Isnin, 28 Julai 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SENIN 28 JULAI 2025

TOTAL LANCHAU


TOTAL LANCHAU Ialah jumlah sampah 20 tan yang terkumpul selepas demo lawan MADAFAKA – kah kah kah – Jumlah 20 tan  ini mustahil kerana yang turun berdemo tak sampai 10,000 orang dan 2000 dari 10 ribu ini polis – MATA-MATA tak  buat sampah -  kah kah kah – Ini namanya propaganda TOTAL LANCHAU – kah kah kah.

TOTAL LANCHAU ini  adalah slogan baru. Kegembiraan rakyat melihat Madafaka keran tibai. - kah kah kah.

PASAR  CHOW KIT – kemarin saya di pasar Chow Kit – berita baik  harga  barang-barang TIDAK NAIk – tapi kelihatan buah agak kurang – mungkin kerana gua datang hari Ahad – banyak dah habis – Senin Chow Kit tutup. 

Buah  tempatan yang ada hanya  manggis, rambutan, betik, nenas dan pisang – Dukong , lycee dan longan dari Siam.

WATER LILY – mangga dari Siam yang gua paling minat sudah tak ada. Mangga  genre lain ada tapi gua tak minat.

Buah Kiwi mahal gila – 4 biji 10RM – dulu 10 biji 10 RM – buah delima mahal gila 2 Biji 10RM – dulu delima dari Greek 4 biji 10RM. 

Kiwi dan Delima dalah buah  yang di senaraikan wajib makan untuk kesihatan oleh  Dr YouTube makin.

TELOR – akan naik bulan depan – ini kenyataan Ah Seng penjual telor yang gua langgan tiap minggu -  – berapa naik dia tak tahu – mungkin 1 atau 2 sen atau 5 sen. Kita tunggu dan lihat.

Ah Seng penjual telor ini berkata : Lu Sabtu tak mari... lu pergi sana ka?   Kah kah kah ... dia ketawa.

Penjual kaki, rangka dan  hati ayam - warung  mingguan  gua pun berkata : Abang sihat... semalam tak datang... ramai  betul semalam  .... Abang mesti kat sana....

Gua beli tak beralih gerai – tiap minggu gerai yang sama justeru mereka tahu pa gua buat. kah kah kah.

Pasar Chow Kit pasar termurah di Malaysia – kalau harga naik – pasti  di tempat lain  lagi tinggi.

SIAM-KAMBOJA
Perang berterusan. Malaysia  jadi tuan rumah nak cari jalan selesai. Tapi dua-dua pemimpin negara hanya mahu bertemu tak mahu negara ketiga masuk.

SCOTLAND
Trump di Scotland buat pengumuman bahawa rundingan dagang dengan EROPAH dah selesai. Negara Eropah akan melabur di Amerika bilion-bilion. Trump kenakan 15% tarif.

GAZA
Bantuan makanan dan ubatan dah di ebnar masuk. Ahad kemarin lori-lori dan melintas masuk. Tapi PBB masih berkata : bantuan masih TIDAK cukup.

AMERIKA
Amerika akan hantar pegawai  ke Kuala Lumpur untuk turut sama dalam pertemuan Siam-Kemboja.

TURKI
Hutan masih terbakar. Panas menyerang Greek dan Turki. Negara di pesisir Laut tengah makin parah. Cuaca naik melintas 40C.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Matahari dah keluar. Cahaya bersinar. KL & KL Sentral berjerebu. Langit arah Shah Alam biru indah terbentang. Langit arah KL pucat.

Suara Tekukur dari bukit. Dalam sawah rumput suara Pipit. Bunyi ramai tapi badan tak nampak. Sebuah Heli melintas rendah – gua nampak  warga merah hijau – ini Heli sapa?

Petang kemarin hujan – sabentar tapi cukup untuk bawa sejuk. Pagi ini angin sejuk bertiup. Gua harap Hujan Rahmat akan datang algi petang ini – gua menunggu sejuk.AMIN

BRO
SENYUM SENYUMLAH
KITA SAMBUT SENIN

BRO
Sapa yang bijak ? Sosok bijak ialah sosok yang selalu belajar dari lain orang.

BRO
Siapa yang kaya?  Sosok yang kaya ialah sosok yang merasa cukup.

BRO
Sapa yang kuat ? Sosok yang kuat adalah sosok yang  dapat mengawal keinginan itu.

BRO
LAKUAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dialog PMX
PMX: IGP berapa ramai turun semalam di Demo Turun Anwar?
IGP: Allah DS, sedikit sangat, sampah pun baru 20 tan. Ini semua propaganda pembangkang untuk menjatuhkan DS...
PMX: Yakah? Saya dengar sampai berpuluh ribu?
IGP: Tidak DS, semuanya digembar-gemburkan begitu rupa, semuanya diupah turun untuk demo, kita sudah kenalpasti siapa yang membayar wang kepada peserta. DS jangan risau ya.
PMX: Saya lantik kamu supaya menjaga kepentingan saya, keluarga sanak-saudara saya, jangan lupa kroni saya sekelian perlu dijaga baik-baik.
IGP: Semestinya DS, semuanya saya uruskan nanti, saya sudah aturkan supaya pihak yang tidak sebulu dikeluarkan dari pasukan dipetik sejuk dahulu apapun kita jaga semuanya.
PMX: Syukur alhamdulillah.
IGP: Amin
Dua : Kah kah kah