Sabtu, 19 Julai 2025

TRUMP MULA MENGANCAM

 


Trump ulang ancaman terhadap BRICS

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengulangi ancamannya untuk mengenakan tarif sebanyak 10 peratus ke atas import dari anggota kumpulan BRICS yang terdiri daripada negara membangun.

Trump turut menyatakan komitmennya untuk mengekalkan status dolar sebagai mata wang rizab global dan berjanji tidak akan membenarkan penciptaan mata wang digital bank pusat di AS.

Trump mengumumkan tarif baharu itu pada 6 Julai lalu, dengan menegaskan bahawa ia akan dikenakan ke atas mana-mana negara yang berpihak kepada dasar anti-AS oleh kumpulan BRICS.

Kumpulan BRICS kini menampilkan diri sebagai platform diplomasi pelbagai hala ketika forum seperti G7 dan G20 semakin lumpuh akibat perpecahan dan pendekatan 'Amerika Didahulukan' oleh presiden AS sekarang.

Sejak mengeluarkan ancaman terbabit, Trump berulang kali mengeluarkan dakwaan tanpa bukti bahawa kumpulan BRICS ditubuhkan untuk merugikan AS dan peranan dolar sebagai mata wang rizab dunia.

Pemimpin BRICS bagaimanapun menolak dakwaan bahawa kumpulan itu bersifat anti-AS.

Februari lalu, Brazil membatalkan rancangan untuk memperjuangkan penggunaan mata wang bersama ketika memegang jawatan presiden BRICS.

Bagaimanapun kumpulan itu sedang giat membangunkan sistem pembayaran rentas sempadan dikenali sebagai BRICS Pay, yang akan memudahkan perdagangan dan transaksi kewangan menggunakan mata wang tempatan.

Kumpulan BRICS diperluaskan tahun lalu dengan penambahan ahli seperti Iran dan Indonesia, di samping ahli asal iaitu Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan.

Pemimpin-pemimpin dalam sidang kemuncak di Brazil menyuarakan kritikan tidak langsung terhadap dasar ketenteraan dan perdagangan AS.

Trump juga secara khusus menyasarkan Brazil, dengan mengumumkan kadar tarif sebanyak 50 peratus ke atas import dari negara itu bermula Ogos ini.

Beliau juga melancarkan siasatan berasingan terhadap apa yang dikatakan Washington sebagai amalan perdagangan 'tidak adil' oleh Brazil. - REUTERS

INI ANCAMAN

PADA KITA

AMIN

MALAYSIA NAK

MASUK BRICS

AMIN

APA TRUMP

AKAN BUAT ?

JENG JENG JENG

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alang2 kena juga tarif elok join terus...