Ahad, 17 April 2022

AKSI AMAN - PERLAWANAN AKHIR DI PARIS

 


AKSI AMAN

PERLAWANAN

AKHIR

DI PARIS

AMIN

MUHYIDIN NAK JADI PM SEKALI LAGI

 


Bersatu Terengganu mahu Muhyiddin jadi PM semula

BERSATU Terengganu mahu presidennya Muhyiddin Yassin diumumkan sebagai calon perdana menteri bagi gabungan Perikatan Nasional (PN) dalam kempen pilihan raya umum kelak.

Pengerusi Bersatu Terengganu Razali Idris berkata Muhyiddin calon paling layak dan kemampuannya mentadbir negara terbukti semasa dilantik menjadi perdana menteri kelapan.

Menurutnya, ini kerana Muhyiddin hanya digulingkan kerana ditolak oleh wakil rakyat yang menyebabkan pentadbirannya tumbang, dan bukannya oleh pengundi.

“Bersatu Terengganu akan cadangkan Muhyiddin sebagai calon perdana menteri dalam PRU15 kerana beliau sebelum ini bukan ditolak oleh rakyat, tapi oleh 15 ahli Parlimen,” katanya.

Langkah itu juga bagi menghadapi tindakan Umno yang sudahpun mengumumkan naib presidennya Ismail Sabri Yaakob untuk kekal di jawatan itu dalam pilihan raya umum akan datang.

“Sebab itu kita cadangkan Muhyiddin diangkat sebagai calon perdana menteri. Sebab kalau Umno boleh cadangkan nama Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri mereka, jadi Bersatu pun boleh,” katanya.

Bagaimanapun, Bersatu buat masa ini masih kekal menyokong Ismail menjadi perdana menteri, katanya sewaktu ditumui dalam program bersama media di Kuala Terengganu malam tadi,.

“Pendirian Bersatu dan saya sebagai ahli MPT kita sokong Ismail Sabri sehingga bubar parlimen. Tapi sudah tentu parti masing-masing ada calon perdana menteri sendiri.

“Tapi setakat ini tak adalah fikir nak tumbang  kerajaan kita akan terus bagi sokongan sehingga perdana menteri kata sesuai nak bubar Parlimen dan adakan PRU15,” katanya.

Umno pada Khamis mengumumkan, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti itu memutuskan Ismail sebagai calon perdana menteri bagi penggal seterusnya,

Usaha PN untuk mengangkat Muhyiddin kembali ke jawatan perdana menteri semula didedahkan Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad pada awal bulan ini.

Menurutnya, Muhyiddin meminta sokongan beliau untuk dilantik sebagai calon perdana menteri semula.

Pada masa sama, Bersatu berusaha menjalin kerjasama dengan parti pembangkang, termasuk dengan PKR yang mengumumkan kesediaan meneroka usaha tersebut.

Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada 16 Ogos tahun lepas selepas 15 ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan ke atasnya.

Sepanjang 17 bulan memegang jawatan, Muhyiddin menguatkuasa kawalan pergerakan paling lama bagi membendung pandemik Covid-19.

Beliau juga menguatkuasa perintah darurat yang dikritik hebat kerana menghalang Parlimen bersidang. – 16 April, 2022.

MUHHYIDIN

NAK JADI PM

SEKALI LAGI

AMIN

INI TAK SALAH

BUKAN JENAYAH

AMIN

TAPI SEBELUM

JADI PM ADA

PEKARA WAJIB

DILAKUKAN

AMIN

PERTAMA MENANG

DULU PRU15

AMIN

CARA UNTUK 

MENANG IALAH

KALAHKAN

 GEROMBOLAN

AMIN

CARA NAK 

KALAHKAN 

GEROMBOLAN 

IALAH DENGAN

UNITED FRONT

KEMAH BESAR

AMIN

TANPA 

MENDIRIKAN

UNITED FRONT

MUHYIDIN NAK

JADI  PM

HANYA KENTUT

 MASAM

KHALAS 

DALAM

KEMAH BESAR

WAJIB SEDIA

BERBESAR HATI

BERBINCANG DG

HADI MAT SABU

ANWAR TONI LOKE

SHAFIE AFDAL 

DAN DAN DAN

AMIN

MENCADANG

NAK JADI PM

TANPA BERGERAK

MENYUSUN

STRATIJI HANYA

PA CHU CHING

TAPI TAK KERAS

KAH KAH KAH

MENYANGKAL PANDANGAN PENG ANAL DAN KANG KONG

 




MENYANGKAL

PANDANGAN

PENG ANAL DAN

KANG KONG

AMIN

Jigit commented on 

"GENG PENJARA & GENG MAHKAMAH TERUS MERANCANG"

Nama pun professor kongkang. Kerjanya sudah tentu menjual analisis saja....jarang yang tepat...ada yang sipi2, banyak yang ke longkang. Yang tepat katanya PH akan kalah dalam PRU15. Yang tak betul katanya BN akan menamg besar kerana keyakinan pengundi pada parti itu sudah kembali. Pendapat ini barangkali dibisikkan oleh aruah nenek dia di bawah rumpun buloh sewaktu meminta nombor ekor.



 BN akan menang sebab gabungan pembangkang sedang berpecah belah dan mahu terus berebut kuasa sesama sendiri...mereka akan tersembam makan tanah bukannya kerana BN kembali kuat.Jika dilihat di beberapa PRN yang lalu, walaupun BN menang besar, peratusan undi yang diperolehi tidak sampai separuh pun. Itu dlm keadaan peratusan keluar mengundi yang rendah. Jika ditakdirkan beberapa pemimpin tua yang masih gila nak jadi PM dijemput ilahi dlm waktu terdekat ini, mungkin PH dapat kembali bersatu..... maka musnahlah harapan court cluster untuk terlepas dari penjara ....

SABRI 114 CALON PM

 


Namakan Ismail Sabri calon PM bukan helah, kata Ahmad Maslan

DAKWAAN Amanah yang Umno menamakan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai helah untuk mempercepatkan PRU15 adalah tidak benar, kata Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.

Beliau berkata Umno tiada helah tersembunyi, dan setiap parti berhak untuk menamakan mana-mana calon atau pemimpin mereka sebagai perdana menteri masing-masing.

“Itu adalah hak kita (untuk menamakan dia), bukan helah atau apa ke, (PRU15) bila-bila masa yang didapati sesuai oleh perdana menteri dapat diadakan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis iftar, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abd Samad baru-baru ini yang menganggap keputusan Umno itu sebagai helah bagi menggesa Ismail Sabri menyegerakan pembubaran Parlimen untuk diadakan pilihan raya.

Beliau turut menepis dakwaan sesetengah pihak yang Umno akan menamakan calon lain sebagai perdana menteri setelah menang PRU15, seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri Johor baru-baru ini yang menyaksikan pelantikan Onn Hafiz Ghazi sebagai menteri besar Johor yang baharu.

Terdahulu Ahmad mengumumkan Majlis Tertinggi (MT) Umno baru-baru ini melantik Onn Hafiz sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi manakala dua Ahli MT Umno yang lain iaitu Razali Ibrahim pula dilantik sebagai penyelaras Alumni Umno Siswa dan Siswi dan Mohd Sharkar Shamsudin sebagai penyelaras Pertubuhan Alumni Kelab-kelab Umno Luar Negara. – Bernama, 17 April, 2022.

WOIT

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

AMIN

HANYA SATU

SAJA JANGAN

LUPA

KAH KAH KAH

INGAT CARA

MEMBACA MEDIA

MALAYSIA

KAH KAH KAH

KALAU DINAFIKAN

ERTINYA BENAR

KHALAS

BOM NUKLEAR

 



Zelensky ulangi amaran tentang senjata nuklear Rusia

DUNIA harus bersedia dengan kemungkinan penggunaan senjata nuklear oleh Rusia, kata Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky kepada wartawan Sabtu, mengulangi amaran awal.

“Kita tidak sepatutnya tunggu Rusia buat keputusan untuk guna senjata nuklear,” katanya dalam wawancara dengan media Ukraine.

“Kita perlu bersedia.”

Katanya, ubat antiradiasi dan tempat perlindungan serangan udara antara yang diperlukan, dan orang Rusia boleh guna apa-apa sahaja jenis senjata.

Temu bual itu disampaikan oleh enam laman web berita Ukraine dan juga disiarkan oleh pejabat presiden Ukraine di Telegram.

Zelensky telah memberi amaran dunia perlu bimbang tentang ancaman oleh Putin, mengulangi komen pengarah CIA William Burns.

Pada Khamis Burns berkata kemunduran medan perang Rusia menimbulkan risiko yang Presiden Rusia Vladimir Putin boleh menggunakan senjata nuklear taktikal, antara lain.

Kremlin berkata ia telah meletakkan pasukan nuklear Rusia dalam keadaan berjaga-jaga sejurus selepas serangan bermula pada 24 Februari, namun Amerika Syarikat berkata ia tidak melihat sebarang tanda pergerakan nuklear yang luar biasa.

Moscow telah berkata ia akan menggunakan senjata nuklear ke atas Ukraine dalam kes “ancaman wujud” terhadap Rusia, jurucakap Kremlin Dmitry Peskov memberitahu CNN dalam wawancara baru-baru ini. – AFP, 17 April, 2022.

AMARAN 

INI BETUL

DAN TEPAT

AMIN

TETAPI TAK

LENGKAP

AMIN

TAK TUNJUK

KEPALA TAIK

YG BUAT KACAU

IALAH AMERIKA

AMIN

TERUS BEKAL

SENJATA PADA

UKRAINE

AMIN

SILAP LANGKAH

SILAP BACA

BOM NUKLEAR

AKAN MELEDAK

KHALAS


CHINA MELAYU INDIA LANGGAR ORANG TETAP SALAH TAK KIRA PUKUL BERAPA

 



CHINA INDIA

MELAYU MURUT

KADAZAN JAMBI

JAWA MINANG

JANTAN BETINA

AMOI NYONYA 

ABANG KAKAK

BAWA KERETA LAJU

LANGGAR ORANG

TETAP SALAH 

AMIN

TAK KIRA 

PUKUL BERAPA

AMIN

cikminah commented on

 "JANGAN JADIKAN

 ISU KAUM"

Bawak keta laju melebihi had memang salah kalau ikut undang-undang jalan raya, tak kira bila masa. Apa lagi kalau langgar orang. Jadi perbicaraan ini memang takda kaitan dgn rasis. Tapi, anak-anak Cina tak main basikal lajak dan duduk tengah jalan, jam 2 pagi, menyusahkan orang yg habis kerja lewat malam, nak balik rumah cepat.


 Yang tak tahu tidor dan mak bapak tak pandai kawal anak ni, cuma Melayu je. Jadi susahlah nak bandingkan, apa jadi kalau anak Cina basikal lajak dilanggar oleh Mat Som atau Kak Som yg habis shift pukul 2 pagi. Ada ke Cina Dap akan biarkan mereka lepas dpd denda undang2 jalan raya. Perbandingan ini baru racis.


BERSUNGKAI HARI KE 15

 



PUASA KE 15


PUASA HARI KE 15
HARI INI CUACA CUKUP SANTAI
REDUP NYAMAN
AHAD HUJUNG MINGGU
AGAKNYA RANCAK DAN GARANG
PERNIAGAAN
BAZAR RAMADAN

GUA SEPERTI BIASA
BERSUNGKAI 
APA YANG ADA

GUA ADA NIAT
NAK PERGI
RONDA RONDA
BAZAR RAMADAN

TAPI MACAM KATA
ABANG POLIS
DALAM  
JEMAPOH KE MANCHESTE
ANGAN ANGAN ADA
TAPI TAK PERNAH JADI CITA CITA

MACAM ADA SOSOK 
 ANGAN ANGAN
NAK PERGI HAJI
TAPI PASPPORT PUN 
TAK BUAT 
JAUH SEKALI
SIMPAN DUIT
KAH KAH KAH

SEBENARNYA GUA TAKUT
DENGAN MAT KOBID
CILAKA BETUL 
HIDUP GUA DIUBAH
OLEH MAT KOBID

GUA BERNOSTALGIA
BULAN PUASA 
TERINGAT SAMPAI KE SEREMBAN
CARI SAMBAL PETAI TEMPOYAK
OPS... PETAI MAHAL
GUA DAH LAMA
TAK BELI PETAI
KINI ULAM GUA JERING
AMIN

SELAMAT BERSUNGKAI

ITU KEPUTUSAN MAHKAMAH

 


TELAH ADA

KEPUTUSAN

MAHKAMAH

KHALAS

Yeop sepet commented on

 "JANGAN JADIKAN

 ISU KAUM"

Lu tgk TT, apsei beria2 MCA pressure mahkamah. Isnin dah dpt tarikh rayuan, sabtu dpt tau. Pejabat mahkamah tutup sabtu tp cam mane leh dpt rayuan ari sabtu,baru dpt keputusan dah dpt tarikh rayuan??? Mmg bukan kes perkauman, tp MCA jadik bnda nie perkauman guna political will utk sorg amoi yg udah langgor 8 orang mati. Lu x ok ke TT,kawtim tgh berjalan. Umno lkene kaw taw kalu idak ilang sokongan 2 org MP MCA. Nyawa budak melayu murah leh jadik tagan nak kawtim. Babi punyer umno

PANAS BAWA BANJIR

 



CUACA PANAS

BAWA BANJIR

AMIN

HANTAR NAJIB KE JIL SEKARAANG !

 



HANTAR NAJIB

KE JIL

SEKARANG !!

KHALAS

Unknown commented on

 "PENJARAKAN

 NAJIB SEKARANG !"

Saya pun nak dia masuk jel. Jika kerajaan sekarang masukkan najib dlm jel, saya akan terus sokong pada masa depan. Saya dapat melihat sebuah kerajaan yg telus dan tegas. Segala kelemahan boleh dibaiki asal kan kita tegas, telus dan tidak korup. Kepentingan negara mesti di dahulu kan dari kepentingan mana2 individu atau puak. 


Kalau tak boleh jugak, aku nak sokong nuar brahim, tak kira lah dia kaki nombor ke dia kaki putar ke. Sekurang2nya dia tak ada rekod rasuah lagi. Kalau esok kalau ada kuasa dan dia buat gila dan tangkap dan sita harta perasuah, lagi aku suka. Tapi yg ni dia belum berani janji lagi. Aku harap dia boleh janji nak buat gila pada perasuah.

PENCURI RUNDING DENGAN PENYAMUN

 




PENCURI 

RUNDING DENGAN

PENYAMUN

KHALAS

Unknown commented on

 "PUASA HARI KE 15"

Permainan politik negaraku akan berterusan, setiap hari jual beli runding akan berjalan, semua nak win win akhirnya pengundi rugi, lumrah dah kah kah biasa biasa penyamun berunding dengan pencuri sama sama untung, khazanah negara terus dikosongkan, hutang bagi kepada rakyat, senang happy ya ya kah kah

MALAPETAKA 3 TAHUN LAGI

 


MALAPETAKA

CUACA 3 TAHUN

LAGI ADALH

KENYATAAN

BANGSA BERSATU

AMIN

DOKUMEN  INI 

 DITANDA

TANGANI OLEH

 192 NEGARA 

TERMASUK

 MALAYSIA

KHALAS

panglimo potaseh commented on

 "PERLAWANAN 

AKHIR HARI KE 8"

Kaum Mayan kata dunio berakhir pado 21/12/12. TT kato 3 tahung laey dunio akan hanchor ..TaT kato dunio dah dokek na nak kiamat sobab somalam TaT tu ado nampak org mato satu morayau rayau kek belakang rumah dio ..kahkahkah ..mano satu boto ni ..kahkahkah

panglimo potaseh commented on 

"PERLAWANAN

 AKHIR HARI KE 8"

Yo ko TT dunio ni dalam maso tigo tahun lagi akan di jilat malopotako. Abih 2025 cammano ..tulah tahun yg kerajann cakap setiap isirumah kek Malaya ni akan norimo 10,000 hinggit ..makno eay dah takdo yg papo kodano. Dongki boto Sang Kapir Laknat ni, jam org Molayu nak sonang, jam tu jugak datang malopotako. Ari tu jam Molayu nak raikan Sifar B40 pado

KOTA PARIS DI KEPUNG - PERLAWANAN AKHIR

 


WARGA PERANCHIS

BANGUN DENGAN

AKSI AMAN

AMIN

BERSAMA

SELAMATKAN DUNIA

DARI

MALAPETAKA CUACA

KHALAS

DOKTOR BANGANG

 



Pengkaji masih sangsi potensi ganja perubatan

USAHA untuk membenarkan kanabis perubatan sudahpun digerakkan di Parlimen namun pengkaji masih sangsi dengan potensinya untuk merawat masalah psikiatri.

Walaupun kanabis digunakan di sesetengah negara sebagai rawatan alternatif untuk menangani kemurungan tetapi kajian menyeluruh mengenainya masih belum wujud, kata penyelidik ini.

Seorang pengkaji neurosains Prof Madya Dr Mohamad Aris Mohd Moklas mengulas potensi bahan tersebut dalam rawatan psikiatri seperti bipolar, yang didakwa kumpulan dan individu tertentu.

Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) itu memberitahu The Malaysian Insight, rawatan untuk menangani keadaan seperti bipolar pada masa ini dijalankan dengan ubat khas di hospital.


“Di luar negara, individu yang mengambil kanabis sebagai rawatan alternatif untuk mengatasi rawatan bipolar, cuma tiada data konklusif bahawa kanabis boleh kurangkan kesan sampingan bipolar.

“Setakat ini tiada kesimpulan yang kukuh, cuma ada individu ambil kanabis,

“Kanabis dipercayai boleh kurangkan perasaan gemuruh, mungkin diambil kurangkan simptom kemurungan,” katanya.

Isu tersebut menjadi perdebatan hangat semula selepas penyanyi dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman, yang kini berdepan tali gantung, mendakwa menggunakannya untuk merawat bipolar.

Pada 2009, Yasin mendedahkan beliau menderita gangguan bipolar kronik dan pernah menjalani rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2019 menunjukkan hampir setengah juta penduduk negara ini menghidap masalah kemurungan. – Gambar AFP, 17 April, 2022.
Statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2019 menunjukkan hampir setengah juta penduduk negara ini menghidap masalah kemurungan. – Gambar AFP, 17 April, 2022.
Rawatan psikiatri itu merupakan antara usaha pembelaannya bagi menghadapi tuduhan mengikut Akta Dadah Berbahaya.

Yasin merupakan antara statistik pesakit mental yang semakin meningkat dalam negara ekoran pandemik Covid-19 yang menjejaskan hidup dan sumber pendapatan ramai rakyat.

Statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2019 menunjukkan hampir setengah juta penduduk negara ini menghidap masalah kemurungan.

Statistik itu juga merangkumi 2.3% rakyat negara ini berusia 16 tahun ke atas mengalami kesihatan mental.

Sepanjang dua tahun tempoh pandemik pula, masalah kesihatan mental rakyat didapati semakin parah apabila statistik bunuh diri menunjukkan trend peningkatan.

Statistik polis menunjukkan pada tahun 2020 sahaja, 631 kes direkodkan, berbanding 2019 iaitu sebanyak 609 kes. Ia turut mendapati sehingga Mac 2021, 336 kes bunuh diri direkodkan.

Setiap pesakit rawatan berbeza

Mengulas lanjut mengenai potensi ganja untuk merawat gangguan bipolar, Dr Mohamad Aris berkata penggunaan kanabis tanpa kawalan akan mengakibatkan risiko ketagihan kepada pesakit.

“Bipolar tak sama antara individu jadi dari segi rawatan, pakar yang tahu rawatan terbaik. Kadang-kadang kalau ambil kanabis tanpa kawalan boleh jadi semakin teruk.

“Penggunaan kanabis boleh kurangkan kesakitan tapi bila penggunaan tak dikawal akan sebabkan ketagihannya, itu akan sebabkan benda lain.

“Apa-apa ubat kalau disalah guna akan beri kesan negatif, simptom ketagihan. Tengok tahap keseriusan kesakitan juga,” katanya.

Namun berbeza dengan keadaan di luar negara, kajian mengenai penggunaan kanabis di Malaysia masih di peringkat uji kaji haiwan dan belum lagi dijalankan ke atas manusia.

Oleh itu Malaysia pada waktu ini belum lagi bersedia untuk menggunakan ganja bagi perubatan, kata Dr Mohamad Aris yang menentang keras penggunaan ganja untuk tujuan rekreasi.

“Data perubatan yang ada sangat sikit. Cuma, negara yang benarkan penggunaan kanabis menggunakannya untuk kurangkan rasa gemuruh pesakit.

“Tetapi di luar negara ada konsep (menggunakan) amaun sedikit dan tak beri kesan teruk.

“Tetapi kalau siapa yang ambil salah guna banyak kesan sampingan, saya tak setuju untuk rekreasi. Kalau perubatan saya setuju, tetapi mungkin kita tak sedia lagi,” tambahnya.

Promosi kanabis perubatan di Malaysia

Usaha mempromosi penggunaan kanabis untuk rawatan penyakit mental pada waktu ini antara lain digerakkan Malaysia Society of Awareness, (Masa) yang ditubuhkan pada 2019.

Naib Pengerusinya Harish Kumar Thanabalan berkata, mereka menemui beberapa kementerian dan agensi kerajaan untuk menjelaskan kertas kerja menteri mengenai kanabis dan perubatan mental.

“Objektif Masa adalah merawat pesakit mental dengan kanabis, jadi inilah caranya.

“Kita buat program atas talian bagi pesakit mental dan beberapa program lain untuk menjana sokongan umum dan dana,” katanya, kepada The Malaysian Insight.

Masa antara lain sudah menemui Dr Mahathir Mohamad sewaktu ahli Parlimen Langkawi itu masih menjadi perdana menteri pentadbiran Pakatan Harapan pada 2018.

“Masa sudah memberi kertas kerja kepada kementerian pada 2018, saya juga dah jumpa beberapa orang yang sakit.

“Saya akan bantu Yasin, saya akan bawa ke depan dengan cara saya dan Masa akan ke depan dengan isu kanabis untuk kesihatan mental selaras dengan penubuhan NGO itu,” kata Harish.

Usaha itu disambut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada 6 April yang mengakui kajian klinikal terhadap penggunaan ganja dalam perubatan boleh dilakukan.

Namun ahli Parlimen Rembau itu berkata, setiap dasar perlu berasaskan bukti dan setakat ini belum ada kajian klinikal yang lengkap diterima Kementerian Kesihatan (KKM).

Ia membawa kepada pembentukan Kaukus Medical Cannabis yang berjaya mengadakan pertemuan sulung dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada 12 April.

Usaha itu bagi membincangkan isu-isu dasar berkaitan industri hem, ganja untuk tujuan perubatan dan ketum untuk kegunaan di Malaysia.

Kaukus berkenaan mendapati industri kanabis dan ketum giat yang dianggarkan bernilai RM60 bilion giat dibangunkan banyak negara dan kanabis perubatan dibenarkan di lebih 40 buah negara.

Kaukus Medical Cannabis jalinan kerjasama dwipartisan antara ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang dan dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ia antara lain dianggotai Azalina Othman Said (Pengerang), Khalid Abd Samad (Shah Alam), Xavier Jayakumar (Kuala Langat), Ignatius Darell Leiking (Penampang), Dr Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching) dan Dr Azman Ismail (Kuala Kedah). – 17 April, 2022.

WOIT

BANGANG

KENAPA IKUT

CAKAP PFIZER

CAKAP ASTRA

CAKAP SINOVEC

AMIN

KENAPA TAK

BUAT KAJIAN

TENTANG VAKSIN

 KALAU

BIJAK SANGAT

KAH KAH KAH

PASAL APA GANJA

SPESIAL 

PERLU BUAT

KAJIAN SENDIRI

TAK IKUT PAKAI

KAJIAN YANG

MELAMBAK DARI

LUAR NEGARA

AMIN

NAK TUNJUK

PANDAI ATAU

NAK TUNJUK

BODOH

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS