Rabu, 1 November 2023

BALA SAMPAI TAK PUTUS



Peniaga bimbang kadar pemulihan ekonomi selepas pandemik perlahan

KADAR pemulihan kebanyakan perniagaan di Malaysia yang terjejas dengan pandemik Covid-19 terbantut oleh inflasi yang semakin meningkat, kata badan mewakili pelbagai sektor perniagaan.

Presiden Persatuan PKS Malaysia Ding Hong Sing berkata perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bergelut dengan inflasi sejak tahun lepas.

“Itu menjejaskan kadar pemulihan perniagaan mereka.”

Ding berkata hanya kira-kira 20 hingga 60% PKS Malaysia pulih sejak sekatan pergerakan terakhir dilaksanakan kerajaan ditarik balik pada Januari tahun lepas.

Industri paling lambat pulih ialah industri perabot, katanya kepada The Malaysian Insight.

“Itu kerana tempahan eksport mereka menjunam tahun lepas,” kata Ding.

Seterusnya ialah industri elektronik dan makanan.

Ding berkata ramai masih belum mencapai tahap sebelum pandemik.

“Inflasi dan peningkatan kos sara hidup membuatkan pengguna berhati-hati mengenai cara mereka membelanjakan wang.

“Ramai teragak-agak untuk berbelanja secara melulu.”

Ding berkata perang Rusia-Ukraine juga tidak membantu pemulihan.

Beliau berkata kebimbangan bekalan menyebabkan kenaikan harga barang.

“Permusuhan kembali antara Israel dan Palestin akan menimbulkan lebih banyak ketakutan dan ketidakpastian.”

Dengan semua kejadian global berlaku yang tidak dijangka, Ding berkata sukar untuk menganggarkan bila industri akan pulih sepenuhnya.

“Kami hanya boleh berharap peperangan akan berakhir tidak lama lagi.”

Beliau berkata selagi peperangan mewujudkan ketidaktentuan global, harga barangan akan terus tidak stabil.

Bagaimanapun, industri pembinaan menunjukkan tanda-tanda peningkatan.

Presiden Persatuan Pembina Master Malaysia (MBAM) Oliver Wee Hiang Chyn berkata setakat 18 September, industri pembinaan dianugerahkan kontrak bernilai RM78 bilion.

“Kami menjangka menyaksikan lebih banyak projek dalam beberapa bulan akan datang,” katanya.

Bagaimanapun, beliau memberi beberapa amaran.

Kata Wee, faktor utama pemulihan masih bergantung kepada persekitaran perniagaan umum pasca-pandemik.

Beliau berkata buat masa ini, banyak perniagaan sedang bergelut ditambah pula dengan peningkatan kos dan kekurangan tenaga kerja.

Itu termasuk kejadian yang tidak dijangka, seperti mogok pemandu lori baru-baru ini.

Menurut Wee mogok itu menyebabkan gangguan serius terhadap penghantaran yang juga amat dirasai oleh industri pembinaan.

Beliau berkata kerajaan mempunyai peranan penting dalam pemulihan ini.

“Dasar kerajaan, insentif dan pelaburan dalam infrastruktur semuanya penting untuk proses pemulihan.

“Kita harap semua projek yang dicadangkan dalam Bajet 2024 dan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dapat dilaksanakan dengan cepat.

“Persekitaran ekonomi yang stabil dengan inflasi rendah dan kadar faedah rendah penting untuk menarik pelabur dan menggalakkan aktiviti pembinaan,” katanya. – 1 November, 2023.

MULANYA

KOBID MENYERANG

AMIN

LEPAS KOBID

DATANG UKRAINE

AMIN

INFLASI SAMPAI

RINGGIT JATUH

AMIN

LEPAS UKRAINE

DATANG GAZA

AMIN

LEPAS INI

PERANG BESAR

AMIN

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul lah jadi perang dunia ketiga, percaya atau tidak, sejarah akan berulang seperti dulu. Ramai nya melayu akan jadi talibarut musuh demi sesuap nasi. Tak mustahil celah kangkang pun akan bagi ke musuh. Zaman Jepun jadi talibarut Jepun. Bila Jepun kalah panggil pulak inggeris suruh jajah semula tanah Melayu. Harap² dajal tak keluar, takut ramai nya bini² orang melayu sanggup jadi gundek dajal, walaupun mata dajal hanya satu dan terkeluar macam sebiji anggur tapi tetap akan di pandang hensem. Lebih hensem dari Bangla dan pakistan. Kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

masa perang kobit hilang ?? mana pergi kobit ??

Tanpa Nama berkata...

bala yg mana satu ni bro..mr bala kafir dari PAS ke atau balak di baling kedah musang king atau bala dari kerajaan PAS kerana menyahkan hutan2 simpan utk ditebang dan sehingga kini tiada akta sakai atau akta orang asli yg melindunginya?ini la bala bila perakam langkah sheraton jadi pencerah..