Kerajaan akan tetap mempertahan kalimah Allah selaras dengan prinsip yang terkandung dalam Maqasid Syariah atau objektif syariah dalam Islam, kata Najib Razak.
    
Perdana menteri berkata lima perkara yang terangkum dalam Maqasid Syariah iaitu memelihara dan menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta - ialah juga perkara-perkara yang diperjuangkan kerajaan.
    
Malah, katanya, berdasarkan kajian antara negara-negara Islam di dunia dari segi pematuhan kepada prinsip-prinsip Maqasid Syariah, mengikut para ulama, Malaysia berada antara tempat tertinggi dalam memperjuang objektif-objektif berpandukan kepada Maqasid Syariah.