Ahad, 28 Mei 2023

ANAK MUDA SELAMATKAN DUNIA


ANAK MUDA

TERUS  MELAWAN

AMIN

DUNIA WAJIB

DISELAMATKAN

KHALAS

AFIDAVIT GONCANG AKIDAH


Siapa masih berdegil, saya tidak teragak-agak saman – Syahredzan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penyokong Perikatan Nasional (PN) terutamanya Pas yang memfitnahnya berhubung isu kalimah Allah.

Setiausaha Politik kepada veteran DAP, Lim Kit Siang memberitahu, mana-mana pihak yang masih berdegil dan terus memfitnahnya, mereka akan berdepan risiko disaman.

“Dalam beberapa hari ini, penyokong Pas-PN yang padam/tarikbalik/mohon maaf hantaran yang memfitnah saya.

“Siapa yang masih berdegil, saya tidak akan teragak-agak untuk saman.

“Sudah-sudahlah tu fitnah saya. Sebelum kempen, masa kempen dan sekarang enam bulan lepas saya dipilih pun,” ciapnya di akaun Twitternya, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan ketika sidang media di Parlimen mempersoal antara hujah digunakan Jill Ireland menggunakan tiga afidavit yang didakwa mewakili keseluruhan umat Islam di negara ini.

Beliau berkata, tiga afidavit itu masing-masing dikemuka Naib Pengerusi DAP Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari; Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang juga pensyarah Universiti Malaya, Dr Azmi Sharom.

“Adakah tiga orang yang membuat afidavit menyokong permohonan Jill Ireland ini mengatasi kuasa Majlis Agama Islam negeri? Itu kita persoalkan. Sekurang-kurangnya tiga Majlis Agama Islam (Selangor, Johor dan Kedah),” kata Takiyuddin. –

WOIT

SILA SEBRAKAN

AFFIDAVIT ITU

AMIN

MESTI HUJAH

HEBAT

KAH  KAH KAH

RETARAD BOLEH

KALAH

KAH KAH KAH

BOLEH GONCANG

AKIDAH HINGGA

PANCUT

KAH KAH KAH

KHALAS

HAL JUBO SAIPOL


HAL JUBO

SAIFOL 

ORANG PUTIH

TAK FAHAM

AMIN

Unknown commented on
 "KES SAIPOL DAN JAM PELANGI"

Orang putih memang tak faham cara politikus Malaysia kah kah tak ada betul tak ada salah, semua wayang dimainkan secara berterusan untuk undi, tak ada sebab lain, kalau pelangi boleh bawa masuk undi untuk menang, pelangi kena tibai jugak kah kah kalau kalimah boleh bawa masuk undi pun sama jugak tak ada beza untuk orang politik, modal apa nak pakai modal apa boleh bawa keuntungan politikus kah kah kah buang masa melayan karenah bodoh walau tahu tapi buat pandai kah kah kah welcome to Malaysia wahai orang putih, kah kah kah

ISMAIL SABRI UDAH PENCEN


ISMAIL SABRI

UDAH PENCEN

KHALAS

Unknown commented on
 "UMNO BUKAN
 PERHIASAN KATA SABRI"

Sembang kari siang malam, kalau tak menang kuat memang jadi jaga tepi jalan, kalau kuat menang banyak kerusi memang jadi King, kan dah biasa duduk Takhta Kerajaan dulu dulu, tapi kenapa jatuh tergolek jadi Pak Guard saja sekarang? Siapa nak salah? Pengundi atau kamu sendiri ? Dulu bukan main sembang Kari, tapi sekarang pun masih perangai sama? Akar umbi mana sokong kamu? Geng haprak yang kamu sogok jawatan pangkat projek wang lah, yang jadi tukang sokong tukang teriak tukang angkat beg tukang atur masih sama saja kan?

 Kalau nak manusia sokong buat kerja yang baik, tak payah minta tak payah rayu tak payah sembang sebab kamu semua buat kerja, tapi sekarang semua nampak mana tahap kamu? Kah kah kah masih tahap Pak Guard, baik diam diam pencen, elaun ada sebab bekas PM masih ada kemudahan lain sampai orang bekerja siang malam pun tak dapat kemudahan yang kamu semua ada, tak tahu berterima kasih lagi woit, sebab ITU Mahathir Mamak kata mudah lupa woit kah kah kah

HADI MARAH ANWAR SUKA BOHONG BUAT FITNAH


HADI MARAH

PADA ANWAR

SUKA BOHONG

BUAT FITNAH

KHALAS

TOLAK TALIBAN


TOLAK TALIBAN

AMIN

Unknown commented on
 "TOLAK TALIBAN"

rakyat tolak taliban tapi belum tentu sokong lim kit siang.. kah kah kah

BANGUN MELAWAN - SELAMATKAN BUMI KITA


BANGUN MELAWAN

SELAMATKAN

BUMI KITA

KHALAS



Polis Belanda tahan lebih 1,500 aktivis iklim


LEBIH 1,500 orang ditahan semasa menyertai protes kumpulan iklim Extinction Rebellion  di The Hague pada Sabtu, kata polis Belanda.

Aktivis menyekat bahagian lebuh raya di tengah bandar pada sebelah petang, sebagai protes terhadap subsidi bahan api fosil Belanda.

Polis berkata mereka menggunakan meriam air untuk menyuraikan aktivis yang menghalang jalan utama di bandar itu, dan menahan “sejumlah 1,579 orang… 40 daripadanya akan didakwa” atas pelbagai tuduhan termasuk vandalisme.

Seorang aktivis menggigit anggota polis semasa ditahan, kata polis.

Beberapa selebriti Belanda adalah antara penunjuk perasaan, termasuk Carice van Houten, yang terkenal dengan peranannya sebagai Melisandre dalam siri TV popular “Game of Thrones”.

Agensi berita Belanda ANP melaporkan beliau ditahan tetapi kemudian dibenarkan pulang.

Ia tidak menyatakan aktres itu adalah antara mereka yang akan didakwa.

Protes itu adalah yang ketujuh dianjurkan oleh Extinction Rebellion di kawasan The Hague ini, tetapi menyaksikan jumlah tertinggi peserta yang ditangkap setakat ini, menurut ANP. – AFP, 28 Mei, 2023.

 

MAKNA BERITA TANGKAPAN



31 individu beragama Islam minum arak dicekup

KUALA LUMPUR – Seramai 31 individu beragama Islam yang leka meminum arak diberkas oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur malam tadi.

Kesemua individu itu ditahan dalam serbuan Operasi Bersepadu, membabitkan lapan pusat hiburan sekitar Jalan Haji Taib, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan dan Jalan Yap Kwan Seng, di ibu negara.

Operasi Bersepadu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu dilaksanakan bagi mengenal pasti premis-premis hiburan yang didapati melanggar peraturan, selain mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan kesalahan.

Operasi itu turut membabitkan agensi penguatkuasaan lain terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), JAWI, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Semua individu beragama Islam ini akan disiasat di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan)(Akta 559),” katanya ketika dihubungi pada hari ini.

Dalam operasi sama, DBKL turut mengambil tindakan menutup tiga premis hiburan atas kesalahan beroperasi tanpa kebenaran di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.

“Bahagian Penguatkuasa DBKL juga telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 4(1)(a) dan Seksyen 4(1)(b) kerana mengadakan aktiviti hiburan (muzik/deejay) tanpa kebenaran dan mengeluarkan tiga notis kompaun. – 

BILA ADA

TANGKAPAN

INI MAKNANYA

ADA BOSS BARU

AMIN

HAMZAH DAH

DIGANTI DENGAN

SAIFUDIN

AMIN

LINE LAMA

TAK BOLEH PAKAI

AMIN

KENA BUAT

LINE BARU

AMIN

KHALAS

HADI NASEHAT KAKI RASUAH



UMNO akan tersasar jika terus bersama DAP – Hadi

KUALA LUMPUR – UMNO akan terus tersasar daripada perjuangan asalnya selagi parti itu diterajui oleh pemimpin yang mengikut ‘kompas’ DAP, parti yang berpengaruh dalam Pakatan Harapan (PH).

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang berkata, ahli UMNO yang setia kepada perjuangan serta masih berada di atas ‘bahtera’ sama akan ‘diubah’ hala tuju oleh pemimpin yang menguasai UMNO ketika ini.

Malah, mereka akan diheret untuk berada di luar perjuangan asal.

“Selagi masih berada di atas bahtera yang tidak berjaya diubah pemandunya (pemimpin) yang mengikuti kompas DAP dan rakan-rakannya, maka bahtera UMNO (akan) menuju ke arah tujuan yang salah dan sesat daripada perjalanan perjuangan asalnya,” katanya menerusi tulisan Minda Presiden Pas, di Facebook hari ini.

Abdul Hadi berkata, malang bagi UMNO yang meninggalkan prinsip perjuangan mereka dan memilih jawatan yang ditawarkan oleh PH yang dikuasai DAP termasuk menjadi menteri, menteri besar, Exco, jawatan-jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sebagainya.

“Seterusnya, UMNO secara terbuka bersama PH didominasi oleh DAP yang berada di belakang, namun menjadi penggerak yang paling berpengaruh,” ujarnya.

Abdul Hadi berkata, lebih menghairankan apabila UMNO yang mempunyai ‘masalah’ itu boleh diterima oleh PH, sekali gus mendedahkan pembohongan perjuangan reformasi yang dilaungkan secara menipu oleh gabungan itu selama ini.

Katanya, maka pemimpin UMNO ‘berkumpul’ menipu ahli dan pengikut parti itu demi untuk bersama PH bagi menipu rakyat.

“UMNO kehilangan kewibawaan dan maruah (apabila) para pemimpin mengheret UMNO bersama DAP. (Ini dapat disaksikan) apabila himpunan bersama PH di dalam rumah kepunyaan UMNO iaitu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang dihadiri oleh pemimpin PH khususnya DAP.

“… tiba-tiba gambar para pemimpin UMNO yang disanjung menjadi pejuang kemerdekaan dibuang atau ditutup dengan kehadiran ‘kawan baharu’,” katanya.

Abdul Hadi berkata, peristiwa itu menunjukkan pemimpin UMNO sudah kehilangan izzah (keperkasaan) mereka selepas meninggalkan prinsip perjuangan parti.

“Kerana hendak menyelamatkan diri dan mengejar jawatan, maka prinsip asasi parti tidak dipedulikan dengan meninggalkan perjuangan yang menjadi asal penubuhan Umno.

“Bukan lagi ahli-ahlinya dan umat yang menjadi keutamaan, tetapi semata-mata ingin menyelamatkan diri dan memburu jawatan yang diumpankan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, tidak banyak perbezaan antara Pas dengan UMNO, hanya pendekatan dan bagaimana meletakkan keutamaan yang berlainan sahaja menimbulkan ketegangan antara kedua-dua parti.

Justeru, katanya, apabila ada masalah yang besar dan penting berlaku, Pas dengan mudah dapat bekerjasama dengan UMNO.

“Ia menunjukkan bahawa tidak ada masalah dasar yang membezakan antara Pas dengan UMNO, sebaliknya hanyalah masalah pendekatan.

“Apabila UMNO menjadi parti yang berkuasa memimpin negara dalam tempoh masa yang lama, maka banyaklah kelemahan yang berlaku dalam partinya dan kerajaannya.

“Adapun Pas dan DAP dapat dilihat perbezaan prinsip atau dasar antara aqidah yang dipegang oleh Pas dengan ideologi yang dibawa oleh DAP,” katanya.

Beliau berkata, DAP yang ditubuhkan kemudiannya, menunjukkan sifat ekstrem terhadap Islam dan kepimpinan Melayu Islam yang dipertahankan oleh Pas.

“DAP menetapkan kedudukan Islam mengikut kehendak Suruhanjaya Reid dengan tafsiran sekular yang tidak menepati ajaran Islam yang sebenar. Di samping itu, mereka juga mentafsirkan hak asasi manusia mengikut agenda Barat yang liberal.

“Perjuangan DAP ke arah Malaysian Malaysia juga menjadikannya bercanggah dengan dasar yang dipertahankan oleh PAS.

“Maka, kerjasama Pas dan DAP tidak boleh melampaui sempadan prinsip dan konsep asas dalam perjuangan Pas,” katanya.

Abdul Hadi berpandangan, Pas wajib memutuskan hubungan kerjasama apabila DAP yang bertindak secara ekstrem menyentuh dasar Islam serta kepentingan dan keutamaan kepimpinan Melayu Islam, Bumiputera dan perkara lain secara terbuka.

“Pas juga berpendapat, sepatutnya UMNO juga mempertahankan prinsip dan konsep yang sama dalam perlembagaannya.

“UMNO yang dimasuki anai-anai politik yang merosakkan perjuangannya terus membarah dengan politik wang yang masuk ke dalam perebutan menjadi pimpinan parti di semua peringkat.

“Akhirnya, mereka menerima padah mengalami kelemahan yang ketara sehingga tumbang bersama kerajaannya dalam PRU ke-14 dan berikutnya,” katanya. –


INI NASEHAT

EDDDY WANG

PADA PERASUAH

KAH KAH KAH

JANGAN CAMPUR

GULAI BABI

DENGAN

 GULAI LEMBU

KAH KAH KAH

CAMPUR DENGAN

DUIT NAJIB

HALAL TALIBUN

KAH KAH KAH

AMIN

SOKONG ZAHID



Tiada kompromi dengan pihak mainkan isu kaum dan agama, kata Zahid

KERAJAAN tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang berterusan memainkan isu perkauman dan agama.

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata justeru, kerajaan akan terus menunjangi soal berkaitan Islam dan bangsa Melayu tanpa mengetepikan agama serta bangsa lain.

“Tidak akan pernah luntur rasa kemelayuan dan tidak cair keimanan kita kalau kita menyantuni bangsa serta agama lain,” katanya semasa merasmikan majlis anugerah sempena Perhimpunan Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia ke-42 dan 43 di Banting, malam tadi.

Zahid, yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah, berkata Malaysia adalah sebuah negara bermasyarakat majmuk dan kemajmukan itu harus disantuni demi mewujudkan suasana yang harmoni dalam masyarakat.

“Begitu juga soal kestabilan politik, bukan hanya semata-mata kerana agenda tetapi untuk pembangunan negara bagi pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat keseluruhan,” katanya.

Beliau juga berkata kepimpinan baharu belia khususnya Gerakan Belia 4B Malaysia harus melihat tiga elemen yang turut ditawarkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dalam memastikan mereka bukan hanya berkhidmat untuk ahli semata-mata malah untuk seluruh masyarakat.

Katanya elemen yang ditawarkan itu adalah penglibatan ahli serta masyarakat khususnya belia dalam sektor ekonomi bagi menaik taraf kehidupan, keterlibatan belia dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta skim rangsangan untuk menaikkan profesion pelajar tahfiz yang menghafaz 30 juzuk al-Quran.

“Pertamanya, organisasi yang kita ketuai perlu melihat kepada aspek keterlibatan ahli dalam sektor ekonomi khususnya dan menaik taraf status sistem mesti dilakukan… menerusi program keusahawan (yang ditawarkan kementerian).

“Kementerian juga tawarkan sebanyak 529 kursus menerusi program TVET yang pelbagai agar dimanfaatkan bukan sahaja untuk ahli tetapi juga pemimpin organisasi belia,” katanya. – Bernama, 28 Mei, 2023.

KITA SOKONG

TAKDA KOMPROMI

SAPA SAJA BAKAR

SENTIMEN AGAMA

DAN KAUM

KHALAS

JANGAN JUGA

ADA KOMPROMI

DENGAN

KAKI RASUAH

DAN SALAH

GUNA KUASA

AMIN

KHALAS

JUMAAT TIDAK DI LUPA


HARI JUMAAT

HUJUNG MINGGU

BERMULA

PASTI TAK DILUPA

AMIN

Unknown commented on 
"HARI BUMI"

Hebatlah sambut hari bumi siap dgn sasteranya sekali dideklamasi kat central park bumi hijau alam semula jadi yg indah. Kalu ada bengkel hari bumi lg bagus untuk bincang dan kupas isu2 berkaitan dgn bumi hijau yg bersih lg nyaman supaya tidak diplastikan bumi. Lepas hari bumi perlu diadakan hari langit pulak. Pastu hari laut. Sambil raikan hari bumi hari langit dan hari laut jangan lupa raikan hari jumaat.



TOLAK TALIBAN

RAKYAT

TAK MAHU TALIBAN

AMIN

Unknown commented on 
"UMNO BUKAN 
PERHIASAN KATA SABRI"
Pujuk PAS sertai kerajaan Perpaduan, tapi tugas bahagian belakang sekali...Macam ular saiz besar panjang 20 cm aje kah kah kah..

PAS sepatutnya diberi peranan di hadapan untuk memimpin kerajaan kerana mempunyai kerusi yang lebih.

Beberapa orang acap kali nak berjumpa PAS dengan tawaran untuk menyertai kerajaan. PAS ada 43 kerusi…PKR 30 sahaja. Dalam keadaan 30 kerusi ini, sembilan kerusi adalah bukan Melayu, 19 sahaja Islam.

“Dalam keadaan PKR, DAP pula, tiga Melayu dari 40 kerusi, 37 kerusi bukan Melayu. Kalau campur gabungan itu, kerajaan akan didominasi oleh orang Islam,

“Dia nak ajak PAS, tetapi PAS duduk di belakang, bukan di depan. Patutnya bila buat kerajaan, parti lebih besar memimpin.

Ini Anwar nak suruh PAS masuk kerajaan Perpaduan nya seperti macam kepala ular, kecil sahaja. Macam ular besar berukuran lilit badan 30 cm panjang 20 cm, "

kah kah kah...

Kah kah kah

IRAN AKAN LAWAN ISRAEL


IRAN AKAN

LAWAN ISRAEL

KHALAS


Unknown commented on
 "IRAN WUJUD BARISAN 
ANTI ZIONIS ISRAEL"

Syabas to iran the true muslim country that dare to threat Isreal

BUBAR DUN


BUBAR DUN

AHAD 28/5/2025
TIGA HARI LAGI 
MASUK BULAN ENAM
KEMUDIAN
DUN AKAN BUBAR

SAPA AKAN BUBAR DULU ?
SELANGOR KEDAH PENANG
KELANTAN TERENGGNU
NEGERI SEMBILAN
JENG JENG JENG

INI PEREBUTAN KUASA
YANG MAHA HEBAT
SATU REFERENDUM
TERHADAP KERAJAAN PMX
ADA SOKONGAN ATAU TIDAK
JENG JENG JENG

TURKI
HARI INI HARI AHAD
WARGA TURKI MENGUNDI
SEKALI LAGI
GUA RASA EDORGAN
AKAN MENANG KEMBALI

BELANDA
LEBIH DARI 1500 ORANG
DI TANGKAP DI DEN HAQUE
MEREKA KELUAR BERDEMO
MELAWAN KERAJAAN YANG
BERI SUBSIDI PADA
SYARIKAT MINYAK
YANG MENYEBABKAN
 DUNIA PANAS

UKRAINE
SERANGAN BALAS
BERMULA
UKRAINE BERNIAT
 NAK AMBIL KEMBALI
WILAYAH YANG TELAH
 DI TAWAN RUSIA

UK
ADA RAHSIA APA
DI BELAKANG KOBID
SURAT SURAT RAHSIA
INGIN DITUTUP
JENG JENG JENG

IRAN - AFGHANISTAN
MULA BERGADUH
JENG JENG JENG

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
MATA HARI BERSINAR
AWAN BANYAK YANG BIRU
KL & KL SENTRAL CERAH

PAGI INI
YANG GUA DENGAR HANYA
SUARA TERKUKUR
GUA JUGA TERDENGAR
SUARA TEMPUA
DIBAWAH GAUNG
PASTI NAK BUAT BANGLO
DI POKOK SAWIT

HARI PANAS
GUA NAK KE PASAR
KELAMRIN GUA TAK KE PASAR
ADA  SAMBUTAN HARI BUMI
ADA JAMUAN DAPUR JALANAN
MAKA
GUA KE PASAR PAGI INI
AMIN

ANAK MUSANG LARI BERLARI
SAMPAI TERLANGGAR BATU BARA
BILA BERKUASA NAJIB MENCURI
PADAN MUKA MASUK PENJARA

ANDAINYA SAGU SUDAH DIPARUT
TENTU BERGUNA BILA BERJALAN
BILA ILMU TELAH DITUNTUT
BARU BERGUNA BILA DIAMALKAN

MAKCIK SURI BERANAK DARA
PERGI KE PASARA MEMBELI SEPAT
NAJIB PENCURI MASUK PENJARA
ROSMAH MANSUR IKUT CEPAT
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERSANTAI
HUJUNG MINGGU