Sabtu, 19 Julai 2025

BERAWAS !!! BAHANG PANAS SEDANG MEMBAKAR


Kebakaran hutan musnahkan 46 hektar kawasan di Sumatera Utara, Sumatera Barat


JAKARTA: Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) melaporkan dua insiden kebakaran hutan dan tanah berasingan di Sumatera Utara dan Sumatera Barat yang memusnahkan kawasan seluas 46 hektar.

Di Kabupaten Simalungun, Sumatera Utara, beberapa titik panas dikesan sejak Khamis lalu di daerah Girsang Sipangan Bolon dan Pematang Sidamanik, menurut jurucakap BNPB, Abdul Muhari.

"Badan Pengurusan Bencana Daerah Simalungun segera berkoordinasi dengan pihak berkuasa tempatan bagi mengawal kebakaran yang dipercayai berpunca daripada cuaca kering dan angin kencang," katanya dalam satu kenyataan.

Sehingga semalam, sekurang-kurangnya 25 hektar tanah terbakar sebelum kebakaran berjaya dikawal dengan bantuan unit kawalan kebakaran hutan dan tanah khas Indonesia, Manggala Agni, pasukan bomba tempatan serta sukarelawan komuniti.

Di Sumatera Barat, kebakaran berasingan berlaku pada petang semalam di Nagari Padang Ganting dan Nagari Pagaruyung, Kabupaten Tanah Datar, namun berjaya dipadamkan pada hari sama.

"Kira-kira 11 hektar tanah terjejas di Padang Ganting dan 10 hektar lagi di Pagaruyung," kata Abdul Muhari.

Dengan sebahagian besar wilayah Indonesia kini memasuki musim kemarau, BNPB menggesa kerajaan wilayah untuk sentiasa berwaspada terhadap risiko kebakaran hutan dan tanah.

Pihak berkuasa turut dinasihatkan memperkukuh langkah mitigasi, termasuk rondaan bersama dan pemadaman awal titik panas, terutamanya di kawasan berisiko tinggi.

AWAS !!!

KITA JUGA WAJIB

HATI HATI

AMIN

PANAS JADIKAN

HUTAN KERING

MUDAH TERBAKAR

KHALAS

Tiada ulasan: