Sabtu, 17 Mei 2025

PERANG INDIA PAKISTAN



Pakistan umum gencatan senjata dilanjutkan hingga 18 Mei


ISLAMABAD: Gencatan senjata antara Pakistan dan India akan dilanjutkan sehingga 18 Mei, kata seorang pegawai kanan di Islamabad.

Situasi itu menunjukkan ketenangan masih bertahan walaupun kedua-dua negara bersenjata nuklear itu hampir terbabit dalam perang besar-besaran.

Timbalan Perdana Menteri Pakistan, Ishaq Dar dalam ucapan di Parlimen pada hari ini berkata, negaranya tidak akan melanggar gencatan itu dan ia 'dilihat akan menuju ke arah dialog dan ia akan menjadi dialog komprehensif'.

Tentera India dalam satu kenyataan pula menyatakan, pihaknya akan terus bekerja ke arah membina keyakinan bersama Pakistan 'bagi mengurangkan tahap kesiapsiagaan'.

Pemandu trak FRU tak berhenti salahkan diri atas kematian 9 rakan
Kedua-dua negara, yang sering bertelagah mengenai wilayah Kashmir yang dipertikaikan, sudah berbalas serangan selama beberapa hari bermula 7 Mei lalu dan saling menuduh satu sama lain sehingga meningkatkan konflik.

Kedua-dua pihak bersetuju menghentikan tembakan pada 10 Mei lalu, namun terdapat laporan pelanggaran gencatan dalam beberapa jam selepas ia diumumkan namun perjanjian berkenaan masih bertahan.

Ketegangan mula tercetus 22 April lalu, apabila lelaki bersenjata membunuh 26 orang awam – kebanyakannya pelancong – di wilayah Jammu dan Kashmir di India.

India menyifatkan serangan itu sebagai perbuatan keganasan dan menuduh Pakistan terbabit namun dakwaan itu dinafikan oleh Islamabad.

India dan Pakistan mempunyai sejarah hubungan tegang berkaitan wilayah Jammu dan Kashmir, yang ditadbir sebahagian oleh kedua-dua negara tetapi dituntut sepenuhnya oleh dua negara itu. - AGENSI

BETUL NAK

PERANG ATAU

HANYA

AUTA KELING

 AMIN 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tt betul ke.. PKR bayar ahli mereka hanya untuk mengundi masa pemilihan hari tu ? ni gua dengar cerita.. gua tak tahu betul ke tidak

kalau betul.. banyak sungguh duit parti derita ni... baru berapa tahun jadi kerajaan.. huhuhu