Ahad, 27 Julai 2025

KES AMBALAT MACAM MANA ?




Isu Pulau Batu Puteh: Kenyataan Anwar makin keruhkan keadaan – Hanipa Maidin

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), menyifatkkan kenyataan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini yang menganggap Dr Mahathir Mohamad sebagai bersalah berhubung isu Pulau Batu Puteh sebagai mengeruhkan keadaan.

“Jika keputusan untuk mendakwa belum timbul lagi atau tidak pernah timbul kerana siasatan polis belum dijalankan…mengapa YAB PMX nyatakan di dalam Parlimen yang Tun M sudah bersalah?

“Tidakkah itu menampakkan kejanggalan?,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malah, tambahnya, jika siasatan polis pun belum dijalankan bagaimana perdana menteri begitu yakin berkata dalam Parlimen bahawa Dr. Mahathir sudah bersalah.

“Nampak sangat kenyataan YAB itu bukan sahaja tidak betul tetapi juga boleh mengelirukan DEWAN!,” ujar beliau.

Jelas Hanipa, isu tersebut melibatkan perundangan yang tidak harus diulas tanpa hujah yang konkrit.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini , isu ini melibatkan isu perundangan maka lebih elok sepatutnya YAB tidak laju sangat untuk membuat sebarang komen,” tambahnya.

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN)  Takiyuddin Hassan baru-baru ini membawa usul agar Anwar dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana didakwa mengelirukan Dewan Rakyat ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) berkaitan isu Batu Puteh.

Usul tersebut kemukakan di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, susulan kenyataannya bahawa kerajaan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Mahathir atas faktor usia beliau yang telah lanjut.

Kenyataannya itu susulan jawapan mengenai kedudukan Pulau Sulawesi yang diutarakan oleh  Ronald Kiandee (Bersatu-Beluran).

Kemudian semalam Anwar dilaporkan berkata, keputusan kerajaan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Dr M berhubung isu kedaulatan Batu Puteh yang dibangkitkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) adalah keputusan Kabinet dan tidak melangkaui bidang kuasa Peguam Negara.

Sebaliknya jelas beliau, walaupun suruhanjaya berkenaan mengusulkan supaya laporan polis dibuat dan tindakan diambil terhadap Dr Mahathir, keputusan akhir adalah berdasarkan pertimbangan Kabinet.- 


BAGAIMANA

DENGAN KES

AMABALAT ?

JENG JENG JENG

SABAH MAKIN

MARAH

JENG JENG JENG

AMIN

1 ulasan:

Sukma berkata...

Cantik gambar