Ahad, 30 Oktober 2022

BELAJAR DARI KAKAK INI

 


BELAJAR DARI

KAKAK INI

AMIN

KHALAS

MI MEK NO POLOMIS !!!

 



Jangan keliru janji parti lawan, kata Ismail Sabri

PERDANA Menteri sementara Ismail Sabri Yaakob berharap pengundi tidak keliru dengan pelbagai janji parti lawan dalam manifesto yang akan diumum menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) .

Naib Presiden UMNO itu berkata sememangnya setiap kali pilihan raya, parti-parti yang bertanding akan menjanjikan pelbagai perkara hanya untuk meraih undi.

“Sekarang ini janji baharu, perdana menteri tak payah ambil gaji. Orang kampung bukan nak dengar ambil gaji ke tak ambil gaji. Orang kampung nak dengar apa yang boleh kerajaan buat untuk kepentingan orang kampung, bukan soal dia ada gaji atau tak ada gaji,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pekebun Kecil Makmur Keluarga Malaysia anjuran Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di Bera hari ini.

Sebaliknya, Ismail Sabri berkata apa yang dijanjikan kerajaan dalam Bajet 2023 dikaji sedalam-dalamnya berdasarkan kemampuan kewangan semasa kerajaan.

“Kalau bentang maknanya duit dah ada, bukan setakat janji kosong. Cuma tunggu masa untuk melaksanakannya, selepas kelulusan apabila ia dibentang semula,” katanya.

Ismail Sabri turut memberi jaminan segala apa dijanjikan di dalam bajet berkenaan akan dilaksanakannya sekiranya mendapat mandat semula sebagai perdana menteri.

Katanya sebelum ini kerajaan tidak pernah mengetepikan keperluan rakyat terutama ketika pandemik Covid-19 dan banjir besar.

Katanya sewaktu pandemik, tiada rumah yang tidak mendapat bakul makanan dan ketika banjir besar kerajaan memperuntukkan bantuan kewangan terbesar dalam sejarah bagi membantu mangsa banjir.

“Ini yang dilakukan kerajaan. Kita tak mudah berjanji bulan bintang seperti orang lain. Tetapi dalam bajet, elaun…bayangkan di Bera ini ramai nelayan darat, waktu saya menteri pertanian dulu kita beri subsidi, kita bagi insentif bulanan RM250 sebulan kepada nelayan darat tetapi waktu Pakatan Harapan perintah, mereka potong.

“Tetapi kali ini kita (BN)...elaun sara hidup nelayan darat diperkenal semula dan bajetnya juga kita bentangkan dalam Parlimen,” katanya. – Bernama, 30 Oktober, 2022.

MI SPIK

NO INGLIS

KAH KAH KAH

MI NO

POLOMIS

KAH KAH KAH

WAT IS DE

BEKOS ?

KAH KAH KAH

AMIN

SETAN TAKUT AYAT KERUSI

 


Naib Presiden Bersatu keluar parti

NAIB Presiden Bersatu yang juga bekas ADUN Melaka Mohd Rafiq Naizamohideen mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Rafiq, beliau memilih keluar parti kerana kecewa susulan tidak dibenarkan bertanding di Parlimen Tangga Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

Difahamkan Perikatan Nasional (PN) masih belum membuat keputusan terhadap kerusi itu namun semalam PAS Melaka berkata mereka akan meletakkan calon di Tangga Batu dan Jasin.

Sebelum ini Rafiq merupakan Pengerusi PN dan Bersatu Melaka namun mengundurkan diri selepas gagal memenangi kerusi Telok Mas dalam Pilihan Raya Negeri Melaka pada November 2021.

Beliau juga Exco Kerajaan Negeri Melaka di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika pemerintahan Ketua Menteri Adly Zahari pada Mei 2018 sehingga pentadbiran PH tumbang pada Mac 2020.

Sebelum itu kekalahan di Telok Mas, Rafiq merupakan ADUN Paya Rumput. – 30 Oktober, 2022.
 

WOIT

HANTU SETAN

 TAKUT

AYAT KERUSI

KAH KAH KAH

YB SETAN TAKUT

ILANG KERUSI

KAH KAH KAH

RES MI KES

MI LORD

KAH KAH KAH

KHALAS

CIK MINAH BERI PANDANGAN BETUL

 




CIK MINAH

BERI PANDANGAN

YANG BETUL

AMIN

KHALAS

cikminah commented on 

"MENUNGGU NAMA CALON"

Undilah calon yg berintegriti bukan berdasarkan party. Party mana pun menang, tetap sama. Kalau undi calon berdasarkan integriti, kerajaan yg ditubuhkan pun akan terdiri dpd mereka yang berkualiti.

PESTA MENCABUT SERBAN PAK LEBAI


PESTA MENCABUT

SERBAN

PAK LEBAI

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on 
"MENCABUT
 SERBAN PAK LEBAI"

Cabut serban tak cukup, kena masuk oksigen dalam otak Lebai Lebai ini kah kah kah

ANAK MUDA IRAN MASIH BELUM ADA JALAN SELESAI


ANAK MUDA IRAN

MASIH BELUM ADA

JALAN SELESAI

AMIN

SEMAU SENAPANG HALA KE BN


SEMUA MUNCUNG

SENAPANG TUJU

KE GEROMBOLAN

AMIN

KHALAS

Unknown commented on
 "TERUSKAN 
KEMPEN BUMI HIJAU"

Sehingga saat di tulis ini , Tun Mahathir Rafizi masih gagal membuat ‘wave kebencian’ setara pru14 pada BN. 'Hate factor” yang digunakan oleh musuh Barisan Nasional pada PRU14 tidak menjadi kali ini menjelang PRU15. Sehingga saat di tulis ini , Tun Mahathir masih gagal membuat ‘wave kebencian’ setara pru14. Cubaan Mahathir menghasut rakyat perguna isu UMNO sebuah parti korupsi dan cuba bebaskan pemimpin korup mereka jika menang PRU15 juga tidak dipedulikan oleh rakyat kerana pengetahuan rakyat berkenaan kes penuh kecacatan dan ketidakadilan itu membuat mereka lebih sayang kepada mangsa kes ‘fabricated’ Datuk Seri Najib Razak. Isu 1MDB memakan diri bagi mana mana pihak yang ingin bermain isu 1MDB kerana banyak wang pulangan 1MDB hampir RM35 bilion tidak dapat dijelaskan kemana pergi nya setelah di kembalikan. Rafizi Ramli juga masih belum mendapat 'hate wave' apa yang dia mahukan. Rakyat tidak sambut pun isu2 yang dibawa oleh Rafizi. Tidak seperti PRU14 dimana kisah dongeng cincin Rosmah mendapsat sambutan rakyat dan segala formula2 Rafizi disambut Akhir nya apabila rakyat dapat tahu semua nya pembohongan belaka, maka Rafizi sendiri lari dari politik dan buat kerja belakang tabir. Kini, terhegeh hegeh Tun Mahathir dan Rafizi mencari ‘wow’ factor dan gelombang kebencian 'hate wave' untuk berhadapan dengan BN namun belum berjaya lagi. Cuma BN tidak sebijak pihak lawan untuk ‘exploit’ isu2 itu seperti PH pada pru14. Terlalu banyak peluru yang perlu digunakankan oleh BN pada PKR PH dan Tun Mahathir. Hala kan muncung senapang pada mereka dan tembak saja ke semua arah pasti mengena sasaran semuanya..!!

BARANG PECUMA NAK BELI UNDI


TABUR

BARANG PECUMA

NAK BELI UNDI

AMIN

Unknown commented on
 "SUARA DON MADEY"

Musim pilihanraya ini manusia nak jadi why bee amat lah terbaik, ucapan terbaik, kupasan isu terbaik, turun padang jumpa belalang sebab nak undi, semua kaum sama sebab undi penting, tujuan satu saja nak menang, nak why bee nak jawatan nak madu nak kereta free nak minyak free semua boleh mintak, mereka bagi nak apa lagi, suruh turun harga Barang, suruh turun harga minyak, suruh turun harga told, ha ha ITU tak dapat sebab belum jadi kera kah kah kalau percaya lagi entah lah serban atau tidak kah kah kag

AWAS ! TEMPAT ASAK BERASAK TEMPAT RAMAI



AWAS !!!

ASAK BERASAK

TEMPAT RAMAI

AMIN

SUSAH KAN WARGA KELANTAN



Lepas tiga dekad, PAS tidak lagi kebal di Kelantan

SELEPAS lebih 30 tahun menguasai Kelantan, PAS tidak lagi kebal dan kini parti itu berdepan dengan gelombang kekecewaan penduduk yang mahu menukar pentadbiran kerajaan negeri.

Warga negeri ini antara lain melihat kegagalan pentadbiran PAS menangani isu tanah, bekalan air dan dalam menyalurkan bantuan sedangkan pemimpinnya bermewah dalam berbelanja.

Penduduk yang ditemui The Malaysian Insight berkata kekecewaan mereka memuncak apabila membandingkan pentadbiran PAS waktu ini dengan kerajaan pimpinan Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pengundi ini mengakui memilih PAS pada waktu dulu kerana ketokohan allahyarham yang disifatkan mereka sebagai pemimpin paling berpengaruh dalam politik Malaysia moden.


Namun kini mereka sedia menolak parti Islam itu dalam pilihan raya umum ke-15.

Peniaga, Ibrahim Mohd Nor, 32 berkata sebelum ini beliau telah mengundi PAS sebanyak dua kali namun kini mahu menukar sokongan kerana inginkan perubahan.

“Saya rasa cukuplah undi PAS. Kali ini saya nak beri peluang kepada Umno, Barisan Nasional pula.

“Bagi saya kerajaan Kelantan kena bertukar. Kena ada perubahan barulah nasib dan kebajikan rakyat terbela,” kata pemuda itu yang berniaga di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Sambung pemuda itu, beliau percaya PAS kebal selama ini kerana kepemimpinan Nik Aziz namun sejak kematian tokoh itu pada 2015, sokongan rakyat semakin merosot.

“Sentimen ini bukan saya seorang sahaja. Semua rasa benda yang sama. Mereka kecewa pentadbiran PAS sekarang ini tak sama seperti arwah tok guru (Nik Aziz)

“Kebajikan rakyat diabaikan, macam kita peniaga mereka tak ambil kisah pun tapi mereka boleh pulak berbelanja beli kereta Mercedes untuk wakil rakyat.

“Jika arwah Tok Guru masih ada saya yakin perkara ini tak akan berlaku,” katanya.

Beliau merujuk tindakan kerajaan Kelantan membelanjakan RM3.5 juta pada tahun lalu untuk membeli 14 buah kereta Mercedes Benz bagi kegunaan rasmi pemimpin negeri.

Pembelian itu meraih pelbagai kritikan kerana dana kerajaan negeri yang dijimatkan akan dapat disalurkan kepada keperluan yang lebih mendesak.

Ada air apabila hampir pilihan raya

Ibrahim yang merupakan generasi kedua peniaga pasar Siti Khadijah berkata pelbagai rayuan telah dibuat agar pihak berkuasa tempatan memperbaiki dah menambah baik struktur pasar tersebut.

Beliau memberi contoh, peniaga barangan kering di tingkat dua amat terdesak kerana pengudaraan yang terhad dan ketiadaan kemudahan seperti sinki untuk membasuh tangan.

“Kita nak pecah dinding ini nak bagi udara masuk sebab atas ini panas. Mereka tak sediakan kipas. Jadi kalau orang nak datang pun tak selesa.

“Kemudian sinki tangan ini memudahkan peniaga, pengunjung. Jika tidak mereka terpaksa masuk dalam tandas perlu bayar 30 sen semata-mata untuk cuci tangan,” katanya.

Tambah Ibrahim itu belum termasuk dengan bekalan air yang sering terputus di pasar tersebut.

“Cuma yang peliknya bila nak dekat pilihan raya ini, dalam tempoh dua bulan ini ada pula airnya,” katanya.

Kekecewaan sama turut dikongsi Faqih Rosmadi, 28, yang percaya majoriti peniaga pasar itu akan menolak PAS dalam pilihan raya umum kali ini.

Beliau berkata mereka begitu kecewa kerana kerajaan negeri mengabaikan dan tidak membantu peniaga.

“Saya dahulu undi PAS tapi sekarang nak tukarlah sebab sangat kecewa dengan PAS. Masa jadi kerajaan negeri ini apa yang mereka bantu peniaga.

“Kalau PAS ini mereka setakat bagi tempat dan lesen lepas itu pandai-pandai lah kita nak hidup,” katanya yang kecewa kerana banyak rayuan peniaga diabaikan kerajaan negeri.

Katanya, struktur bangunan pasar itu semakin uzur akibat kelemahan penyelenggaraan dan PBT juga tidak mengendahkan gesaan menambah ruangan parkir kenderaan.

Tak takut undi BN

Seorang rakannya, Sayuti, 43, juga sependapat dan berkata mereka tidak takut untuk membuat perubahan dan menyokong BN untuk memberi teladan kepada PAS.

“Sebab sini Kelantan parti yang kuat hanya dua sahaja. Kalau tidak PAS, BN. Jadi kali ini kita akan pilih. Sebab sudah tiba masanya kita kena ajar PAS.

“Bagi kita, mereka sudah terlalu selesa kerana pegang kuasa terlalu lama. Walau BN ini tidaklah bagus sangat tapi asalkan PRU15 kali ini bukan PAS (menang).

“Masalah air ini pun terlalu biasa untuk kita. Bagi kita kalau tak ada air itu normal lah tapi kalau ada air itu yang sangat unik luar biasa,” katanya.

Beliau juga memerhatikan bahawa corak pengundian rakyat Kelantan pada kali ini tidak akan sama seperti dulu yang setia kepada satu parti.

“Maknanya sekarang ini ramai tidak kisah untuk bertukar. Kalau sekarang kita pilih BN tapi kalau mereka gagal kita pilih parti lain juga.

“Cara ini saja yang boleh untuk buka mata parti politik ini yang kuasa memilih itu sebenarnya pada rakyat,” katanya.

PAS memerintah Kelantan sejak PRU 1990 dan parti itu berulang kali diserang cubaan musuh tradisinya Umno yang menerajui BN untuk merampas kuasa di negeri itu.

PAS hampir tewas kepada Umno dalam PRU 2004 yang menyebabkan parti Islam gagal meraih majoriti dua pertiga daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam PRU itu, pengundi Kelantan menunjukkan sikap memilih secara blok yang tercetus selepas Abdullah Ahmad Badawi menjadi presiden Umno dan seterusnya dilantik menjadi perdana menteri.

Pada ketika itu, ketokohan Nik Aziz memastikan sokongan ke atas PAS, terutama dari komuniti besar penduduk Kelantan yang bekerja dan tinggal di luar negeri.

Seterusnya pada 2008, PAS meningkatkan jumlah kerusi dimenanginya kepada 39 berbanding 24 pada 2004.

Dalam PRU13 pula, PAS berjaya meraih majoriti dua pertiga semua hasil sokongan rakyat ke atas gabungan Pakatan Rakyat (PR) yang disertai PAS waktu itu.

PAS meneruskan penguasaan di Kelantan dalam PRU14 dengan memenangi 37 DUN, selain 9 kerusi Parlimen.

Tolak PAS hingga akhir hayat

Seorang lagi penduduk, Ibrahim Harun, 52, berkata beliau tidak mahu lagi mengundi PAS selepas dikhianati kerajaan negeri yang merampas tanahnya di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu.

Bekas ketua cawangan PAS Kota Lama itu berkata keadaan itu sangat mengecewakan kerana tidak menyangka akan dikhianati oleh parti sendiri sehingga tanahnya diambil untuk membina loji.

“Sekarang ini hidup mati saya tak akan mengundi PAS lagi. Kali ini saya undi Pakatan Harapan, kalau calon itu DAP sekali pun saya akan undi mereka.

“Saya tidak kisah orang Cina pun sebab kalau undi orang kita Islam, mereka menganiaya kita,” katanya.

Namun berlainan pula bagi seorang peniaga kedai runcit, Asiah Che Mat, 55 yang akan tetap mengundi PAS kali ini kerana sudah terbiasa.

Pengundi Kampung Telaga Mas, Rantau Panjang mengakui tidak berpuas hati dengan PAS kerana masih menanti parti Islam itu menunaikan janji melaksanakan undang-undang hudud.

“Saya undi sahaja PAS sebab tak tahu nak pilih parti lain. Tapi betul. Anak cucu semua nak sokong BN kali ini mereka marah sebab kerajaan negeri ini tak membantu rakyat sangat,” katanya.

Mengulas perkembangan itu badan kajian Ilham Centre mengakui kaji selidik yang dijalankannya mendapati wujud arus penolakan rakyat Kelantan terhadap PAS sangat kritikal.

Pengarah eksekutifnya Hisomuddin Bakar menjelaskan penolakan itu atas pelbagai isu antaranya melibatkan isu tanah, pengurusan PBT, parkir, sampah dan tidak terkecuali juga masalah air.

“Memang dapatan kita seminggu sebelum parlimen dibubarkan terdapat
arus bawah sangat kritikal terhadap PAS dan ada elemen penolakan kerana  isu yang banyak.

“Konsensus yang kami temui ialah isu tanah kenaikan cukai yang tinggi dan premium tanah.

“Boleh kata semua melibatkan hal ehwal pejabat tanah. Ini dikongsi oleh semua Parlimen dan DUN dengan peningkatan 300 kali ganda (ke atas) sentimen itu,” katanya.

Tambahnya, sentimen komponen pengundi tempatan dan luar Kelantan perlu diambil kira bagi melihat sikap pemilih negeri itu.

Beliau berkata dalam PRU14 sentimen pengundi luar yang mengundi PAS sangat jelas kerana menolak BN dan tidak mahu menjadi kerajaan kerana imej parti itu yang sudah rosak.

Tiada alternatif jelas

Namun ia berbeza dengan sentimen pengundi tempatan yang seolah-olah tidak mempunyai pilihan atau alternatif untuk mengundi selain daripada PAS.

“Kita tak nampak pilihan mereka kecuali di hujung penggal ada pihak yang tampil ke depan seperti Save Kelantan.

“Tapi mereka ini tak jelas hal tuju bertanding kerusi mana kerana mereka gerakan yang memperjuangkan suara rakyat.

“Dan untuk BN pula tidak seperti di Terengganu yang awal menentang PAS, tapi di Kelantan tidak ada sentimen begitu,” katanya.

Tambahnya lagi satu lagi yang menjadi penolakan rakyat ialah prestasi menteri PAS yang tidak memberi sebarang manfaat kepada negeri itu biarpun mempunyai kuasa di peringkat persekutuan.

Pada masa sama beliau berkata biarpun sentimen penolakan itu jelas namun terdapat sedikit gangguan apabila Parlimen dan DUN tidak dibubarkan serentak.

“Ini disebabkan pengundi di Kelantan mereka mengundi secara taktikal. Kalau DUN mereka akan bagi kepada PAS dan Parlimen mereka akan bagi kepada Umno.

“Kita nampak seperti di Tanah Merah, Jeli itu adalah jajarannya kerana corak pengundian rakyat Kelantan macam pengundi Cina.

“Jadi bila diasingkan Parlimen dan DUN kita tertanya-tanya adakah ia masih strategi yang sama atau pun sebaliknya. Ia masih lagi tidak dapat diukur,” katanya. – 30 Oktober, 2022.

WOIT

YANG MENANGKAN

PAS BUKAN YG

DUDUK 

DI KELANTAN

KAH KAH KAH

PENGUNDI

YANG SUKA

 ENJOI DE MENJOI

DI KL

KAH KAH KAH

BALIK UNDI PAS

NAK BAGI SUSAH

ORANG KELANTAN

KAH KAH KAH

MINUM MANDI

AIR SEMBHAYANG

SEMUA GUNA

TEH TARIK

KAH KAH KAH

AMIN

PESTA BAWA MAUT


Hampir 150 maut rempuhan pesta Halloween di Seoul

SEKURANG-KURANGNYA 149 maut dan ramai yang lain cedera dalam satu kejadian rempuhan dalam satu pesta hari Halloween di tengah Seoul semalam, kata pihak berkuasa.

Insiden berlaku di daerah Itaewon yang terkenal di ibu kota itu, di mana laporan media tempatan berkata 100,000 pengunjung ke sana bagi meraikan Halloween, memenuhi lorong sempit dan jalanan di situ.

Saksi menggambarkan keadaan sangat sempit dan menyebabkan orang ramai akhirnya bertimpa-timpa antara satu sama lain, menyebabkan paramedik terpaksa membantu orang ramai yang ada di situ memberikan bantuan awal.

“Terlalu ramai orang bersesak dan bertolak. Saya juga terperangkap dalam orang ramai dan tidak dapat keluar,” kata Jeon Ga-eul, 30.

Jabatan bomba berkata sekurang-kurangnya 149 termasuk dua warga asing, terbunuh dalam rempuhan itu.

Kementerian dalam negeri mengganggarkan 150 lagi cedera.

Tinjauan mendapati mayat diletakkan di jalan raya dengan ditutupi cadar dan pekerja kecemasan membawa keluar mayat menggunakan pengusung untuk dibawa masuk ke dalam ambulans. – AFP, 30 Oktober, 2022.

SIMPATI KITA

PADA KELUARGA

 ANAK MUDA 

YANG TEWAS 

AL- FATIHAH

AMIN

KITA DALAM

ZAMAN INTERNET

SEMUA BENDA 

AMIN

MENJADIKAN

KERAMAIAN CUKUP

RAMAI

AMIN

MENJADIKAN PESTA

PENUH PESTA

AMIN

KLALAS

SERANGN KOBID MELONJAK


Lebih 3,000 kes baharu Covid-19 bagi hari kedua berturut-turut


MALAYSIA mencatat lebih 3,000 kes baharu Covid-19 bagi hari kedua berturut-turut semalam, merekodkan 3,189 kes sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang disahkan di negara ini kepada 4,896,922.

Sehari sebelumnya, Malaysia mencecah lebih 3,000 kes baharu buat kali pertama sejak pertengahan Ogos dengan 3,296 kes baharu.

Semalam, satu kematian direkodkan, menjadikan jumlah kematian kepada 36,464.

Terdapat 2,541 pemulihan, menjadikan jumlah pemulihan kepada 4,829,756.

Kini terdapat 30,702 kes aktif, yang mana 29,330 atau 95.5% sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sementara itu, 0 (0.0%) berada di pusat kuarantin manakala 1,312 (4.3%) dimasukkan ke hospital.

Seramai 60 pesakit berada di ICU dengan 34 memerlukan bantuan pernafasan. – 30 Oktober, 2022.

WOIT

MAT KOBID

MACAM TAHU

KITA NAK PRU

AMIN

SENGAJA NAK

KACAU KEMPEN

AMIN

NI DUA KALI

TERUK

AMIN

ADA BANJIR

ADA KOBID 

MAKIN PARAH

AMIN

KHALAS

KENALI SAPA PM BARU UNITED KINGDOM


KENALI SAPA

PM BARU

UNITED KINGDOM

AMIN

PAKATAN AKAN BAIKI EKONOMI

 



BERI KEYAKINAN

PAKATAN

AKAN BAIKI

EKONOMI KITA

AMIN

Unknown commented on 

"MENUJU ZAMAN MELESET"

Ada baiknya PH tak menang PRU 15 sbb kalau menang pun kantong kerajaan dah kosong terpaksa ajak rakyat ikat pinggang bayar hutang negara dgn US Dollar yg dah naik ke RM4.7 = USD1 Kadar pinjaman juga akan naik buat menyeksa rakyat manakala kos harian terus meningkat. Berat bg mana2 kerajaan pun mentadbir negara yg menanggung hutang negara yg sangat tinggi. Kalau PH menang pun kejanya takde lain cuci tahi jelah

HALANG PENCURI KEMBALI BERKUASA


HALANG PENCURI

KEMBALI

 BERKUASA

AMIN

Unknown commented on 
"TANDA EKONOMI MERUDUM"

ITU lah engkau orang tak sedar, bila Bossku masuk dalam, sapa nak belanja macam dia, dia atur Jho Low bagi makan minum beer lagi ITU paling hebat dulu, kah kah kah dah lah orang susah sekarang, gaji sama, RM jatuh, kuasa beli tak ada, orang susah tahu, duit pun tak masuk masuk, semua takut nak belanja sebab time susah, mana boleh percaya orang politik ini semua, semua pun jenama sapu sapu kiri kanan bersih kah kah kah, pilih lagi penyamun pilih lagi perompak duit negara sampai lingkup lagi, nanti nila ubi kayu pun tarak baru tahu, zaman jepun kita ada ubi kayu, sekarang ITU pun tarak, jual ikut kilo bro kah kah senang bagi lingkup kalau pilih perompak jadi pemimpin amin

KEMPAN DAH MULA

 


KEMPEN MULA

AHAD 30/10/2022
KEMPEN  PRU15 DAH MULA
CALON CALON TELAH
DIKETAHUI 
ADA YANG RESMI DAN TAK RESMI

GUA BALIK KAMPUNG
GUA NAMPAK BENDERA
TELAH DIPASANG SANA SINI

DI PEKAN KUALA KLAWANG
ADA PROGRAM RISDA
500 WARGA DAPAT
MINYAK BERAS
GULA KICAP DAN DAN DAN
PERCUMA
KAKAK GUA DAPAT
ITU PASAL  GUA TAHU
KESAH INI

DISEBELAH KEMAH RISDA
YA JELEBU BERI  MAKAN FREE
ADA MACAM MACAM SEMUA FREE
KEMUDIAN ADA BARANG
JUAL MURAH
BERAS DAN MINYAK MASAK
RAMAI RAMAI
WARGA JELEBU DATANG
NAK MAKAN FREE
NAK BELI BARANG MURAH

BILA GUA LINTAS
DEPAN KEMAH RISDA 
PROGRAM DAH BERLANGUNG
KEMAH MASIH ADA

KOREA
KOTA SEOUL
BERITA SEDIH
LEBIH 100 +++ 
ANAK MUDA MATI
BERASAK ASAK 
MENYAMBUT HOLOWEEN
JALAN SEMPIT
ORANG RAMAI MATI TERSEPIT
SEMUA BOLEH BERLAKU

DI BRAZIL
PILIHANRAYA SEDANG
 BERJALAN
DIRAMIL GARIS KIRI
AKAN MENANG
KITA TUNGGU 
SAPA MENANG
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI CERAH
MATA HARI DAH KELUAR
LANGIT BIRU PUTIH
TANDA HARI NAK PANAS

TIONG BISING
PIPIT BERTERBANGAN
TERKUKUR BERLAGU
GUA RASA  HARI INI
AKAN PANAS

BRO
SENYUM
SENYUM LAH
KITA SAMBUT PAGI AHAD
YANG CERAH

BRO
BILA LU BANGUN PAGI INI
LU PIKIR BETAPA BERHARGANYA
HAK INSTEMEWA UNTUK HIDUP
LU BOLEH BERNAFAS
LU BOLEH BERFIKIR
LU BOLEH MENIKMATI
DAN
LU BOLEH MENCINTAI

BRO
SATU SATUNYA KEKAYAAN
YANG LU SIMPAN 
UNTUK SELAMALAMANYA
ADALAH KEKAYAAN YANG TELAH
LU BERIKAN

BRO
KITA HARUS BERBUAT BAIK
PADA ORANG LAIN
TANPA MEMIKIRKAN
APA HASILNYA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENDENGAR
KEMPEN PRU 15