Ahad, 13 Ogos 2023

SELAMATKAN MELAYU - ZAHID LETAK JAWATAN


UNTUK

SELAMATKAN

MELAYU

AMIN

ZAHID WAJIB

LETAK JAWATAN

KHALAS

ANWAR DAN PAK LAH


ANWAR DAN

PAK LAH

AMIN

ANWAR HILANG PENGARUH DI KAMPUNG SENDIRI



PH hilang 'taring' di Permatang Pauh
Bermula dengan kekalahan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri, Nurul Izzah Anwar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), PH dilihat seakan-akan hilang taring untuk mempertahankan pengaruh di kubu kuat gabungan itu.

Lebih mengejutkan apabila PH kecundang kepada Perikatan Nasional (PN) di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berada dalam Parlimen Permatang Pauh, masing-masing Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti.

Keputusan di DUN Seberang Jaya yang menyaksikan pertembungan dua penjuru memihak kepada PN yang diwakili Izhar Shah Arif Shah dengan majoriti 4,926 undi.

Menerusi portal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Izhar Shah berjaya meraih 20,877 undi, sekali gus mengalahkan lawannya yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri, Johari Kassim.

Kemenangan di DUN Penanti turut memihak kepada PN menerusi wakilnya, Zulkefli Bakar dengan majoriti 3,575 undi.

Zulkefli yang juga Pengerusi BERSATU negeri meraih 12,586 undi dalam persaingan dua penjuru, sekali gus membenam lawannya dari PH, Rosidi Hussain yang memperoleh 9,011 undi.

Beralih ke DUN Permatang Pasir, Amir Hamzah Abdul Hashim @ Md Hashim dari PN berjaya menundukkan lawannya dalam pertembungan dua penjuru dengan majoriti 3,108 undi.

Amir Hamzah dari PAS meraih 13,526 undi, sekali gus menundukkan calon AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil (10,418 undi).

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri, Datuk Bakhtiar Wan Chik, mengakui akur dengan kekalahan itu, biarpun persediaan sudah dibuat, sejurus PRU15 selesai.

Bercakap pada sidang media malam tadi, Bakhtiar turut menyifatkan kekalahan di tiga DUN dalam Parlimen Permatang Pauh itu sebagai pengajaran kepada PKR untuk memperbaiki prestasi parti berkenaan.

"Tiga DUN dalam Parlimen Permatang Pauh menjadi antara fokus PKR selepas kekalahan Nurul Izzah pada PRU15. PKR mahu beri signal (isyarat) kita mahu hentikan gelombang hijau.

"Bagaimanapun, saya masih belum terima analisa keputusan bagi ketiga-tiga DUN dalam Parlimen Permatang Pauh, namun saya rasa ia adalah persaingan sengit.

"Kalau ketiga-tiga DUN ini kalah dengan majoriti yang kurang berbanding PRU14, ini menunjukkan kita masih berpeluang memperbaiki prestasi di tiga DUN berkenaan," katanya.

WOIT

JELAS SAHIH

PENGARUH

ANWAR DI KUBU

KUAT PKR DAH

HANCUR

AMIN

PERMATANG PAUH

ADALAH KAMPUNG

ANWAR

AMIN

KINI PENGUNDI

TOLAK

 BULAT BULAT

KAH KAH KAH

KHALAS

APAKAH INI PROJEK HADI ?


APAKAH INI

PROJEK HADI ?

AMIN



PRN 2023 YANG BERJAYA PERIKATAN !!!


Wakil rakyat Bersatu akan dilantik exco, kata Ahmad Samsuri




Gagal pertahan 5 kerusi

 adalah amaran rakyat,

 kata

 MB Negeri Sembilan

Guan Eng nafi tak hadir rai kemenangan Pakatan sebab Chow


Keputusan PRU15 pengaruhi pengundian PRN, kata pemerhati

KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lepas dilihat memberi kesan dan mempengaruhi corak pola pengundian pada pilihan raya negeri (PRN) enam negeri semalam, kata Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Mohd Azizuddin Mohd Sani.

“Saya rasa ada pencapaian tertentu yang berjaya dicapai oleh kerjasama antara PH (Pakatan Harapan) dan BN (Barisan Nasional), namun ada juga kawasan yang kita jangka dengan kerjasama ini dapat menang lebih besar, tetapi ia tidak pula berlaku,” katanya ketika menjadi tetamu pada Program ‘PR6N: #AndaPenentu’ terbitan Bernama TV, malam tadi.

Beliau berkata kerjasama yang membentuk kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan selepas PRU15 itu dilihat masih belum memberi impak secara langsung kepada pengundi di negeri-negeri Pantai Timur untuk memilih mereka.

Katanya penentu kepada kemenangan sesebuah parti adalah golongan muda namun berdasarkan trend pengundian di enam negeri semalam sokongan golongan itu dilihat masih tidak menentu, berubah-ubah dalam memilih parti mana yang hendak disokong.

Sementara itu, Felo Penyelidik Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Muhamad Azwan Abd Rahman berkata BN-PH perlu melihat kembali kaedah berkempen terutama di negeri-negeri di Pantai Timur.

Beliau berkata golongan muda di negeri berkenaan secara umumnya melihat BN-PH lebih banyak membawa isu-isu nasional dan kurang mengetengahkan isu-isu setempat. 

“Kalau lihat isu-isu yang dibawa adalah bersifat nasional dan kabur daripada isu setempat. Perkara itu menenggelamkan minat dan kepentingan anak muda di Terengganu, Kelantan dan Kedah. Mereka tidak nampak apa BN-PH tawarkan kepada mereka (dalam manifesto), kerana ia lebih kepada isu nasional,” katanya.

Beliau berkata apapun kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan perlu menghormati keputusan rakyat dan bekerjasama dalam membantu mereka agar negara lebih maju. – Bernama, 13 Ogos, 2023.


PRN KALI INI

YANG BERJAYA

IALAH PERIKATAN

AMIN

OMBAK

MELAYU ISLAM

SEDANG MENUNDA

AMIN

KHALAS

JANGAN SALAH CAKAP


JANGAN SALAH

CAKAP

KAH KAH KAH

AMIN


Apabila sampai di restoran Tong Juan  yang ada fried crab di Chukai, Kemaman, Trengganu , gwa nak order ayer batu kosong tapi tersalah sebut 32- 0 kat Cina Hai Lam tu

KES ZAHID MAKIN BERAT


Zahid perlu letak jawatan, kata Idris

VETERAN Umno Idris Jusoh menggesa presiden parti Ahmad Zahid Hamidi berundur berikutan prestasi buruk parti itu dalam pilihan raya enam negeri semalam.

“Umno kalah teruk di PRN semalam. Umno kalah 100% di Terengganu. 

“Zahid Hamidi perlu letak jawatan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook. 

Pada pilihan raya semalam, Umno mengalami kekalahan besar dengan hanya memenangi 17 kerusi daripada 108 kerusi yang ditandinginya di enam negeri.

Ia hanya menunjukkan prestasi baik di Negeri Sembilan yang memenangi 14 kerusi negeri. Di negeri lain, Umno kehilangan beberapa kerusi tradisinya.

Beberapa pemimpin veteran parti turut tewas.

Umno, melalui Barisan Nasional, adalah sebahagian daripada kerajaan persekutuan yang dipimpin oleh Pakatan Harapan dan Anwar Ibrahim.

Dalam pilihan raya negeri, BN dan PH bergabung kekuatan untuk menentang Perikatan Nasional. – 13 Ogos, 2023.


WOIT

ZAHID TAKLEH

LETAK JAWATAN

KAH KAH KAH

BILA LETAK

JAWATAN 

KERAJAAN

RUNTUH

AMIN

BILA RUNTUH

ZAHID MASUK JIL

AMIN 

UMNO BOLEH 

PERGI PUKEMAK 

KAH KAH KAH 

ZAHID WAJIB

SELAMATKAN

 DIRI DULU

KHALAS

GEMBIRA ATAU PERANG SARAF


INI 

BETUL GEMBIRA

ATAU

PERANG SARAF PN

KAH KAH KAH

KHALAS





LAGI DESAK ZAHID LETAK JAWATAN


Yang kalah jangan bertanding lagi, kata Puad Zarkashi

CALON Umno yang kalah pada Pilihan Raya Negeri dan mereka yang berusia 45 tahun dan ke atas tidak patut lagi menjadi calon untuk pilihan raya akan datang, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau mengulas kekalahan teruk Barisan Nasional, hanya menang 19 daripada 108 kerusi yang ditandingi pada enam PRN yang berlangsung semalam.

Ia hanya mempunyai prestasi baik di Negeri Sembilan dengan menang 14 kerusi. Di negeri lain, Umno malah kalah di kerusi yang selama ini menjadi kubu kuatnya.

“Sekali lagi Umno berhadapan ujian berat. Menang 19 sahaja daripada 108 kerusi yang ditandingi. Umno semakin hilang sokongan orang Melayu.

“Bukan mudah untuk Umno mencari formula baru. Tetapi Umno jangan panik seperti mahu tinggalkan Kerajaan Perpaduan. Fokus agenda ekonomi rakyat dan ekonomi negara.

“Mereka yang kalah dan berumur 45 tahun ke atas jangan bertanding lagi di pilihanraya akan datang. Jawatan parti bukan tiket percuma jadi calon. Tampilkan ayam sabung tulen,” tulisnya di Facebook.

Awal hari ini, seorang lagi veteran Umno Idris Jusoh mendesak Presiden parti Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan kerana prestasti buruk parti itu semalam.

“Umno kalah teruk di PRN semalam. Umno kalah 100% di Terengganu.

“Zahid Hamidi perlu letak jawatan,” katanya di Facebook. – 13 Ogos, 2023.


WOIT

ZAHID ZAHID

ZAHID

KAH KAH KAH

BUKAN YAHUDI

BUKAN DAP

YANG SALAH

TAPI

ZAHID HAMIDI

AMIN

KHALAS

UNDI MELAYU LARI KERANA ZAHID



UNDI MELAYU LARI

KERANA ZAHID

KHALAS

KELANTAN MAHU MB BARU


AUDI

BINI BARU

JLAN SILAP BACA

KELANTAN MAHU

MB BARU

AMIN

MENTERI BESAR

BARU

BUKAN MAHU

BINI BARU

KAH KAH KAH

KHALAS

ZAHID MULA DITIBAI



ZAHID DAN

KEKALAHAN

ZAHID

AMIN

KHAIRY MAHU ZAHID BERUNDUR


KHAIRY MAHU

ZAHID BERUNDUR

KAH KAH KAH

KHALAS

PAKATAN TAK DAPAT SOKONGAN MELAYU


Pakatan-BN hilang undi Melayu, gagal raih sokongan bukan Melayu, kata penganalisis


PERUBAHAN undi Melayu yang berterusan, terutama di kerusi DUN utara Selangor, membantu Perikatan Nasional (PN) menang lebih besar di negeri itu, menafikan majoriti dua pertiga Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN), kata penganalisis.

Namun PN gagal memberi impak yang besar di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, kecuali memenangi semua kerusi di bawah Parlimen Permatang Pauh, mengambil alih kerusi Penanti, Permatang Pasir dan Seberang Jaya daripada bekas kubu kuat Anwar Ibrahim yang tewas kepada PAS pada PRU15.

Pakatan PH-BN yang tercalar memenangi majoriti dua pertiga di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, namun dilenyapkan oleh PN di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata keputusan undian pada Sabtu itu adalah isyarat jelas untuk kerajaan perpaduan memberi lebih perhatian kepada orang Melayu di Selangor.

Beliau berkata pentadbiran Anwar Ibrahim perlu mendekatkan diri dengan rakyat di Kedah, Kelantan dan Terengganu untuk membendung kehilangan undi Melayu pada masa hadapan.

Namun, Hisomuddin berkata PN tidak boleh terlalu gembira dengan prestasinya kerana gabungan itu tidak mendapat banyak sokongan bukan Melayu.

“Kami meramalkan undi Melayu akan pergi ke PN dan keputusan menunjukkan kami betul. PN memenangi lebih banyak kerusi Melayu di Selangor.

“Kerajaan kini mesti memberi perhatian kepada pengundi Melayu dan jurang antara orang Melayu dan bukan Melayu dari segi corak pengundian semakin melebar.

“Kerajaan persekutuan juga mesti melayan negeri PN dengan berhati-hati dan memberi keutamaan kepada mereka atau berisiko kehilangan lebih banyak sokongan orang Melayu.

“PN sebaliknya tidak boleh hanya bergantung kepada sokongan Melayu untuk memenangi pilihan raya,” kata Hisomuddin.

Mengenai prestasi PH-BN di utara, Hisomuddin berkata mereka tersalah strategi kempen.

“Mereka hampir kehilangan setiap kerusi. Mereka perlu melihat lebih dalam apa yang tidak kena di sana.”

Hisomuddin juga berkata terdapat undi protes dalam kalangan ahli Umno.

“Mereka tidak peduli untuk keluar mengundi. Berita baiknya ialah mereka tidak keluar, bukannya mengundi PN,” katanya.

Dr Azmi Hassan dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara turut senada dengan Hisomuddin.

Bagaimanapun katanya, kajian mendalam perlu dilakukan untuk melihat bagaimana kedua-dua BN dan PH saling membantu dalam pilihan raya negeri untuk memahami corak pengundian.

“Status quo dalam pilihan raya negeri kecuali PN menunjukkan prestasi yang baik di Selangor. Lebih ramai pembangkang di Selangor sekarang berbanding Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

“Tetapi saya rasa, BN memang membuat sedikit kemajuan di Terengganu dalam jumlah undi walaupun tidak memenangi sebarang kerusi.

“Apa yang jelas undi Melayu beralih kepada PN,” katanya.

Undi protes dari BN kepada PN

Sementara itu ahli akademik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali percaya undi protes telah menyebabkan BN kehilangan banyak kerusi tradisi Melayunya kepada PN.

Tetapi, Mazlan berkata walaupun kalah, PH-BN menyaksikan peningkatan jumlah undi di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Berdasarkan tinjauan saya sebelum ini, kira-kira 20-30% ahli Umno akan mengundi PN dan keputusan malam ini menunjukkan PN memenangi kerusi di kawasan Melayu.

“PH-BN pasti akan bermati-matian selepas ini untuk memenangi semula kerusi mereka di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Saya tidak fikir Anwar Ibrahim akan berdiam diri dan membenarkan perkara ini berterusan.

“Terdapat peningkatan dalam jumlah undi berbanding PRU lalu, jika tidak kerana kepenatan politik, keputusannya akan berbeza,” katanya.

Salah Umno

Bagi pengarah program Iman Research, Badrul Hisyam Ismail, peralihan undi Melayu kepada PN adalah disebabkan rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap Umno.

Beliau berkata Umno, parti peneraju dalam Barisan Nasional, tidak lagi disenangi orang Melayu terutamanya selepas pilihan raya umum 2018.

“BN tidak perform, maksud saya Umno. Mereka kehilangan semua kerusi di Terengganu. Malah PKR tidak melakukannya dengan baik. Kecuali DAP.

“Trend ini telah berlaku sejak 2018 dan PH mempunyai bagasi untuk dibawa sekarang.

“Orang sudah tidak suka Umno. PH boleh menang kerusi di Kelantan, Kedah dan Terengganu jika mereka pergi solo.

“PH perlu memikirkan semula kerjasama mereka dengan BN.

“Zahid (Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi) akan menghadapi tekanan yang hebat sekarang,” kata Badrul Hisyam. – 13 Ogos, 2023.


TERBUKTI

JELAS PAKATAN

TIDAK DISOKONG

OLEH MELAYU

AMIN

INI BAHAYA

KERAJAAN JENIS INI

GOYAH

AMIN

DI TANAH MELAYU

SAPA TAK DAPAT

SOKONGAN MELAYU

AKAN GAGAL

AMIN

UNTUK SEMENTARA

WAKTU BOLEH GUNA

HUKUM HAKAM

BOLEH ANCAM

SANA SINI

BOLEH TUTUP

ITU DAN INI

AMIN

TAPI AKHIRNYA

ORANG  MELAYU

AKAN HUMBANKAN

KHALAS

PROJEK TENDANG ANWAR MASIH WUJUD KATA HADI


Perikatan masih mampu rampas Putrajaya, kata Hadi


PERALIHAN kuasa di peringkat pusat masih boleh berlaku walaupun Perikatan Nasional (PN) hanya memenangi tiga negeri daripada enam yang disasarkan, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata keputusan dalam enam pilihan raya negeri (PRN) itu menunjukkan sokongan terhadap gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) semakin berkurangan.

Penolakan terhadap parti kerajaan perpaduan itu juga dapat dilihat melalui peratus keluar mengundi yang rendah, katanya.

“Walaupun PN tak menang tapi boleh berlaku perubahan. Memang PN tak menang di Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang tapi banyak kerusi yang kita menang, PN dapat.

“Ini menunjukkan perubahan yang baharu bermakna sokongan PH merosot.

“Ini termasuk undi peratusan keluar yang rendah, bagi saya ini menunjukkan undi protes terhadap PH,” katanya dalam sidang media di Masjid Rusila, Terengganu malam tadi.

Dakwaan mengenai pertukaran kerajaan di peringkat persekutuan antara modal utama PN dalam kempen yang berakhir pada Jumaat.

Hadi yang menganjurkan isu itu antara lain mendakwa satu parti politik dalam kerajaan perpaduan akan menyokong PN bagi membentuk kerajaan persekutuan.

Perkara itu akan berlaku sekiranya gabungan tersebut berjaya menguasai kesemua enam negeri dalam PRN yang berlangsung semalam.

Beliau menyatakan demikian bagi menunjukkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak mendapat sokongan penuh daripada parti-parti gabungannya.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/456242

Dalam PRN yang berlangsung semalam, PN berjaya mengekalkan Terengganu, Kedah dan Kelantan manakala PH kekal di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

PN juga menyapu bersih semua 32 kerusi negeri di Terengganu dan juga kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam pilihan raya kecil yang berlangsung serentak.

Di Kedah, PN menumbangkan ramai pemimpin kanan PH dan turut menafikan majoriti dua pertiga parti kerajaan perpaduan di Selangor. – 13 Ogos, 2023.



WOIT

KAH KAH KAH

HADI MASIH

TERAJANG ANWAR

KAH KAH KAH

MACAM MANA

PROJEK INI

AKAN BERJALAN

TIDAK JELAS

KAH KAH KAH

INI ABIM GANU

LAWAN ABIM PUSAT

KAH KAH KAH

KHALAS

TALIBAN TAPAU SEMUA



PAS kuasai kesemua 32 kerusi di Terengganu


PERIKATAN Nasional (PN) memenangi kesemua 32 kerusi yang dipertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu semalam sekali gus menyaksikan buat julung kalinya, tiada wakil pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Gabungan PAS dan Bersatu, yang bertanding menggunakan logo ‘Bulan,’ membentuk kerajaan negeri di Terengganu setelah menjalinkan kerjasama pada Pilihan Raya Umum ke-15. 

Pada PRN kali ini, Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Naib Presiden PAS mempertahan kerusi Ru Rendang dengan majoriti 17,286 setelah memperoleh 20,927 undi untuk mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) Suhaimi Sulaiman yang meraih 3,641 undi.

Bekas Menteri Besar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu Dr Ahmad Said pula bertanding atas tiket PH-BN namun kalah apabila hanya memperoleh  9,645 undi berbanding 13,403 undi yang dimenangi calon PAS, yang juga merupakan Pengerusi Bersatu Datuk Razali Idris.

Seorang lagi bekas Menteri Besar Dr Ahmad Razif Abd Rahman tewas di kerusi Seberang Takir setelah mendapat 9,359 undi berbanding Khazan Che Mat daripada Bersatu (PAS) yang memperoleh 12,156 undi.

Satu-satunya calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) di Terengganu, Luqman Long, yang bertanding di DUN Bandar dan calon Bebas di DUN Hulu Besut, Dr Che Harun Kamariah, hilang deposit selepas masing-masing sekadar meraih 372 dan 180 undi.

Sementara itu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang percaya proses semak dan imbang masih boleh berfungsi meskipun tiada wakil pembangkang dalam DUN Terengganu. 

Ahli Parlimen Marang itu berkata kemenangan mutlak di 32 kerusi DUN akan memberikan lebih kekuatan kepada PAS Terengganu untuk memimpin negeri tersebut dan banyak masalah berbangkit boleh diselesaikan. 

“Walaupun tiada pembangkang tetapi Ahli Dewan sendiri boleh nasihatkan kerajaan. Kita akan galakkan budaya nasihat dalam dewan dan rakyat juga bebas untuk menyuarakan kritikan melalui saluran yang betul,” katanya pada sidang media selepas pengumuman keputusan PRN dan Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu di Masjid Rusila di Kuala Terengganu semalam. 

Ahmad Samsuri pula berkata kerajaan negeri tiada masalah untuk meneruskan kerjasama baik dengan Kerajaan Persekutuan.

“Kami di negeri ini sangat terbuka, jadi kita mengharapkan kerajaan Pusat dapat berlapang dada untuk menerima keputusan rakyat Terengganu ini,” katanya. – Bernama, 13 Ogos, 2023.


WOIT

KAH KAH KAH

TALIBAN TAPAU

SEMUA

KAH KAH KAH

INI HEBAT

MEMANG HEBAT

32 LAWAN KOSONG

KAH KAH KAH

KHALAS