laporan memetik Razarudin sebagai berkata Anwar berkemungkinan memilih untuk tidak mendedahkan butiran penuh ancaman itu kerana bimbang akan menyinggung perasaan negara yang berkongsi maklumat itu.

“Memandangkan iklim politik Malaysia, maklumat berkaitan pengintipan, keselamatan perdana menteri atau ekonomi mungkin memerlukan perbincangan secara bersemuka.

“Kami tidak akan menggunakan telefon atau sebarang cara lain untuk mengekalkan kerahsiaan maklumat ini. Kami hanya akan membincangkannya dengan individu yang berkaitan untuk mengelakkan panik orang ramai.”

Tiada laporan dibuat terhadap negara yang mengeluarkan ancaman kepada Anwar, tambah Razaruddin.

Anwar sebelum ini mendedahkan pada perhimpunan “Malaysia Bersama Palestin” beliau menerima pelbagai ancaman daripada negara Barat berikutan pendirian tegas, sokongan dan komitmen Malaysia untuk mempertahankan hak rakyat Palestin serta kritikan yang dilemparkan terhadap kerajaan Israel.

Razarudin dilaporkan berkata selain keselamatan Anwar, mereka juga memantau kemungkinan sabotaj ekonomi.

“Cawangan Khas mempunyai bahagian yang menilai sabotaj ekonomi. Tetapi apa yang penting bagi saya ialah keselamatan perdana menteri kita, kerana jika apa-apa berlaku kepada beliau, saya akan menanggung malu.

“Sebagai KPN, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di Malaysia. Jadi jika KPN malu, seluruh pasukan polis akan malu juga, kerana tidak dapat melindungi seorang perdana menteri,” tambahnya. – 1 November 2023.



KAH KAH KAH

WOIT

KERANA SUKA

MELEBONG

PERKARA BENAR

PUN TAKDA SAPA

PERCAYA

KAH KAH KAH

SEKARANG POLIS

KENA BERI SOKONG

AGAR RAKYAT

 PERCAYA ANWAR

DIANCAM

KAH KAH KAH

PELIK  KITA 

TAK DENGAR

ERDOGAN KENA

UGUT WALHAL

ERDOGAN LAGI

PUKIMAK KAN

ZIONIS ISREAL

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: