Rabu, 1 November 2023

HADI ONLINE DENGAN HAMAS


PAS beri sokongan kepada HAMAS, Hadi hubungi Ismail Haniyeh

Abdul Hdi menyatakan sokongan PAS kepada perjuangan HAMAS yang sedang berjuang dalam peperangan di Gaza, Palestine ketika ini.

Menurut laman web rasmi pergerakan itu, Ketua Biro Politik HAMAS, Syeikh Ismail Haniyeh dihubungi Presiden PAS itu bagi menyatakan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestine dalam melawan penjajahan Israel.

Hadi turut mengesahkan dukungan dan menegaskan solidariti penuh PAS kepada HAMAS dan rakyat Palestin di mana melihat sokongan sama ditunjukkan rakyat Malaysia termasuk negara Islam dan Arab lain.

“Kami berada dalam kedudukan yang sama dengan Palestin. Tua dan muda, lelaki dan wanita. Orang-orang itu (Zionis-Israel) melakukan Holocaust di Gaza,” ujarnya memuji HAMAS dan Al-Qassam telah berada di barisan hadapan negara dan tetap mempunyai pelapis.

Bagi Syeikh Ismail, beliau sangat menghargai pendirian jelas PAS menyokong Palestin dan penentangannya terhadap Israel serta membawa Malaysia untuk mengangkat sokongan ke pentas sejagat.

Beliau turut memaklumkan kepada Presiden PAS itu sebab-sebab pertempuran, akibatnya dan situasi semasa di Semenanjung Gaza, selain menyatakan keteguhan HAMAS memimpin kebangkitan itu sehingga mencapai kemenangan besar.

Syeikh Ismail turut menyeru pelbagai pihak termasuk media untuk membantu rakyat Palestin di segala peringkat, selain membantu mendedahkan jenayah penjajahan serta menyangkal naratif Zionis.

WOIT

HEBAT ABIM

TERENGGANU DAH

ONLINE DENGAN

HAMAS

AMIN

ABIM PUSAT

SUDAH 

ONLINE KE BELUM

AMIN

SAJE TANYA

KERANA DAH

ADA UGUTAN

KAH KAH KAH

KHALAS

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biar yang walak dan kaki taklid buta saja percaya Hadi Marang menghubungi Ismail Haniyeh. Aku malas nak percaya karut Marut dimana ketika saudara kita sedang susah dia pula ambil kesempatan nak tonjolkan diri nya macam bagus sangat. Sepatutnya tunjuk bukti betapa juta parti kau dapat kutip untuk disalurkan ke Gaza. Berapa juta pula harta dunia yang kau dah kumpulkan yang kau infak ke Gaza. Sedangkan gaji buta pun kau makan mustahil taik hidung masin kedekut macam kau sanggup berinfak untuk gaza. Biasa nya semua kau nak free, daripada belanja perjalanan, makan minum dan hotel semuanya ditanggung oleh tin Milo selama puluhan tahun.

Tanpa Nama berkata...

Tinggal bas. Terpingo2 macam si pekak. Dah lebih 8k mati bangunan habih runtuh baru sodar. Takpolah lupo makan ubat.

Tanpa Nama berkata...

Hantar le Briged Berani Mati Marang Cosplay yg main2 hari itu ke Gaza join Hamas. Baru syiok.

Setakat online, PMX pun dah calling lama.

Mamak Hamas Malaysia maseh tak puas hati semua duit kutipan pi masuk Al-Fatah. Hamas tadak official diplomat status.

Hamas pun nak pau gak duit kutipan melambung banyak.

Tanpa Nama berkata...

persis mahiaddin dan pak joko,begitu a haji hadi ayatollah PAS.haji hadi yg call hamas setelah beribu palestin mati..anwar lebih awal tapi korang butakan mata demi mengolah persetujuan menjatuhkan anwar..