Isnin, 28 Julai 2025

POLITIK SABAH TUNGGANG LANGANG


'Cinta segi tiga' di Sabah: Hajiji dipertikai sekutu, disindir seteru

Pengumuman Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor bahawa GRS akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya negeri akan datang nampaknya telah menarik perhatian sekutu gabungan itu.

Pada masa sama, langkah Hajiji itu disindir oleh BN, gabungan yang juga bekerjasama dengan PH tetapi merupakan seteru GRS.

Sepanjang bulan lalu, sentimen meningkat dalam GRS bahawa gabungan itu harus bertanding secara solo dalam pilihan raya.

PBS dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) adalah antara penyokong utama untuk hala tuju ini, dengan alasan bahawa parti-parti Sabah harus memimpin negeri itu, bukannya parti yang berpangkalan di Semenanjung.

Ini adalah jangkaan mereka apabila Hajiji naik ke pentas pada persidangan agung tahunan Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) semalam, tetapi sebaliknya berlaku.

"Saya fikir dia akan mengumumkan begerak secara solo", seorang pemimpin GRS yang tidak dinamakan memberitahu The Star semalam.

Akhbar berbahasa Inggeris melaporkan empat pemimpin gabungan yang dihubungi tidak mengetahui sebarang keputusan majlis tertinggi GRS untuk bekerjasama dengan PH, walaupun Hajiji mendakwa ia sudah dibincangkan.

Sementara itu, saingan Hajiji, Ketua BN Sabah Bung Moktar Radin mempersendakan keputusan itu.

"Parti tempatn konon, tapi bergabung juga dengan Malaya (parti Semenanjung)," sindir Bung bdalam catatan Facebook malam tadi.

Ketua Penerangan Umno Sabah Suhaimi Nasir turut mengkritik GRS sambil menegaskan kedudukan BN sebagai rakan utama PH di Sabah.

Katanya, BN Sabah bukan sekadar pelengkap kepada mana-mana gabungan politik atau pilihan kedua, tetapi sebaliknya mereka bersedia memimpin kerajaan negeri.

Ahli Parlimen Libaran itu juga menegaskan bahawa kerjasama BN dengan PH bukan sekadar talian hayat politik bagi mana-mana individu.

Dia dipercayai merujuk kepada skandal rasuah yang sedang melanda Hajiji dan GRS.

Tidak jelas setakat ini rancangan PH untuk mengemudi ‘cinta tiga segi’ antara gabungan berkenaan, terutamanya berhubung pembahagian kerusi dan potensi pertembungan antara BN dan GRS.

POLITIK SABAH

SEDANG KACAU

AMIN

KES RASUAH

KES AMBALAT

KES FARHASH

AMIN

TAK LAMA

LAGI PRU AKAN

SAMPAI 

JENG JENG JENG

JIKA SABAH

BUAT PRU SOLO

DAN KALAH INI

AKAN PENGARUH

YANG LAIN

JENG JENG JENG

APAKAH MADAFAKA

AKAN BUAT PRU16

SERENTAK ?

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan: