Ahad, 27 Julai 2025

SIAM SUKA LUASKAN WILAYAH


Konflik Thailand-Kemboja: Thailand gesa media asing siar laporan tepat

BANGKOK: Thailand menggesa media asing menyemak ketepatan imej dan maklumat berkaitan ketegangan sempadan yang sedang memuncak, sambil memberi amaran bahawa laporan tidak tepat atau mengelirukan boleh memburukkan lagi keadaan yang sememangnya genting.

Jurucakap kerajaan, Jirayu Huangsap, berkata beberapa organisasi berita antarabangsa telah menyiarkan laporan mengandungi fakta tidak tepat dan kapsyen gambar yang salah ketika pertempuran di sempadan memasuki hari ketiga berturut-turut.

Beliau memberi amaran bahawa laporan tidak lengkap atau di luar konteks boleh mencetuskan salah faham antarabangsa yang serius.

"Kerajaan Thailand bersedia memberikan maklumat secara terbuka dan berdasarkan fakta, dengan menghormati sepenuhnya peranan media dalam menyampaikan kebenaran kepada masyarakat dunia.

"Jika terdapat kekeliruan atau perkara yang tidak jelas, pihak media digalakkan menghubungi sama ada Kementerian Luar Thailand atau Pasukan Petugas Pentadbiran Situasi Sempadan Thai-Kemboja (TCB-SAT)," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Thailand dan Kemboja terbabit pertikaian diplomatik sejak 28 Mei lalu susulan insiden tembak-menembak antara anggota tentera kedua-dua negara di kawasan sempadan berhampiran Preah Vihear, yang mengorbankan seorang anggota tentera Kemboja.

Kedua-dua negara jiran Asia Tenggara itu telah lama dalam pertikaian kawasan sempadan sepanjang 817 kilometer yang belum ditanda sempadan rasmi, dan sering menjadi punca ketegangan dan mengeruhkan hubungan diplomatik.


SIAM SUKA

LUASKAN

WILAYAH

AMBIL  TANAH

NEGARA LAIN

AMIN

MEDIA LUAR

NEGARA LAPOR

BERITA INI

SIAM JADI MARAH

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: