Rabu, 1 November 2023

BEBASKAN TAWANAN ?



Hamas akan bebas tahanan asing dalam masa terdekat


PEJUANG Hamas semalam berkata mereka akan membebaskan beberapa tahanan asing dalam tempoh terdekat.

Perkara itu dimaklumkan oleh jurucakap sayap tenteranya Briged Al Qasam, Abu Ubaida dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.

Kira-kira 240 tebusan dipercayai ditahan oleh Hamas ketika ini di Gaza.

Lima tebusan dibebaskan setakat ini termasuk empat orang selepas rundingan melalui saluran diplomatik dan seorang lagi selepas operasi oleh tentera Israel.

Pengumuman itu dibuat ketika amaran antarabangsa meningkat susulan pertumpahan darah dan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza.

Pesawat perang Israel terus melancarkan serangan tanpa henti ke atas Gaza.

Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas berkata 8,525 orang terkorban setakat ini termasuk lebih 3,500 kanak-kanak.

Kementerian kemudian berkata sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dalam pengeboman Israel ke atas kem pelarian di utara Semenanjung Gaza semalam. – AFP, 1 November 2023.


BEBASKAN

TAWANAN INI

PERANG SARAF

AMIN

BERI TEKANAN

PADA NETANYAHU

KALAU GAZA

TERUS DIBOM

TAWANAN JUGA

AKAN SAMA MATI

KHALAS

Tiada ulasan: