PAGI INI
PAGI INI
AHAD 27 JULAI 2025
DEMO DAH SELESAI
TAK TURUN JALAN RAYA
TAK PENANG PILIHAN RAYA
TURUN JALAN RAYA
SEBELUM PILIHAN RAYA
PILIHAN JALAN RAYA
BUKAN HANYA PILIHAN RAYA
DEMO BERJAYA !!!
Untuk gua demo kemarin berjaya. Awalnya gua risau KERANA musim panas. Jerebu lagi - apakah ada yang nak datang.
Bila gua bergerak dari Pasar Seni – dengan anak muda mahasiswa – ok je – ada 3 ribu – gua masih risau kerana angka gua ialah 5000 - baru berjaya. Ini masih tak cukup.
Bila masuk ke DATARAN MERDEAK gua lihat dah ada orang tetapi tak ramai.. gua campur semua total hanya ada 4901 – ini tanda gagal. TAK SAMPAI LIMA RIBU - polis ada tapi mereka bukan berdemo Lalu gua jalan tepi sungai belakang bangunan Sultan Abdul Samad. Jeng jeng jeng
Gua jumpa Pak Amin dari Jitra Kedah – gua dah jumpa dia dulu semasa gua menghasut di Alor Star. Pak Amin rehat dengan tim dia - anak dan isteri ada 7 orang – mereka datang awal dengan bas – maka nak rehat sambil melihat Sungai Klang.
Tap[i masih belum jumlah hanya 4908 – alah mak tak cukup lagi. Tup tup gua terserempak dengan DR Halim – isteri dan tiga anak. Dr Halim ini jaringan gua dalam Bersih. Dia datang dari Kota Baru. Anak dan menantu duduk di KL.
Wow – campur punya campur - jumlah akhir 5004 – ham du lil – DEMO LAWAN MADA FAKA BERJAYA kah kah kah – kalau tidak malu juga kah kah kah. KHALAS
MADAFAKA AKAN TERUS DI LAWAN
Jeng jeng jeng – Madafaka akan terus dilawan tapi paling menarik dalam sorak sorak TANGKAP AZAM BAKI... DAKWA ZAHID ... ada timbul juga lauangan TANGKAP FARSHAH ... ini pendatang baru... sapa Mamat ini – kah kah kah. AMIN
IRAN
Kota Tehran kekurangan air. Empangan kering dan air bawah tanah juga kering. Hujan tak sampai. Kehidupan warga makin berat - Negara baru berperang – juga sekatan ekonomi. TAPI negara Iran ini masih bertahan.
GAZA
Zionis Israel tak akui ada masalah kebuluran. Bantuan makanan dan ubatan telah mula di benar masuk kerana dunia makin marah dengan Israel.
AMERIKA
Trump beri ingatan pada negara Eropah untuk selesai krisis Pendatang Haram di Eropah sebelum berbincang dengan Amerika hal perniagaan.
SIAM – KAMBOJA
Perang dua negara ini berterusan. Dah merebak ke 6 wilayah di Siam. Kemboja setuju untuk berunding.
AMERIKA
Trump buat panggilan talipon pada PM Siam dan PM Kemboja. Dua dua setuju nak henti perang kata Trump.
HOKKIEN
Pagi ini berjerebu. Matahari dah keluar. Cahaya masih muda. KL & KL Sentral berjerebu. Langit pucat putih – kelihatan juga awan putih – petanda baik.
Seekor Gagak melintas – menangis - terbang ke arah Kwantung. Dekat gaung Pokok Ara satu kumpulan Pipit melintas tapi suara salakan Warga Asal memadam semua suara unggas.
Hari ini akan panas. Jap lagi gua nak ke Chow Kit – makanan gua dah habis. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI AHAD
Bawa jendela ke pulau Daik
Untuk baiki rumah Cik Baka
Satu tanda yang amat baik
Ramai rakyat lawan Madafaka
Tanam delima tanam cendawan
Tabur baja di atas batas
Teruskan demo teruskan lawan
Bagi Madafaka sesak nafas
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI


Tiada ulasan:
Catat Ulasan