PAGI INI
PAGI INI
SABTU 19 JULAI 2025
SABTU DEPAN KITA BERDEMO
HIMPUNAN DI ALOR STAR
Wow – awal macam tak ramai datang. Ini kerana gua datang awal - jam 5 dah sampai. Warung jualan masih sedang di pasang di sebelah padang. Macam macam ada – ini macam pesta MAKANAN hebat.
Program Anak MUDA mula jam 6 – ada 1500 ke 2000 geng anak muda baju itam datang dengan motosikal. Wow HEBAT !
Sebelum MENGHASUT gua makan MEE SUP dulu. Ha ha ha.... banyak gerai jual BAJU T – warna hitam TURUN ANWAR – Ini dah macam zaman BERSIH
Lepas sembahyang program KEDUA bermula. Gua jalan di sekeliling gerai lihat suasana – ha ha ha. HEBAT orang KEDAH – padang makin penuh. Ucapan dari pemimpin dimulakan.
TURUN TURUN TURUN
Semua melaungkan Turun Anwar – Mak Cik Kakak Adik Abang – jika setengah dari mereka ini turun ke Kuala Lumpur pada Sabtu 26 Julai ini – maka bukan ribu ribu tapi ratus ratus kah kah kah.
PROGRAM MENGHASUT masih berjalan di Kuantan – di Kota Baru – jeng jeng jeng.
Untuk Gua kalau ada 5000 berdemo pada Sabtu depan gua puas hati – jika lebih ini BONUS kah kah kah AMIN.
AMERIKA
Trump saman akhbar The World Street Journal. Ini kerana ada laporan dalam akhbar ini memberitakan Trump hantar ucapan selamat hari jadi pada Jeffrey Epstein Bapak Ayam.
JEPUN
PRU akan berjalan hujung minggu ini. Ada parti politik baru macam MAGA – American First. Parti Jepun dengan slogan Japanese First – Dulukan Jepun – anti imigran.
INDONESIA
Bekas Menteri Perdagangan Indonesia Thomas Lembong kena penjara 4 tahun. Kes rasuah import gula.
AMERIKA
Trump sekali lagi mengancam BRICS – mana negara yang jadi ahli BRICS dan terlibat dalam BRICKS akan di kenakan tarif sebanyak 10 %.
INDIA
Ribut MONSUN hujan dan petir, ramai mati kena panah petir. Mereka bekerja di sawah atau landang terbuka. Angka terbaru 33 mati.
AUSTRALIA
Kereta kebal dari Australia kali pertama telah di hantar dan sampai ke Ukraine.
SIAM
Skandal Tok Cha berancuk. Semakin banyak kesah Tok Cha yang dilarang berancuk dalam ajaran agama Buddha kini telah berancuk.
SYRIA
Komuniti Druze masih di bantai oleh kumpulan Islam Isis. Israel mencelah masuk dan berlagak menyokong Druze. Ini projek nak pecahkan Syria.
HOKKIEN
Pagi ini kering cerah. Matahari dah keluar. Cahaya lemah. Langit biru pucat tidak indah. KL & KL Sentral berjerebu.
Tekukur bersuara di sana sini. Panas pagi menjemput pipit keluar. Suara di dengar badan tak nampak. Tiong meloncat loncat mencari rezeki di rumput kering.
Seekor gagak melintas – gak gak gak – terbang sambil menangis.
Hari ini akan panas. Jap lagi gua nak ke Pasar – nak tengok berapa sekilo buah manggis. AMIN
BRO
SENYUM
KITA SENYUM
DI PAGI SABTU
BRO
Kita berterima kasih kerana hari ini kita bernafas dan hari ini adalah hari yang terbaik.
BRO
Jangan berharap masa hadapan. Hari ini adalah harinya BUKAN esok.
BRO
Lu seorang lu tak mungkin buat semuanya. Paling baik lu buat apa yang lu boleh buat. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI


Tiada ulasan:
Catat Ulasan