Kasihan sungguh, Aminah kini dijaga bapa warga Bangladesh
SEREMBAN: Masa depan budak perempuan kurang upaya (OKU) kini dalam keadaan samar susulan kematian ibunya, Ahad lalu.
Ibunya, Allahyarham Nur Shaillah Revathy Abdullah, 35, yang juga seorang mualaf meninggal dunia akibat masalah jantung dan kanak-kanak itu, Siti Aminah Mohammad Ala Uddin, 7, kini dijaga bapanya seorang warga Bangladesh.
Tambah membimbangkan apabila bapanya, Mohammad Ala Uddin, 39, hanya pemegang pas lawatan sementara (PLS) yang sah hingga 27 Mei depan selain tidak layak bekerja di negara ini.
Mohammad Ala Uddin berkata, anaknya seorang warganegara Malaysia dilahirkan tanpa rahim, menghadapi masalah pendengaran, mempunyai satu buah pinggang dan kecacatan pada tangan kanan.
"Saya balik ke Bangladesh sebelum ini dan masuk semula ke Malaysia pada hujung April lalu untuk memohon PLS jangka panjang. Namun, selepas mengambil borang dan melengkapkan semua dokumen, isteri pula meninggal dunia pada Ahad lalu dan kini saya yang menjaga anak.
"Keadaan agak rumit untuk permohonan PLS kerana isteri sudah meninggal. Saya bimbangkan masa depan anak sekiranya saya ditahan atau terpaksa balik ke negara asal," katanya ditemui di Senawang.
Dia yang berkahwin pada 2017 kini tidak layak bekerja dan hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan atas nama anaknya.
Ditanya alasan dia tidak pernah memohon PLS jangka panjang bagi suami kepada warganegara, dia memberikan beberapa sebab namun sukar difahami kerana tidak fasih berbahasa Melayu.
Bagaimanapun katanya, dia pernah membuat permohonan sebelum ini, namun ditipu oleh seorang lelaki sebanyak RM7,500 dan permohonan tidak dibuat.
Jirannya, Nor Azlina Helan Harold, 47, berkata Allahyarhamah bekerja sebagai tukang cuci dan dia sering membantu mengambil Siti Aminah di sekolah selepas waktu persekolahan.
"Mereka ini orang susah dan lebih susah selepas isterinya meninggal dunia kerana Aminah kini di bawah jagaan bapanya seorang warga Bangladesh," katanya.
Sementara itu, Penaung Persatuan Cakna Rasa Sayang (PCRS), Zulkifli Muhamed berkata, dalam situasi itu pihaknya terpanggil untuk membantu khusus hal berkaitan masa depan Siti Aminah.


1 ulasan:
Nurul anok papa main petik nama ajer... Kan dah mendapat..!!
Kah kah kah... Ajommm kita beli ticket wayang ticket abis ajom Sila panggung sambil bawa pop corn nnti kita tengok sapa yang kenaaaa..
Nanti kita haaahh tepokkkk ramai ramai...!!
https://vt.tiktok.com/ZShXJgjeY/
Reversed Sikology formula Rafizi. Nnpk marah + geram ya amat Rafizi kena bahan oleh walaun walaun PKR.. Siap fitnah beratus ribu tudung bagi undi.. Pelawak Professional pun di bahan jugak..
https://vt.tiktok.com/ZShmLU62j/
Pelawak tu mana ada dalam zaman reformasi. Tak penah terguling guling pun tas jalan raya tetiba menang lawan calon menteri...!! Kah kah kah tinggi ilmu pelawak tu kan... Lawak apa dia pakai wallahualam lah kannn...!!
Nnpk gaya Rafizi pun dah konpius pasal perjuangan dia...Bila luar kerajaan nnti bebas cakap... Kau dah kenapa Rafizi ...!? Rakyat dah konpius parti anak beranak ni....!? Cakap pun dah caca marba jubo kau sendiri pun kau londeh kan jugak....
Formula reverse sikologi lah sampai terbalik doonia ni Rafizi tak akan menang pun... Kah kah kah.
Formula sembang kari pun dah moncol nihh..!?
Kira cmner ni... Sapo punyo kojo nihh ..!? tak kan UMDAP pulak...kikiki
https://vt.tiktok.com/ZShmPC8S1/
Orang pertikaikan formula turun harga kereta hapus toll Dan PTPTN macam Timb Mentri Sokan Negara Wan Adli kalah tak kan terus senyap bisu. Janji kau nak hapus PTPTN kau campak ke mana...!? Kasi bakar line Tim Mentri Sokan bila nak guling guling jalan raya tak kan sonyap ajooo..!! Kau hingat next PRU kau boleh monang koh...!? Kah kah kah..!!
Saya ulangggg...
Apiji kempen guna formula dan data statistik anak papa guna suara jerit Re4MaC..2x..!!
https://vt.tiktok.com/ZShXc7nfk/
Rindu suara jerit jerit saya ulangggg... Saya ulangggg... Kah kah kah ..
Ajommm Pop Kon tambah dan tepokkkkkk !!!
Saya ulangggg..!! Petik jangan tak petik..!!
https://vt.tiktok.com/ZShXwR1St/
Kah Kah kah
#PopCornKasiTambah&Tepokkkk..
Catat Ulasan