Rabu, 10 Mac 2021

BIK MAMA SAMPAI KE PETANI

 



BIK MAMA

SAMAPI KE KE PETANI 

TINDAKAN ADIL TERHADAP LARRY SNG


INI TINDAKAN

ADIL

AMIN

JANGAN CUBA

LARRY  SNG

KAH KAH KAH



Langgar motosikal, pemandu lori cedera dipukul

SEORANG pemandu lori mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka dan badan akibat dipukul orang awam selepas lori yang dipandunya melanggar seorang penunggang motosikal di Jalan Perak Kanan, Kampung Bukit Changgang, Kuala Langat petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Supt Azman Shariat berkata lelaki berusia 53 tahun itu dipukul ketika cuba melarikan diri dalam kejadian pukul 5.50 petang itu.

Beliau berkata lelaki berkenaan dipercayai cuba melarikan diri selepas melanggar seorang penunggang motosikal berusia 21 tahun yang bergerak dari arah Jalan Banting-Dengkil menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


WOIT

INGAT TAK

KAH KAH KAH

DINO ANAK

RAS YATIM

KAH KAH KAH

ENTOT ENTOT

LARRRY SNG

KAH KAH KAH

JAMALUDIN JARJIS

RABA RABA

LARRY SNG

KAH KAH KAH

HAMPEH MAMPEH

KHALAS



NAMA YANG LAIN MACAM MANA ?

 


ALLAH ADA

99 NAMA

AMIN

NAMA YANG LAIN

MACAM MANA?

KAH KAH KAH

Mahkamah benar 

guna kalimah 'Allah' 

dalam amalan Kristian

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur dalam keputusan pentingnya memutuskan seorang Bumiputera beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill dari Sarawak dibenarkan menggunakan kalimah “Allah” ketika mempraktikkan agamanya.

Hakim Nor Bee Ariffin juga berkata arahan Kementerian Dalam Negeri pada 1986 yang melarang penggunaan perkataan bermaksud “Tuhan” dan juga perkataan lain, adalah menyalahi undang-undang dan tidak mengikut Perlembagaan.

Hakim ketika menyampaikan keputusannya hari ini berkata Ireland dilucutkan haknya untuk mempraktikkan agamanya.

“Saya tidak setuju dengan hujah kerajaan bahawa pengiktirafan yang ingin diperoleh adalah pramatang.

“Hak beliau dirampas dan tiada jaminan ia tidak akan berlaku lagi.

“Ini akan menghilangkan rasa takut dan ketidakpastiannya,” kata Nor Bee.

Dalam saman yang difailkan pada 2008, Ireland meminta pengiystiharan rasmi atas hak perlembagaannya untuk mengamalkan agama dan tiada diskriminasi di bawah Artikel 11 dan 8 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau memfailkan samannya selepas lapan CD bahan pendidikan Kristian yang mengandungi kalimah “Allah” dirampas daripadanya di klia2 selepas kembali dari Indonesia.

Nor Bee hari ini berkata KDN “melampaui kekuasaannya” dengan arahan pada 1986 yang melarang kalimah “Allah” dengan alasan ia ancaman terhadap ketenteraman awam.

“Tiada kuasa mampu menyekat kebebasan beragama di bawah Artikel 11. Kebebasan beragama sepenuhnya dilindungi walaupun pada waktu mengancam ketenteraman awam.

“Tiada kuasa dapat merampas hak seseorang untuk mempraktikkan agamanya. Larangan itu tidak bertepatan dengan Artikel 11,” katanya.

Berhubung lapan CD milik Ireland, hakim menambah bahan itu memang bertujuan untuk pendidikan agama kerana tiada bukti yang bertentangan.

“Hak untuk menganut dan mempraktikkan agama seseorang mesti merangkumi bahan agama.” – 10 Mac, 2021.

MALIK HUSIN

RAHMAN KOYA

RAHIM ALI

LATIF BORGIBA

KHALID JAAFAR 

JALIL ISHAK

HILANG NAMA

ATAU TIDAK

KAH KAH KAH

SAJE TANYA

 KAH KAH KAH

NI SEMUA NAMA

ALLAH

KHALAS



LAWATAN MUHYIDIN PASTI BERJAYA

 



WOIT

PASTI BERJAYA

KAH KAH KAH

MUSTAHIL GAGAL

KAH KAH KAH

DARI 

ZAMAN TUNGKU

LAGI TIAP TIAP

LAWATAN

KE LUAR NEGARA

PASTI AKAN

 BERJAYA

KAH  KAH KAH

Lawatan ke Arab Saudi sangat berjaya – PM Muhyiddin

RIYADH – Perdana Menteri  Muhyiddin Yassin menyifatkan lawatan rasmi empat hari ke Arab Saudi sebagai sangat berjaya.

“Ia sangat berjaya,” kata beliau semasa mengakhiri lawatan pada Selasa (Rabu di Malaysia).

TAK PERNAH

TERJADI

DALAM SEJARAH

LAWATAN PM

GAGAL

KAH KAH KAH

KALAU 

TAK BERJAYA

APA NANTI  KATA

MAK CIK FELDA

KAH KAH KAH

BAHAYA 

NANTI

MAK CIK FELDA

KATA

ABAH BUAT UMRAH

FREE

KAH KAH KAH

KALAU TAK BERJAYA

APA RTM

 NAK LAPOR 

KAH KAH KAH




DULU BUAYA KATA UMNO KAPIR

 



DULU BUAYA

KATA UMNO

KAPIR

Unknown commented on

 "DOA TAK JADI APA APA"

Sendiri mengkafir umno sendiri juga bergabung dengan amno dalam kerajaan PN.Betullah kata Musa Hitam, janji masok bukan janji bertindak sebagaimana tuntutan prinsip sendiri.Dulu kafirkan umno dan sekarang bergabung dengan puak yang dikafirkan.


Mana sudah ruu hudud,mana keadilan adib mana sudah lojik duit masok akaun sendiri.Kalau pintar jangan bodohkan orang dan kalau bodoh jangan jadi tunggangan orang lain. kahkahakhah

NAK TANYA SAPA ?

 



INI SUSAH

NAK TANYA SAPA?

AMIN

Mahkamah benar guna kalimah 'Allah' dalam amalan Kristian



WAKIL PUTAR

ALAM

KAH KAH KAH

APA KE[UTUSAN PDRM TENTANG ANNUAR MUSA ?

 


APA KEPUTUSAN

SISATAN PDRM

TENTANG

 ANNUAR  MUSA

hamim commented on 

"DATUK SERI MANA ?"

TT, kesah Tan Sri pun senyap, mula mula berjalan bertiga....senyap, lepas tu duduk makan lebih dari dua orang satu meja, Tan Sri tu kata duduk sebentar, duduk sebentar ni jika duduk lepas tu terus bangun, itu boleh di kira sebentar, 


tapi dalam gambar tu nampak dia duduk dan tangan kanan nya mengambil atau memegang makanan seolah olah dia sedang makan...itu bukan sebentar itu langar SOP...betul tak??? TT ada gambar yang jelas berkaitan Tan Sri langgar SOP tu tak? Jika ada tolong tunjukkan biar orang ramai tahu apa salah yang dilakukannya..

MENGKAGUMI ABAM

 



MENGKAGUMI

 ABAM

Unknown commented on 

"BERHIJRAH KE FINLAND"

Aku kagum tingkah laku Abam main sailang. macam tak sedar dia dah tunjuk semua kad kepada pemain lain dan masih anggap sendiri pasti menang, sementara semua orang tahu kad-kad dia memang lemah. Bukan saja tak cerdik, tak berakal. Tak faham juga mengapa orang PH masih percaya Abam akan menang.

ABAH KAU BUEK APO ?

 


ABAH KAU 

BUEK APO?

INSAF RESTORAN MAMAK DI JALAN TAR

 



INSAF RESTORAN

MAMAK

 DI JALAN TAR

Unknown commented on 

"PENGHASUT TERPENDAM -

 GUGUR DENGAN HATI SUCI"

false flag..? campur tangan asing.. ? penghasut ? ko dah insaf ke tt ?

Awaiting moderation

panglimo potaseh commented on 

"PENGHASUT TERPENDAM -

 GUGUR DENGAN HATI SUCI"

Lain mcm demonstran Myanmar ni rani mati. Dulu geng2 TT takat jerit repomasi je ..apo makno repomasi den pun tak tau. Las2 yang bawak monang repomasi Kutti Kerala jugak .

MAIN MAIN SABUN

 


MAIN MAIN

SABUN

Unknown commented on 

"SIAPA DIA 

JOHNSON BIN JOHNSON INI ?"

Kemarin, waey ckp kito kono korap sabun tangan bagi tanga kuman kek kulit, nie jam, aden ingat dio suruh cucuk sabun la bagi hilang kobit dlm darah.

TANYA JANGAN TAK TANYA

 



TANYO JANGAN

TAK TANYO

Panglimo potaseh commented on 

"MELAYU WAJIB 

MULA BERTANYA"

Melayu wajib tanye ..gimana anak2 Kutti Kerala boley jadi biliyunwan ..kalau lah Mappadulong, Laki Najib, Zahid Totok, Teikiu Nan, Isa Xinxier TOLOPEH .. APO NAK DI KATO.

MENYOROK DALAM HUTAN RUMBIA

 


MENYOROK DALAM

HUTAN RUMBIA

NIPPON GO - HUTAN RUMBIA




NIPPON GO  

HUTAN RUMBIA


Miyo!
Tokai ro tokai no sura akete
Kyukujitsu tokaku kagayake ba
Tenchi no seiki hatsuratu su
Kibo wa odoru oyamashima

Aku pernah mendengar lagu Jepun ini dari  mulut Cik Gu Zaleha Sidek.  

‘ Lagu ni cik gu  sojar Jepun ajar Mak .. dia ajar sampai dapat... lepas itu Mak ajar semua murid di Sekolah Tengkek... kita beratur waktu pagi... ni lagu kami... lagu  Kimi Ga Yo pun ada...donga dan ikut...’

‘ Kimigayo ni lagu apa Mak ?

‘ Itu lagu Rajo Jopun... “ Emak aku memberi penerangan tentang pengalaman  ketika belajar  bahasa Jepun.  

Ketika Jepun berkuasa Sekolah Tengkek masih dibuka. Emak  aku salah seorang guru yang setia kepada  Guru Besar Cik Gu Bador.  Guru Besar ini bernikah dengan sepupu Mak aku.

 Mengikut emak aku bahasa Jepun diwajibkan untuk semua murid.  Jadi seorang soldadu Jepun khas yang  berkhemah di Sekolah Tengkek telah mengajar Mak aku bahasa Jepun. 

Ketika Emak aku  mengeluarkan surah ini aku belum masuk sekolah lagi. Malah seingat-ingat aku dari awal lagi   aku selalu mendengar cerita-cerita zaman Jepun dari sana dari sini.  Setiap keluarga di kampung aku ada saja  kesah mereka dengan Jepun.  

Malah aku rasa setiap keluarga di Tanah Melayu  termasuk  di Sabah, Sarawak dan Berunai mesti ada cerita Jepun.

Kesah yang amat menggerunkan   ialah perangai askar  Jepun  yang suka memancung kepala orang kampung.  Dari ceritanya pedang Jepun ini amat tajam.  Tok Wan aku bercerita tentang  pedang Jepun ini lebih tajam dari parang panjang Tok Empat Hitam  Bapak saudara aku. 

‘ Tajam.. memang  tajam... sekali pancung putus... batang pisang...’  Tok Wan aku  memperkuatkan hujah.

Kesah kepala kena pancung oleh Jepun ini adalah kesah atas  kesah,  dengar atas dengar  dari surah bertali temali tentang kepala si anu  dan si anu kena pancung oleh askar Jepun.

‘ Tak tunduk pada Jopon  kona pelompang....kalau dogil.. kona pancung kepala...’ Tok Wan aku  mengsahehkan surah keganasan soldadu Jepun. Bayangkan betapa takutnya anak berumur empat tahu bila mendengar surah ini.

Sebenarnya ketika aku  dibesarkan di Kampung Tengah, di Tapak   dan kemudian di Jelebu  tidak penah pun aku melihat sosok orang  Jepun. Aku hanya mendengar surah dan riwayat Jepun.  Seingat aku   muka Jepun hidup  yang pertama kali  aku dapat  lihat mungkin selepas tahun 1971 apabila  aku telah masuk ke Universiti Malaya dan tinggal di Kuala Lumpur. 

Di Jelebu tak ada Jepun.  Yang ada hanya Pokok Jepun.  Tak tahu kenapa orang kampung aku panggil tumbuhan  ini Pokok Jepun. Nama  betul ini   Pokok Selaput Tunggul.

Hakikatnya ketika aku  membesar  surah Jepun memang amat selalu aku dengar di rumah. Surah dan ayat-ayat Jepun  akan muncul  ketika kami sedang duduk bersila atas tikar mengkuang untuk makan tengah hari atau makan  malam. 

Aku yang agak gelojoh ketika mengambil nasi akan menjemput surah zaman Jepun keluar. Tangan aku yang gelojoh akan menjadikan nasi bertaburan keluar dari senduk.

‘ Laaa... kau tak ingat musim Jopun... souleh  nasi ni  susah  nak cari... ‘ Tok Wan aku akan memberi ingatan  bila  nasi aku tertumpah tak masuk ke pinggan. Ingatan ini telah berbelas-belas kali aku dengar. 

‘ Ekao tak raso laiii ... macam mano makan ubi... “  Tok Wan aku menambah lagi. 

Kesah zaman Jepun makan ubi kayu ini juga  menjadi kesah klasik yang sering aku dengar. Malah hingga ke hari ini bila sahaja aku melihat ubi kayu dalam apa bentuk pun  aku akan teringat surah dan ayat-ayat musim Jepun. Aku akan tergambar wajah Tok Wan aku mengingatkan aku agar berhati-hati apabila  mengambil nasi dari priok.

‘ Mak ... macam mana makan nasi dengan ubi kayu..’ Aku bertanya dengan jujur.  Hishamuddin Rais memerlukan pencerahan.

Keluarga kami  ada menanam ubi kayu di belakang rumah. Emak aku selalu  merebus ubi untuk dimakan bersama kelapa kukur dengan gula pasir atau gula kabung.  Rebus ubi hanya untuk sarapan pagi. Atau buat pengat, kuih talam ubi atau lepat ubi.

‘ Makanlaaa... macam makan nasi... nasi tak ada...ganti ubi.. kalau takda ubi ada keledek.... kalaju tidak pisang...’ Penerangan dari Emak aku.

‘ Makan dengan apa?’  Aku bertambah ingin tahu.

‘ Gulai  ikan makan dengan ubi. Gulai ayam makan dengan ubi. Gulai telor makan dengan ubi... ubi  rebus ni jadi ganti nasi... ‘ Penerangan Cik Gu Zaleha Sidek kepada  anaknya Hishamuddin    Rais yang terus ingin  mengorek kesah makan ubi di zaman Jepun.

‘ Mak masak gulai ayam dengan  kunyit santan kelapa...goreng pucuk paku... ulam potai.... tapi nasi tak ado... ubi ganti nasi...’

‘ Sodap ko Mak ? Aku mencelah. Dalam kepala aku apakah rasanya makan gulai ayam masak lemak cili api  dengan ubi kayu.

‘ Apo pulak tak sodap... gulai ayam... sodap laaa...’

‘ Pasal apa tak da nasi...’  Satu soalan dari aku yang membuka sejarah di Kampung Tengah.

‘ Bila Jepun mula sampai.. kita ada beras... kita ada nasi.. tapi bila askar Jepun masuk kampung askar   rampas  padi... padi tak jadi... semua padi dikumpulkan di Sekolah Tengkek... ini untuk makanan askar Jepun... ayam itik .. telor semua  askar  ambil...’ Emak aku  memberi penerangan.

‘ Padi tak jadi ... macam mana? Aku masih beluam puas  hati.

‘ Padi tak jadi...air tak ada...?

Jawapan emak aku – padi tak jadi   - ini agak menghairan kan aku.  Kenapa bila Jepun masuk Kampung Tengkek tertiba air Batang Muar kering. 

Bila aku  dah belajar  tinggi baru aku faham kenapa ketika Jepun datang padi tak jadi.   Air Batang Muar tidak kering. Hujan sampai seperti biasa. Yang  menjadikan padi tak jadi bukan  cuaca  tapi Jepun sendiri.

Perang bukan saja meruntuh bangunan, membakar kereta meriam atau menembak mati musuh. Perang membawa bahaya yang lebih dalam, lebih luas  dan lebih lama.  Bahaya  ini tidak  dapat dilihat.  Bahaya kebuluran. Bahaya putus makanan.

Kesampaian Jepun ke Kampung Tengah mengoyak rabak kan susunan  masyarakat kampung yang telah terbina  beratus tahun.

Untuk pelajar penulisan kreatif atau pelajar filem  -  Jepun ini adalah pengganggu – disruptor. Dalam satu penceritaan kreatif  wajib ada pengganggu untuk   menjemput wira datang membantu. Jepun adalah biduk yang lalu di atas kiambang yang tersusun indah di kampung Melayu. 

Keganasan soldadu Jepun yang didengar ini ada ciri ciri pengganggu. Dari mulut ke  mulut cerita dan kesah  keganasan Jepun pasti bertokok tambah.  Kena tempeleng dan kena pancung ini menakutkan semua  orang.

Tidak cukup dengan ini didengari juga kesah bagaimana Jepun telah memaksa orang kampung minum air sabun. Minum air sabun ini dijadikan senjata untuk menyeksa orang kampung.

Apa yang berlaku ialah kehadiran Jepun membunuh sifat gotong royong Kampung Tengah.  Struktur kampung Melayu tradisional  punah. Jepun tidak menghormati adat lembaga.  Jepun tidak mengenal siapa Datuk dan Buapak.  Inilah makna   apabila ayat – tak tahu adat  - yang selalu aku dengar.   Jepun memang tak tahu adat. Jauh sekali mengenal Adat Perpatih yang menjadi tiang seri Kampung Tengah.

Justeru Datuk Empat tidak dapat memanggil orang kampung untuk berseraya  membersihkan  tali air. Empangan di sungai  yang rosak tidak ada  tenaga gotong royong untuk membaiki semula.

Setiap tahun selepas  menuai  setiap keluarga akan  menyimpan   padi untuk di makan dalam kepok. Ada beberapa gemal padi yang terpilih – padi biasa dan padi pulut – terutama padi pulut hitam – yang terpilih. Gemal padi  terpilih ini  akan  diasingkan  untuk dijadikan benih  musim depan. 
Jepun bukan sahaja merampas  padi dalam kepok. Benih padi pun dirampas sama. Hasilnya orang  kampung kehilangan padi dan benih padi.

‘Sekolah Tengkek tu... jadi kepok padi Jepun...   tiap malam akan ada orang kampung diarahkan jadi  pengawal kepok padi ini...’

‘ Mak mengajar di mana?’

‘ Sekolah jadi kecil...Askar Jepun ada  lima enam orang duduk di sekolah...ada khemah di kawasan sekolah kadang kadang askar ni semua pulang ke Pilah...naik basikal....’

Mak aku bercerita bagaimana orang kampung telah  dipanggil oleh Jepun.  Semua datang kerana takut. Jepun datang minta  padi di bawa ke sekolah. Kemudian orang  kampung dipaksa   mengawal simpanan padi Jepun.

Siapa dilihat telah dewasa dan berbadan tegap dipaksa oleh Jepun untuk menjadi pengawal kepok padi Jepun. Atau membawa padi ke sekolah.

‘ Abah kau pun dipanggil Jepun... kena  jaga  kepok padi Jepun... seminggu  sekali  berkawal...Abah kau  jadi pengawal padi Jepun...’

‘ Sapa nak lawan Jepun Mak? Aku bertanya.

‘ Mak dongar Chino Bintang Tigo...’  Mak aku memberi  penjelasan yang pada ketika itu aku tidak faham apa ertinya Bintang Tiga dan siapa pula yang berani melawan Jepun

‘ Susah masa tu... ayam itik ada .... garam ... garam susah nak dapat... kedai tak da... Padang Lebar tak ada barang apa apa...’ 

‘ Garam tak da?’  Aku menjadi hairan. Perkara yang  paling murah dan paling banyak di sekeliling kita hari rupa rupanya amat susah untuk didapati di Kampung Tengah di zaman  Jepun. . 

‘  Garam laut tak ada... orang kampung cari garam bukit... tapi bukan senang nak dapat... kalau  rumah kita di Melaka.... senang dapat garam.... masak air laut  hingga kering jadi garam.... gula tak susah .. ada gula enau .. ada gula kabung...’

Emak aku membuka surah sedih tentang  satu kematian  di  Kampung Majau. Keluarga  ini amat miskin. Mayat  yang meninggal dunia dibungkus dengan tikar mengkuang. Tidak ada kain kapan.

‘ Tak da kain ke?  Aku  dengan hairan  bertanya.

‘ Kain baju kita pakai apa yang  ada... Hari Raya ke... pakai yang satu saja ... kalau ada tiga helai  baju .. itu dah kayo...sekarang dah banyak... dulu tak ada...’ Emak aku menerangkan. 

‘ Ada  orang kampung yang tak ada kain ... pakai kulit kayu... Mak tak nampak ... ini Mak dengar ...’

Ketika aku mendengar kesah tak ada kain kapan untuk pengkebumian ianya agak memeranjatkan aku. Ketika aku mendengar surah itu aku sebenarnya  hanya mengumpul hadis. Aku belum ada keupayaan untuk mentafsir hadis -hadis yang telah aku dengar.

Tapi bukan semuanya  cerita  sedih dan menakutkan  tentang Jepun yang aku dengar dari Emak aku.

Emak dan Abah aku selalu membuka cerita tentang Karim. Berulang ulang kali aku dengar kesah ini. Si Karim ini  murid    Emak aku. Murid datang ke sekolah kerana di suruh oleh Mak Bapak.  Mak Bapak takut kalau anak tak dihantar ke sekolah askar Jepun akan marah.

Satu pagi  Udin kawan  Karim telah datang bertemu Emak aku.

‘ Si kuku si kuru.... si karin tak sekorah ... si karin deremam...’  Udin memberi laporan kepada  Emak aku.

Emak aku akan mengulangi lagi ayat - si kuru si kuru... si karin  tak sekorah...di hadapan  kami adik beradik. Kemudian  Emak dan Abah aku akan ketawa. Ini nostalgia komidi  mengingati kembali zaman Jepun mereka.


Tapi ketika itu aku tak dapat memahami apa yang menggelikan hati mereka. Emak aku terpaksa menerangkan  kenapa babak ini membawa ketawa.

 ‘ Si Udin ini.. belum boleh  bercakap bahasa Jepun ..dia nak  beri  tahu Mak tentang Karim yang demam tak dapat datang ke sekolah...... Udin  takut tak pandai cakap Jepun...dia takut askar Jepun dengar.... dia  cakap Melayu guna lorat Jepun... bunyinya saperti  bahasa Jepun... si kuru si kuru si karin tak sekorah......’ Emak dan Abah aku akan kembali ketawa. Kami –  Kakak aku, Abang aku dan aku ikut ketawa merayakan nostalgia Emak dan Abah kami.

Setahun salepas Jepun masuk ke Tanah Melayu Kakak aku Khamsiah Rais lahir pada 29/9/42.  Ini anak kelahiran ketiga. Dua orang Kakak aku lahir sebelum Jepun sampai.  Mereka meninggal ketika dilahirkan.

Ketika ini Abah aku bekerja kampung. Bercucuk tanam  - berkebun sayur , menternak ayam itik untuk menyara kehidupan.  Jepun membayar gaji Cik Gu degan duit cap batang pisang. Duit ini tidak ada nilai. Malah kalau ada pun duit tidak dapat  membeli apa apa di Kampung Tengah.

Seminggu sekali Ayah aku akan pergi ke Sekolah Tengkek untuk mengawal  harta rampasan Jepun.  Sehari suntuk Abah aku  bertugas untuk  Jepun. Ini buruh paksa tidak ada bayaran.

Jepun telah sampai  ke  Kampung Tengah lebih dari setahun.  Desas desus telah mula kedengaran bahawa ada kumpulan  China yang mula melawan Jepun.

Dari surah yang aku terima askar Jepun ini memilih-milih.  Askar Jepun agak kurang  ganas memancung kepala  orang Melayu. Tapi bila nampak  sahaja orang  China  Jepun akan menangkap mereka.

Pernah satu petang  ketika dalam darjah tiga. Aku    mendengar perbualan dalam kedai kopi tentang pengalaman ‘ orang lama-lama’  di musim Jepun.

‘ Cino Bintang Tigo.. kek Titi kono tangkap...Jopon bawak ke pejabat Kempetai.... mampuih   minum air sabun....  bagi minum lopes tu dipijak porot... keluar muntah...’  Ujang  dengan berani membuka cerita  ini kerana  ketika Jepun berada di Tanah Melayu dia anak muda.

‘ Jopun ni memnag bonci pado Cino ... dah lamo porang.. di Titi ..Jopun  bunuh Cino... kek Titi... mulo mulo Cino ini di pakso buek lubang kemudian ... pancung kepala... lubang kubo buek sendiri...bukan sorang dua .. ramai...’  Aku melopong mendengar hadis saheh dari Ujang.

Permusuhan antara Jepun dengan China di Tanah Besar telah merebak hingga  ke Tanah Melayu.  Permusuhan 
lama ini cukup jelas dari cara Jepun membasmi orang China di Tanah Melayu.

‘ Jopun ni.... dah lamo beporang dongan  Cino....’ Ujang menyampaikan maklumat kepada kami yang sedang duduk-duduk di kedai kopi  Raja Suman di Batu Serambai Ulu Klawang Jelebu. Ketika itu Emak aku dah menjadi guru di situ.

Masuk tahun ke dua Jepun di Tanah Melayu suasana semakin tegang.  Di Kampung Tengah Jepun terus berkawal menjaga padi rampasan. Padi dan ayam itik ini menjadi  sumber  makanan untuk soldadu di tempat lain.

‘ Orang kampung makin takut... Mak dengar Jepun  mula mengambil anak dara dan budak perempuan...’ Mak aku menambah cerita.

‘ Kak Ngah kau   kocik laaai... tapi kami rasa tak selamat kerana dia perempuan...’

‘ Tu... Mak buat apa dengan Kak Ngah..’

‘ Abah kau buat rumah pundung  dalam hutan  paya rumbia  tengah sawah...siang menyorok di situ..’ Emak aku memberi pencerahan.

‘ Lamo ko... dalam hutan tu...? Aku  bertanya  penuh debaran.

‘ Sampai Jopun kalah... siang disana... malam kek rumah.. menyorok bila ramai Jepun ada di sekolah... Wan kau bawak Kak Ngah kau masuk payo....’ 

Kesah hutan rumbia ini terus  melekat dalam ingatan aku.  Setiap kali aku melintasi hutan rumbia ini aku tergambarkan pondok kecil di mana  Kak Ngah aku dijagai  oleh Tok Wan.

Aku tidak tahu bagaimana rupa bentuk pondok ini kerana apabila aku membesar hutan rumbia ini semakin meliar. Bila aku melintasi hutan rumbia ini aku amat yakin bahawa soldadu Jepun tidak akan terfikir ada pondok ditengah paya rumbia ini.

Emak aku bersurah dengan muka sedih  mengingatkan kembali kesah membesarkan anak pertama dalam zaman Jepun.  Aku pula gembira kerana aku anggap Abah aku bijak dapat mencari  jalan keluar  dari kezaliman Jepun.

Setiap kali aku menuntun filem Perang Dunia Kedua jika ada babak melarikan diri dari soldadu Hitler maka aku akan menggambarkan  hutan rumbia di tengah sawah di kampung tanah pusaka aku. Hutan rumbia  sebagai tempat menyorok yang selamat untuk melarikan diri dari kezaliman  kuasa yang memerintah.

Cerita-cerita ini  mendidik aku hingga aku mendewasa. Akhirnya  aku sendiri alami apabila aku  memiliki pencerahan dan kesedaran untuk bangun melawan kezaliman  pemerintah. Aku juga menyorok dan menghilangkan diri untuk menyelamatkan diri. (TT)


TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL 
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2021/03/10/kisah-hutan-rumbia-nippon-go/






























TUAN HAJI JANGAN PUTAR

 


TAK BAHAYA

TUAN HAJI

JANGAN PUTAR

KAH KAH KAH

SEMENJAK BUAYA

 MAKAN

BANGKAI  

TUAN HAJI

SEMAKIN BIJAK 

KAKI PUTAR

KAH KAH KAH

MUSTAHIL 

TAK BAHAYA

KAH KAH KAH



Tompokan hitam di Sungai Kim Kim bukan sisa kimia, kata Tuan Ibrahim

TOMPOKAN hitam yang didakwa mencemari Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, dekat Johor Bahru baru-baru ini, dikenal pasti sebagai sisa bahan buangan tidak berbahaya, yang dilepaskan menerusi pelbagai aktiviti kilang berhampiran. 

TUAN HAJI

KALAU BUKAN KIMIA

APAKAH INI

AIR MANI NEGRO

KAH KAH KAH

ATAU INI

COLI HITAM

KAH KAH KAH