Sabtu, 17 Mei 2025

PAGI INI

 

PAGI INI

PAGI INI

SABTU 17 MEI 2025

MUSIM PANAS DAH SAMPAI


MADANI
Gua  terima satu kiriman dari kawan kah kah kah. Dia menulis MADANI – MA ialah Mama. DA ialah Dadi. NI ialah Nurul Izah – kah kah kah terus jadi MADANI – hebat pemikiran ini- kah kah kah.

PAKAR FORMULA
Sayang jika Rafizi kalah dai akan letak jawatan sebagai Menteri. Sosok ini bijak. Pemikir yang baik untuk PKR. Malah sosok ini berpotensi jadi Perdana Menteri Malaysia.

SEJARAH
Gua pernah menulis – ingat tak ? Kali pertama gerombolan di kalahkan – ada boikot ketika sidang akhbar nak umum 3 Menteri Induk untuk Pakatan Harapan – Guan Eng Kewangan - Muhyidin KDN dan Mat Sabu Pertahanan. 

Sidang akhbar di Pejabat Bersatu di Emcorp Mall. PKR semua tak hadir kecuali Saifuddin Abdullah. KENAPA ? Kerana masa itu Wan Azizah minta tangguh tubuh kabinet – beri masa dua minggu dan lantik RAFIZI jadi Menteri Kewangan.  Ini sejarah – gua dah tulis dalam MERAKAM SEJARAH – Amin

GAZA
Serangan habis-habisan dari Zionis Blackrock. Beratus Palestin mati. Setanyahu nak tunjuk pada dunia dia tak peduli sapa – bunuh tetap bunuh.

RUSIA- UKRAINE
Persidangan di Istambul bersetuju untuk Rusia dan Ukraine bertukar tahanan perang. Yang lain tak ada. Gencatan senjata TAK DIBINCANG.

PAKISTAN
Diumumkan gencatan senjata hingga ESOK 18 Mei – lepas itu apa akan jadi ? Apakah akan perang lagi. Atau ini hanya AUTA KELING.

UNITED KINGDOM
Negara ini makin miskin. Di laporkan bahawa 1 orang dalam sepuluh warga tidak ada duit simpanan.

FILIPINA
Duterte yang kini dalam penjara di Belanda menang pemilihan sebagai Datuk Bandar Davao di wilayah Selatan. Sosok ini masih popular. 

MEXICO
Kerajaan Mexico tolak rancangan Amerika hantar tentera  untuk lawan dadah. Negara ini kini di kawal oleh Kartel Dadah.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Matahari dah keluar. Cahaya membakar. Langit indah biru. KL & KL Sentral cerah.

Suara Tekukur gua dengar dari wilayah Kwantung. Seekor Keng Keng melintas sambil melaung.

Ha ha...  gua dengar lagi suara Tempuan di hadapan Pokok Ara. Gua berhenti dan beri perhatian  tapi tidak kelihatan. Lihat dan tunggu mungkin sedang bekerja mendirikan banglo.

Hari ini pasti panas. Musim panas dah masuk. Jap lagi gua nak ke Chow Kit. Ha ha nak beli Avokado – di Dumai 5RM sekilo di Chow Kit berapa ?

Malam ini pasti hangat.  Wajib cari wilayah sejuk. AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SABTU

Tepi perigi main bola
Sepak raga hingga sendawa
Bila Rafizi buat formula
Satu negara akan ketawa

Buah manggis durian Belanda
Ambil pisau ambil kacip
Ketika  Nurul jadi janda
Ramai Jantan mencuba nasib

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI





 

Tiada ulasan: