Sabtu, 17 Mei 2025

JANGAN BUANG MASA POLIS



Untung tak dapat, RM720,000 lesap

JOHOR BAHRU – Seorang peniaga berputih mata selepas RM720,000 ‘ditelan’ pelaburan saham yang tidak wujud di laman Facebook.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Victor Genason berkata, mangsa yang merupakan seorang peniaga tempatan berusia 58 tahun itu membuat laporan polis semalam mendakwa ditipu.

“Pengadu mendakwa menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian dan mengalami kerugian selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan saham yang menjanjikan keuntungan berganda menerusi Facebook.

“Kejadian bermula pada 25 Mac lalu apabila mangsa melihat iklan di Facebook menawarkan pelaburan KKR Investment.

“Mangsa dijanjikan keuntungan yang tinggi sebanyak 50 peratus dalam tempoh tiga bulan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, mangsa kemudian melakukan 15 transaksi ke dalam empat akaun yang berbeza bermula 25 Mac lalu hingga 9 Mei lalu dengan jumlah keseluruhan RM730,500.

Katanya, mangsa diminta untuk membuat bayaran tambahan bagi mengeluarkan hasil keuntungan pelaburan namun gagal.

Mangsa ujarnya, kemudian menyedari dirinya telah ditipu apabila usaha untuk mendapatkan semula wang pelaburannya gagal dan hanya mendapat pulangan wang pelaburan sebanyak RM9,700.00.

Siasatan awal mendapati tiga daripada empat akaun yang terbabit mempunyai keseluruhan 20 rekod laporan polis membabitkan kes penipuan pelaburan, katanya.

Victor berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pada masa sama, beliau menasihatkan orang awam supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang pelaburan yang menjanjikan pulangan wang tinggi.

“Orang awam juga diminta supaya sentiasa berhati-hati dan melakukan semakan terhadap sebarang pelaburan yang ditawarkan sebelum membuat sebarang pembayaran.

“Pastikan mendapat maklumat lengkap terhadap pelaburan dari sumber yang sah. Jika terdapat sebarang peluang pelaburan yang meragukan, laporkan kepada pihak berkuasa dengan kadar segera,” ujarnya.- 

WOIT

JANGAN BUANG

MASA POLIS

AMIN

POLIS BANYAK

KERJA LAIN

AMIN

LU TAMAK 

DAN BODOH

PADAN MUKA

KENA TIPU

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Manusia pelbagai ragam, ada tamak duit, ada tamak harta, ada tamak beg tangan, ada tamak intan berlian, ada tamak jam tangan, ada tamak lubang sempit, ada tamak bini ramai, ada tamak jawatan ada tamak gelaran, jadi biasa lah semua ada keinginan nafsu tamak pelbagai, apabila rugi baik diam, jangan jadi macam ahli perniagaan kita, apabila untung luar biasa, sebulan rugi terus daulat melayu kah kah kah kah nanti kalau masuk projek ketuanan senyap menyap balik kah kah kah