Isnin, 28 Julai 2025

PENYOKONG SETIA PALESTIN



Houthi ancam serang semua kapal berurusan dengan pelabuhan di Israel

SANAA: Puak Houthi di Yaman semalam memberi amaran akan menyerang mana-mana kapal milik syarikat yang menjalankan urus niaga dengan pelabuhan Israel tanpa mengira negara asalnya.

Ia adalah sebahagian daripada apa yang mereka gelar 'fasa keempat' operasi ketenteraan terhadap Israel.

Dalam kenyataan disiarkan televisyen, jurucakap tentera Houthi menegaskan semua kapal akan diserang jika syarikat terbabit mengabaikan amaran mereka supaya jangan berurusan dengan pelabuhan di Israel.

"Angkatan Bersenjata Yaman menggesa semua negara supaya menekan Israel menghentikan serangan dan menamatkan sekatan ke atas Semenanjung Gaza, jika mereka mahu mengelakkan krisis ini daripada terus memuncak," katanya.

Sejak perang Israel di Gaza bermula pada Oktober 2023, Houthi yang berpihak kepada Iran telah menyerang kapal yang dianggap menuju atau mempunyai kaitan dengan Israel, sebagai tanda solidariti dengan rakyat Palestin.

Mei lalu, Amerika Syarikat (AS) mengumumkan satu perjanjian mengejut dengan puak Houthi, di mana Washington bersetuju menghentikan kempen pengeboman terhadap mereka sebagai pertukaran kepada menghentikan serangan ke atas kapal-kapal yang melalui perairannya.

Bagaimanapun, puak Houthi menegaskan perjanjian itu tidak meliputi pengecualian terhadap Israel. - REUTERS

PENYOKONG

PALESTIN

 PALING SETIA

AMIN

TERUS TAK HENTI

MENYERANG

ZIONIS ISRAERL

KHALAS 

Tiada ulasan: